Tajuk entri ni cam aku baru selamat dari perang lak kan??
aku baru balik dari melawat tempat/negara kelahiran ibubapa aku..
yes, sekarang aku rasa tak perlu lagi aku segan silu nak mnegaku aku mmg keturunan kemboja.
Tapi aku juga anak Malaysia, Bangga sebagai warganegara Malaysia.. aku yang lahir di Pahang dan membesar di Selangor/Kuala Lumpur..
Sekarang menetap di Putrajaya..
Aku nak intro sikit kepayahan aku memegang tittle keturunan luar ni.. Aku pernah di diskriminasikan suatu ketika dahulu terutama di zaman persekolahan.Sekolah rendah sehingga la sekolah menengah..
Termasuk la guru2 yang memulau dan membuli aku..
dengan menggelar aku sbg anak pendatang asing.. Padahal ibubapa aku adalah sebahagian pelarian yang diselamatkan oleh Tunku Abdul Rahman.. Ya, Perdana Menteri Pertama kita, Bapa Kemerdekaan..
http://www.angelfire.com/wa/anis/tunku.html
IbuBapa aku bukan Pendatang Asing tetapi mangsa keganasan rejim polpot yang diselamatkan oleh beliau..
http://takusahrisau.wordpress.com/2012/03/04/gambar-cara-cara-penyeksaan-rejim-khmer-rouge/
Bapa aku ditawarkan kerakyatan dan pekerjaan di Malaysia pada masa itu dengan bersyarat.. Alhamdulillah setelah hampir 30 tahun mak pa telah menjadi rakyat Malaysia. kami sekeluarga aman damai di sini.. Syukur ya amat.
Tiket flight beli 5 Bulan sebelum sebab masa tu ada promosi.. pergi balik
KL-Phnom Penh RM30 je seorang dewasa.. apa lagi kan??
kami 9 orang termasuk 1 baby berusia 8bulan..
Flight jam 6.45am.. disebabkan waktu ni
peek seasons, pihak AirAsia ada sms
elert perlu ada di airport
at least 3 hours before flight tuk mengelakkan kesulitan.
so boleh kata tak tido r kami malam nak flight tu.. kul 2am dh stby kat airport tapi hampeh, konter check-in luggages buka jam 5.15am juga..
|
Semua dokumentasi setel.. |
|
USD |
Duit kat sana guna pakai 3 matawang, USD, Rial Kemboja dan Baht.. Kami tukar USD di Malaysia dan sesampai di Kemboja baru tukar Rial.. mak kata buat camtu dapat byk sikit.. entah le betul ke tak, x reti lak nak kira2 tukaran nih.. folo je la.. takkan mak sendiri nak tipu anak kan??? heheheh.. menurut kiraan rial ngan RM, lebih sikit je.. RM1 = 1.10 rial kemboja.. tapi nilai dia gandaan 2 titik perpuluhan.. so kalau 1 rial tu dia gelar 1000.. kalau sepuluh sen digelar 100.. contoh makan airbatucampur 1 cawan bernilai 500, maksudnya 50sen la.. so kalau makan kuewtiaw sup daging bernilai 4500, maksudnya RM4.50 le.. camtu la.. phm tak? kalau tak paham gak, gi la kemboja.. belajar.. hehehe
|
Duit Pengantin bakal 'terbang'.. hahaha |
Kami landing kat Phnom Penh Airport tepat jam 8.30am waktu Malaysia, 7.30am waktu Kemboja.. waktu dia lewat 1 jam.. ada ayah mertua adik bersama pak de jemput kami di sana.. dengan menaiki Van sewa terus menuju ke Koh Kong iaitu sebuah negeri di kemboja yang mengambil masa 6 jam perjalanan..
mcm dari KL ke Kelantan tak??
|
1 van padat ala2 sardin cap marina... |
|
Singgah di RnR serba serbi kekurangan.. restoran kayu sahaja.. non-muslim, so minum yang semulajadi je.. air kelapa.. |
|
sarapan disiapkan oleh saudara, nasi bersama daging salai.. ni konfem halal la, buat sendiri kan!! |
|
Cambodia adalah Negara budha, so hanjing bersepah ala2 kucing kat tempat kita.. |
Wife tengah mengandung 4 bulan ketika ini.. bayangkanlah ketika dia sedang sedap minum air kelapa, anjing comel tu masuk bawah meja jalan2 cari makan, isteri terus melompat atas kerusi, mak ngan makcik2 pun melatah.. adoyai!! Ayang oi, awok tu lupe ke tgh mengandung..? nasib baik tak apa2.. Alhamdulillah
setelah 6 jam perjalanan tersebut, sampailah kami di Koh Kong.. Bandar dia pun ala2 pekan lagi. Belum maju sangat..
