Sunday, November 25, 2012

Real Paranormal Aktiviti in Shah Alam

Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan?
So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :


1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2.Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam


tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (Click "read more" kat bwh nanti). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke patut??

3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

 Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

Thursday, November 1, 2012

Paranormal Activity (personal review)

Paranormal Activity



masa mula2 filem ni ditayangkan yang pertama (original) ada la jelik sikit.. ntah apa2 punya filem ntah..
lepas tgk reaksi penonton mcm video kat bwh ni.. apa lagi, mendorong aku nk rasa gak apa diaorg rasa.. walaupun tayangan dah tamat, apa lagi DVD arrr.. Blue Ray hokey..


pergghh... boleh la tcabut jantung ni..

kisah sepasang kekasih ni Katie dan Micah dikacau entiti misteri..
banyak adegan terkejut dan suspen.. Reality camera membuatkan kita seolah2 bersama2 berada di dalam filem tersebut..
Bila tau ada sequal, menjadi salah 1 film wajib aku tgk.. dah la tgk dgn kwn2 yg melatah..
gamak ar suasana..

Paranormal Activity 2

yang ke-2 ni paling seram and suspen bagi aku..

cerita pasal kakak Katie, si Cristie dengan suami dia pula kene kacau..
mereka ada anak perempuan dan anak lelaki.. dikatakan anak lelaki bernama Hunter Rex  la 'benda' tu nak korbankan.. di hampir penghujung film ni ada terselit babak dari film 1st untuk penonton faham keberkaitan dia.. so kalau korang jump terus tgk film ke-2 ni, mungkin akan blur2 skit nak faham..

ada la babak suspen, cemas.. babak kene hembus nafas, bayi kene tarik, kene angkat.. Mak dia Cristie tu pun kene tarik kaki pastu diseret melalui tangga sampai la ke stor.. perghh.. suspen abih..

korang tgk la penonton dia punya reaction..


parential advise di akhir babak ni ada adegan bunuh pulas kepala..
agak ngeri bg sesetengah org..


Paranormal Activity (Tokyo Night)


Yang ni aku tak berapa faham sgt.. tetibe lak setan tu pi tokyo.. nak drift ke apa??
tapi suspen n seram tu tetap ada..
aku nk cerita jadi tak minat lak.. korang tgk la full film dia ada kat youtube ni..
   
ada la diselitkan sikit babak keberkaitan dengan Katie ni.. si minah jepun ni terlanggar Katie di Amerika dan Katie dikatakan mati.. sebab tu la setan tu ikut minah jepun ni balik jepun.. minah jepun ni patah kaki.. bagi aku adegan kene rasuk tu bleh tahan, kaki patah tapi bleh jalan bila kene rasuk.. cara jalan tu agak seni tapi menakutkan.. cuma kalau banding dan kaji keberkaitan dengan film ke-2, agak nonsence sebab dia kata dia langgar katie lepas katie cuba lari selepas bunuh buaya-pren dia (micah tu la). tapi, dalam film ke-2 Katie digambarkan dalam keadaan dirasuk datang rumah kakaknya lalu bunuh kakak n abg iparnya kemudian membawa Hunter pergi.. 1 slot kata katie mati, 1 slot lagi kata katie menghilangkan diri.. ermmm.. aku nak explain dalam penulisan pun fening.. apa2 pun mmg meremang.. layan je la.. 


 Paranormal Activity 3


Yang ke-3 ini pulak, kisah dia flashback balik masa dua beradik Cristie ngan Katie ni masa kanak2 dulu.. Rupa2nya nak bgtau yang setan duk kacau diaorg tu dah lama dah.. dari keturunan tok kadok dia lagi.. siap ada nama si setan tu..'tobi'..

Masa ni mak ngan nenek diaorg hidup lagi, tapi sayang, mak ngan boyfren mak diaorg tu mati dalam film ke-3 ni.. so nenek diaorg yg bela 2 beradik ni..

ada 1 babak seolah2 Katie berjanji akan tunaikan permintaan setan si tobi tu tp tak tau amende.. masa setan tu tarik Cristie and kurung dalam stor bilik.. so si Katie merayu kepada tobi untuk melepaskan kakaknya lalu menjawab "OK, Ill do it..!!". do what? i don know.. Katie terpaksa akur permintaan tobi sebab tak sanggup kalau kakaknya diapa2kan..

Babak paling seram secara peribadi aku masa babak selimut.. korang tgk la nanti.. ini babak reaksi penonton tapi dalam mode iklan (trailer)..


ada beberapa babak di mana sikap atau entiti ke atas Katie dan Cristie ni sama je sampai dewasa.. contohnya Cristie asyik kene tarik n seret je.. si Katie lak asyik senang kene rasuk, pastu tenung org tido berjam-jam.. alamak spoiler.. korang tgk la nanti k...


Paranormal Activity 4

Ke-4 ni pulak nampak mcm tak ada kaitan dengan 3 filem awal tu.. tapi ada kemunculan Katie dan Hunter secara misteri.. atau lebih jelas dari filem ke-2 dimana babak penutupnya Katie dirasuk dan membunuh kakak dan abang iparnya lalu membawa Hunter entah ke mana.

Hunter diambil sebagai anak angkat oleh keluarga ini.. macamana perjalanan Hunter sampai sini tu tak lak ditunjukkan. Hunter dapat nama baru known as Wyatt.. Wyatt sendiri tak tau dia anak angkat dan nama sebenarnya ialah Hunter.. kemunculan budak lelaki misteri menjadi persoalannya.. Robbie.. dia menjadi kawan baik wyatt, ajak wyatt buat bende2 pelik.. dan akhirnya membawa wyatt jumpa dengan ibunya.. agak terkejut tgk yang ibu Robbie tu la adalah Katie.. aku pun tertanya2 bila and camana Katie dan Hunter berpisah.. Siapa lak Robbie tu..

tgk iklan trailer pn suspen dah...

so, ini la cerita seram menusuk kalbu bagi aku.. smpai ada ketika nak tidur kalau teringat.. jadi tikus mondok la aku.. bila tak leh tido, aku akan godek dapur cari makan.. huhu 

The biggest Questions now.. ada yang ke-5 tak nanti??? tungguuuuu....

Tuesday, October 16, 2012

Bahaya Barangan Plastik (Penting)

Sekadar hiasan
 Barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang. Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk di kendali berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak.

SPI Code

Gambarajah di atas merupakan kod yang dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry (SPI) sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization). Mungkin anda pernah terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar barangan plastik. Tapi tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni? Setiap simbol dan kod yang tertera memberi maksud tersendiri seperti berikut:



1-PET atau Polyethylene Terephthalate
       Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air mineral dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.


Produk PET

Ini kerana bila kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser dan ada kes seorang perempuan menghidap kanser payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel kanser tersebut.

2-HDPE atau High Density Polyethylene
    HDPE biasanya dipakai untuk botol  yang berwarna  (bukan jernih), tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.


Produk HDPE

HDPE memiliki sifat  yang lebih kuat, keras  dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama juga seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.


3- V atau Polyvinyl Chloride
Plastik ini biasanya digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC. 

Produk PVC

Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.

4- LDPE atau Low Density Polyethylene
     LDPE, iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada suhu di bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas kimia, perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak balas gas-gas yang lain seperti oksigen. 

Produk LDPE
Barangan dari bahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan atau pinggan kerana sukar bertindak balas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini.

5- PP atau Polypropylene
      Polypropylene adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan serta mempunyai kadar  tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.


Produk PP

Apabila membeli barangan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.



6- PS atau Polystyrene
      Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai buang dan lain-lain.

Polystrene

Barangan daripada Polystyrene harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
        Bahan itu juga sukar terurai. Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.

7-OTHER
OTHER merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat menyimpan makanan dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga, komputer dan alat-alat elektronik.

Produk Polycarbonate

        Polycarbonate (PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.
        Bisphenol-A boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.
        SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.


Produk SAN dan ABS

        Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.

Melihat bahaya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang merbahaya dan jika kita masih hendak menggunakan barangan  plastik, gunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).

Monday, September 3, 2012

I survived in Cambodia






Tajuk entri ni cam aku baru selamat dari perang lak kan??
aku baru balik dari melawat tempat/negara kelahiran ibubapa aku..
yes, sekarang aku rasa tak perlu lagi aku segan silu nak mnegaku aku mmg keturunan kemboja.
Tapi aku juga anak Malaysia, Bangga sebagai warganegara Malaysia.. aku yang lahir di Pahang dan membesar di Selangor/Kuala Lumpur..
Sekarang menetap di Putrajaya..

Aku nak intro sikit kepayahan aku memegang tittle keturunan luar ni.. Aku pernah di diskriminasikan suatu ketika dahulu terutama di zaman persekolahan.Sekolah rendah sehingga la sekolah menengah..
Termasuk la guru2 yang memulau dan membuli aku..
dengan menggelar aku sbg anak pendatang asing.. Padahal ibubapa aku adalah sebahagian pelarian yang diselamatkan oleh Tunku Abdul Rahman.. Ya, Perdana Menteri Pertama kita, Bapa Kemerdekaan..
http://www.angelfire.com/wa/anis/tunku.html

IbuBapa aku bukan Pendatang Asing tetapi mangsa keganasan rejim polpot yang diselamatkan oleh beliau..
http://takusahrisau.wordpress.com/2012/03/04/gambar-cara-cara-penyeksaan-rejim-khmer-rouge/
Bapa aku ditawarkan kerakyatan dan pekerjaan di Malaysia pada masa itu dengan bersyarat.. Alhamdulillah setelah hampir 30 tahun mak pa telah menjadi rakyat Malaysia. kami sekeluarga aman damai di sini.. Syukur ya amat.


Tiket flight beli 5 Bulan sebelum sebab masa tu ada promosi.. pergi balik KL-Phnom Penh RM30 je seorang dewasa.. apa lagi kan??

kami 9 orang termasuk 1 baby berusia 8bulan..
Flight jam 6.45am.. disebabkan waktu ni peek seasons, pihak AirAsia ada sms elert perlu ada di airport at least 3 hours before flight tuk mengelakkan kesulitan.

so boleh kata tak tido r kami malam nak flight tu.. kul 2am dh stby kat airport tapi hampeh, konter check-in luggages buka jam 5.15am juga..
Semua dokumentasi setel..


USD
Duit kat sana guna pakai 3 matawang, USD, Rial Kemboja dan Baht.. Kami tukar USD di Malaysia dan sesampai di Kemboja baru tukar Rial.. mak kata buat camtu dapat byk sikit.. entah le betul ke tak, x reti lak nak kira2 tukaran nih.. folo je la.. takkan mak sendiri nak tipu anak kan??? heheheh.. menurut kiraan rial ngan RM, lebih sikit je.. RM1 = 1.10 rial kemboja.. tapi nilai dia gandaan 2 titik perpuluhan.. so kalau 1 rial tu dia gelar 1000.. kalau sepuluh sen digelar 100.. contoh makan airbatucampur 1 cawan bernilai 500, maksudnya 50sen la.. so kalau makan kuewtiaw sup daging bernilai 4500, maksudnya RM4.50 le.. camtu la.. phm tak? kalau tak paham gak, gi la kemboja.. belajar.. hehehe

Duit Pengantin bakal 'terbang'.. hahaha

Kami landing kat Phnom Penh Airport tepat jam 8.30am waktu Malaysia, 7.30am waktu Kemboja.. waktu dia lewat 1 jam.. ada ayah mertua adik bersama pak de jemput kami di sana.. dengan menaiki Van sewa terus menuju ke Koh Kong iaitu sebuah negeri di kemboja yang mengambil masa 6 jam perjalanan..
mcm dari KL ke Kelantan tak??

1 van padat ala2 sardin cap marina...
Singgah di RnR serba serbi kekurangan.. restoran kayu sahaja.. non-muslim, so minum yang semulajadi je.. air kelapa..
sarapan disiapkan oleh saudara, nasi bersama daging salai.. ni konfem halal la, buat sendiri kan!!
Cambodia adalah Negara budha, so hanjing bersepah ala2 kucing kat tempat kita..

Wife tengah mengandung 4 bulan ketika ini.. bayangkanlah ketika dia sedang sedap minum air kelapa, anjing comel tu masuk bawah meja jalan2 cari makan, isteri terus melompat atas kerusi, mak ngan makcik2 pun melatah.. adoyai!! Ayang oi, awok tu lupe ke tgh mengandung..? nasib baik tak apa2.. Alhamdulillah

setelah 6 jam perjalanan tersebut, sampailah kami di Koh Kong.. Bandar dia pun ala2 pekan lagi. Belum maju sangat..
Ini la rumah mak ayah mertua adik.. kami menginap di sini 3 malam

Kawasan Penduduk Islam, ada 1 masjid kecil sahaja.. lembu tu pula akan dikikahkan untuk majlis kahwin nanti
 Kami hanya berehat je sesampai di sini.. mana taknye, tak tido malam flight.. naik van lak paham2 la mcm drunken master pun ada.. memang keletihan tahap gaban da semua masa ni..
Wife candid aku masa ni.. letak pala terus hanyut...
adik aku si Atam, ramai tegur ada mirip aku.. ye ke?
Alhamdulillah tuan rumah memberikan hospitality 1st class pada kami, makan minum on time, bilik selesa.. toilet selesa la juga bagi kampung cuma air kat sini menggunakan air perigi dan air hujan.. ya air hujan.. sebab terimaan hujan di sini sangat banyak dan kerap.. setiap 2 jam cuaca panas, dan 2 jam kemudia akan hujan pula.. begitu la hari2.. baju kami pun tak sempat kering spenuhnya kalau sidai kat ampaian.. tuan rumah cadang agar sidai ampaian dlm rumah and buka kipas je.. cepat kering sikit.. heheheh

Makanan rutin terutamanya sarapan di sini adalah sup daging bersama mee pelbagai jenis.. ala sama je mcm kat Malaysia cuma rasa sup je berbeza.. kat kampung mak aku kajang tu pun ada juga gerai sup.. biasa la kalau dah berhijrah tu mesti terbawa sikit2 adat dan cara hidup sesuatu kaum tu kan..

keesokkannya kami dibawa ke Pekan Koh Kong pekena kuewtiaw sup... mula2 nak tanye bab halal tu tapi segan so tanye la mak sendiri, amekaw kene tiaw terang2 dpn tetamu tu juga mak jerit.. "halal le.. org kg sini tau la nak bawa ko makan makanan halalnye.." adoyai, ilang K_malu_n kami.. hahaha

Sebesar2 alam.. siap tulisan melayu lagi..
Ini la rupa kuewtiaw supnye.. jilat mangkuk la jugak..
Hari ke-2 ngan ke-3 tu biasa la orang2 kampung dtg rewang nak kenduri.. potong bawang, potong sayur, potong daging, potong wayar.. eh, terlajak lak.. tu unifi...

Tangga rumah tu agak curam tu agak menggerunkan. Aku agak risau wife aku yang sedang membawa zuriat kami tu naik turun tangga tapi dia nak juga merasa dan menjalin silaturrahim kan..? elok la tu kan.. so bila nak naik atau turun tu kene la ada pengiring.. bawa wife nolong potong/kupas bawang.. so masa potong bawang tu senyap membisu je la wife.. mana taknye makcik2 depan dia duk pung pang, kung khap cakap kemboja.. wife aku plak senyum kambing angguk2 geleng2 je.. hahaha.. ksian..

Sama2 merewang walaupun berlainan bahasa..
Rewang masak kari daging dgn sup kemboja.. mak aku jadi chef leader.. bleh?



Perkahwinan Adik
Pakaian adat Kemboja..
Gambar tu teaser je...
Ini la tujuan utama aku datang sini, menemani dan menghadiri kenduri perkahwinan adik yang bertemu jodoh dengan orang kemboja.. alhamdulillah janji bertemu jodoh, tak la keseorangan dalam hidup..
disebabkan kami2 ni orang Islam so tak ada la pakaian kahwin tu ala2 kemboja asli.. tak elok, terbuka sana sini.. aurat.. dosa.. hehehe.. untuk makluman, adat merenjis pun tak ada, pelamin pun just tuk pengantin bergambar dan santai melayan tetamu yang hadir je..

Penganti tak berapa nak baru la.. merasmikan dulu pelamin

ada ala2 kat mesia tak??

my lilt bro..

keluarga kami yang hadir (lelaki)

Selamat Pengantin Baru

Merahmu bara semangat waja...

ok la bab kawin2 ni.. biasa2 je.. lgpn kepadatan penduduk Islam di kampung adik ni x banyak.. tak sampai 300 kot.. so masa kenduri nak mula, ayah mertua adik leh anaunce je dari masjid depan rumah tu.. best kan.. jimat kos print kad kawin.. ceh

Bab makan pula takat ni yang pelik2.. cam x de pulak.. cuma ketam n udang dia pelik sikit.. adakah aku buta seafood atau mmg kat Mesia tak ada?? sorry la ye kalau x amik tau..

Sejenis Udang.. pudar je merah dia.. ermmmm

Siput Sungai saiz XL

Siput Sungai saiz s... ni aku mkn le..
Sejenis ketam.. hitam ujung sepit tu..

Ketam ni kulit tebal.. boleh patah gigi susu kalau nak pecahkan..

Nasi Ayam Kemboja..

Karipap, pisang dan ubi goreng..

Panjang pisang goreng dia...
Sepanjang di sana, kununnya nak belajar survived seolah2 kami orang asing yang pertama kali jejak kaki di cambodia.. so misi pertama skrg macam mana nak cari restoran halal??
elok tgh borak2 dalam tu'tu'.. sejenis pengangkutan awam ala2 auto di India tu.. dah la tak perlu amik lesen SPAD.. best kan?? .. pemandu tu'tu' tu mencelah katanya ada juga beberapa restoran menyajikan masakan melayu (Malaysia) di bandar Phnom Penh tu.. kami sempat singgah di dua tempat untuk makan tengah hari dan makan malam.. yang bestnya sbg rakyat Mesia yang suka lepak di Mamak.. teh terik.. mmg agak mengidam sbb dh lebih seminggu tak pekene.. akhirnya dapat juga.. huhu

Tu'Tu' .. motor modified jadi teksi..
Restoran masakan Malaysia, melepas rindu makanan Melayu
R 4 000 tu bersamaan RM3.80.. lain2 tu kira la sendiri
Suasana pun sejibik cam kat Malaysia.. siap pasang lagu raya lagi...
Restoran ke-2 makan malam..
cam openhouse kan?
Tom Yam
Mee goreng basah
Melawat Pusat Seksaan Tahanan Rejim PolPot

tuk yang ini aku tak boleh nak story mory sangat.. korang boleh googgle je sendiri tgk kekejaman polpot ni.. bila kwn2 cerita nenek moyang diaorg berkorban menentang penjajahan British dan Jepun, aku paling kurang bercerita tentang penderitaan mak ayah aku hanya sebab untuk menyembunyikan identiti keturunan aku. Mak aku adalah salah seorang tahanan yang menunggu mati pada masa vietnam campur tangan menentang polpot dulu kala.. ayah aku pula lost kontek.. cerita mak aku la.. hanya berjumpa di Pusat Penempatan pelarian ke negara2 yang sudi menerima pelarian2 rejim polpot..

Ini la dia bangunan sekolah tinggi yang ditawan polpot dan dijadikan pusat seksaan tahanan.
setiap bilik di bangunan ini mempunyai cerita yang berlainan. berlainan cara seksaan, berlainan pekerja tahanan. Jika tahanan berpangkat besar, lagi teruk seksaan untuk dia.. biasa juga org2 di sekitar bercerita ada dgr bunyi2 pelik.. biasa la tempat orang mati kan? agama budhha lak tu, diaorg kan kuat pegangan akan  roh2 orang yang mati terseksa.. Allahuaklam

antara tertib soal jawab dengan tahanan.. senang kata ayah aku, jawab mati, tak jawab pun mati..

salah satu cara seksaan lemas..

Tugu polpot
Katil tahanan yang dibiar mati kebuluran..
Rantai gari kaki..
Mak tak dapat tahan airmata mengenang kembali detik hitam..
Wall gambar mangsa2 yang terkorban.. mak siap minta tgk2 kalau2 ada muka sedara mara kita..
boleh baca cerita bekas bangunan sekolah ni di sini..

Konvoi Raya di Phnom Penh

Pada hari ke-6 di sana, ada juga kami jalan beraya ke rumah saudara-mara mak dan ayah.. ada yang kurang mampu, sederhana senang dan juga terlebih senang.. biasa la adat manusia ada yang miskin dan kaya.
biasa2 juga beraya ni cuma ada 1 sedara mak yang duduk di kampung KM8 Phnom Penh ni.. katanya perumahan di sini pernah terjadinya kebakaran terbesar akibat litar pintas.. ceritanya di sini--> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm

Rumah sepupu yang dah lama ditinggalkan.. pernah dipecah masuk pencuri dan habis licin isi rumah.. 1 apa pun tak ditinggalkan pencuri tu.. Rumah Untuk dijual sekarang.. berminat tak?

Lorong setinggan kawasan kebakaran
Mak hulur duit raya kpd Kanak2 kurang bernasib baik di sana
Untuk gambar mak bagi duit raya tu ada cerita juga.. mula2 ada la 5-6 budak ni ikut je kami ke mana, kagum tgk pelancong kot.. padahal muka kami2 ni muka kemboja gak.. paling tak pun muka asia kan??
mungkin pemakaian kami kot kemas, segak, bergaya, anggun.. cewah.. angkat diri sendiri nampakkkk... huhu.. so, mak yg mmg mudah tersentuh tatkala tgk pakaian budak2 ni cam tak cukup kain so terdetik la nak bagi duit raya.. tak banyak pun, sorang RM1 je.. ok la mula2 tu tapi baru hulur 10 keping RM1 tu, kawasan tu dah jadi 'zon perang'.. semua budak2 kat kawasan setinggan tu dtg serbu ala2 bantuan ke Somalia.. mata kasar aku anggarkan dalam lebih 100 budak.. tak tau dari mana tetiba muncul.. gerun juga tgk bdk2 ni ganas semata2 nak rebut duit yang kecil nilai tu, siap panjat kerusi meja nak ragut duit dari tangan mak.. mak pula dah berdiri tegak angkat tangan yang pegang duit tu 90darjah ke langit.. itu pun ada gak budak yang nekad melompat cuba merampas duit dr tangan mak.. adik aku atam tu dah depa tangan kat depan konon2 jadi benteng ala2 Pasukan RELA kita ni tapi hampeh gak, tak terdaya jugak melawan kerakusan budak2 ni nak duit.. last2 aku juga berlagak hero.. aku jerit memanggil mak aku tapi mak tak dengar, kecoh mcm perang masa tu.. perhimpunan BERSIH kat KL pun tak macam ni kot..(aku tak tau sebab tak gi pun BERSIH tu.. huhu).. bila mak aku dgr panggilan aku, aku minta duit dr tgn mak aku tu dan terus masuk dalam poket.. kalau mak aku jatuh masa tu, rasanya boleh mati kene pijak dek budak2 ni.. Nauzubillah.. Alhamdulillah keadaan terkawal juga.. Aku tercakap melayu dah masa tu, tak boleh control lagi "udah2, duit dah abis!!" jerit aku.
Itu pun masa nak beredar ada juga 2-3 budak mengekori nak duit juga.. maafkan kami, kalau bagi kamu, akan berlaku tidak adil pada yang lain atau kemungkinan rusuhan boleh berlaku lagi.. Iktibar..huh...

Hari Ke-7 - bersiar2 di bandar Phnom Penh

Pencemaran Udara pun agak teruk di bandar..
beli goodies...
Sempat posing gaks..
Jalan2 sampai pancit tayar.. pam dulu..
mak kata susah jumpa kat Malaysia.. buah teratai
Model Rumah Tradisi Cambodia.. unik kat tangga, semua sepesen..
Depan Palace of Cambodian Kingdom..
Pengantin Baru Bahagia.. peacemaker
Sejenis Bas Pekerja..
dah macam "Sardin Cap Ayam"

Tragedi Pesta Air

Sempat juga kami melawat tapak Jambatan yang meragut nyawa lebih 300 orang semasa pelancaran pesta air sekitar tahun 2010.. memang agak pelik jambatan yang hanya panjang 100 meter tapi boleh mengakibat kematian yang ramai.. cerita orang tempatan akibat rasa takut dan panik pengunjunglah menyebabkan mereka hilang arah dan terjadilah adegan pijak memijak dan tindan menindan sampai mati.. ceritanya lagi ada beberapa pengunjung menjerit mengatakan jambatan nak runtuh, tu semua jadi panik.. Nauzubillah.. dah ajal di sana kan.. Ada juga beberapa mayat gagal ditemui tapi tidak diceritakan di akhbar2.. Allahuwaklam.. Walaupun yang terkorban tu semua warga Buddha, Kita wajib berpegang yang ajal dan maut tu di tangan Allah..
gambar carian google..
Jambatan asal diruntuhkan dan dibina jambatan baru bersebelahan..
bekas Tapak Jambatan yang diruntuhkan
Adat Buddha mengigati roh2 yang tidak dapat ditemui..
boleh baca cerita lanjut dan gambar di sini --> http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/11/23/31928/ atau

Sebagai penutup.. itu je la aku boleh knowledge sharing, seronok la juga melawat tempat orang kan.. at least dapat menunaikan hasrat mak nak kami kenal negara dia.. alhamdulillah..