|
Ini la rumah mak ayah mertua adik.. kami menginap di sini 3 malam |
|
Kawasan Penduduk Islam, ada 1 masjid kecil sahaja.. lembu tu pula akan dikikahkan untuk majlis kahwin nanti |
Kami hanya berehat je sesampai di sini.. mana taknye, tak tido malam flight.. naik van lak paham2 la mcm
drunken master pun ada.. memang keletihan tahap gaban da semua masa ni..
|
Wife candid aku masa ni.. letak pala terus hanyut... |
|
adik aku si Atam, ramai tegur ada mirip aku.. ye ke? |
Alhamdulillah tuan rumah memberikan hospitality
1st class pada kami, makan minum
on time, bilik selesa.. toilet selesa la juga bagi kampung cuma air kat sini menggunakan air perigi dan air hujan.. ya air hujan.. sebab terimaan hujan di sini sangat banyak dan kerap.. setiap 2 jam cuaca panas, dan 2 jam kemudia akan hujan pula.. begitu la hari2.. baju kami pun tak sempat kering spenuhnya kalau sidai kat ampaian.. tuan rumah cadang agar sidai ampaian dlm rumah
and buka kipas je.. cepat kering sikit.. heheheh
Makanan rutin terutamanya sarapan di sini adalah sup daging bersama mee pelbagai jenis.. ala sama je mcm kat Malaysia cuma rasa sup je berbeza.. kat kampung mak aku kajang tu pun ada juga gerai sup.. biasa la kalau dah berhijrah tu mesti terbawa sikit2 adat dan cara hidup sesuatu kaum tu kan..
keesokkannya kami dibawa ke Pekan Koh Kong pekena kuewtiaw sup... mula2 nak tanye bab halal tu tapi segan so tanye la mak sendiri, amekaw kene tiaw terang2 dpn tetamu tu juga mak jerit.. "halal le.. org kg sini tau la nak bawa ko makan makanan halalnye.." adoyai, ilang K_malu_n kami.. hahaha
|
Sebesar2 alam.. siap tulisan melayu lagi.. |
|
Ini la rupa kuewtiaw supnye.. jilat mangkuk la jugak.. |
Hari ke-2 ngan ke-3 tu biasa la orang2 kampung dtg rewang nak kenduri.. potong bawang, potong sayur, potong daging, potong wayar.. eh, terlajak lak.. tu unifi...
Tangga rumah tu agak curam tu agak menggerunkan. Aku agak risau wife aku yang sedang membawa zuriat kami tu naik turun tangga tapi dia nak juga merasa dan menjalin silaturrahim kan..? elok la tu kan.. so bila nak naik atau turun tu kene la ada pengiring.. bawa wife nolong potong/kupas bawang.. so masa potong bawang tu senyap membisu je la wife.. mana taknye makcik2 depan dia duk pung pang, kung khap cakap kemboja.. wife aku plak senyum kambing angguk2 geleng2 je.. hahaha.. ksian..
|
Sama2 merewang walaupun berlainan bahasa.. |
|
Rewang masak kari daging dgn sup kemboja.. mak aku jadi chef leader.. bleh? |
Perkahwinan Adik
|
Pakaian adat Kemboja.. |
Gambar tu teaser je...
Ini la tujuan utama aku datang sini, menemani dan menghadiri kenduri perkahwinan adik yang bertemu jodoh dengan orang kemboja.. alhamdulillah janji bertemu jodoh, tak la keseorangan dalam hidup..
disebabkan kami2 ni orang Islam so tak ada la pakaian kahwin tu ala2 kemboja asli.. tak elok, terbuka sana sini.. aurat.. dosa.. hehehe.. untuk makluman, adat merenjis pun tak ada, pelamin pun just tuk pengantin bergambar dan santai melayan tetamu yang hadir je..
|
Penganti tak berapa nak baru la.. merasmikan dulu pelamin |
|
ada ala2 kat mesia tak?? |
|
my lilt bro.. |
|
keluarga kami yang hadir (lelaki) |
|
Selamat Pengantin Baru |
|
Merahmu bara semangat waja... |
ok la bab kawin2 ni.. biasa2 je.. lgpn kepadatan penduduk Islam di kampung adik ni x banyak.. tak sampai 300 kot.. so masa kenduri nak mula, ayah mertua adik leh anaunce je dari masjid depan rumah tu.. best kan.. jimat kos print kad kawin.. ceh
Bab makan pula takat ni yang pelik2.. cam x de pulak.. cuma ketam n udang dia pelik sikit.. adakah aku buta seafood atau mmg kat Mesia tak ada?? sorry la ye kalau x amik tau..
|
Sejenis Udang.. pudar je merah dia.. ermmmm |
|
Siput Sungai saiz XL |
|
Siput Sungai saiz s... ni aku mkn le.. |
|
Sejenis ketam.. hitam ujung sepit tu.. |
|
Ketam ni kulit tebal.. boleh patah gigi susu kalau nak pecahkan.. |
|
Nasi Ayam Kemboja.. |
|
Karipap, pisang dan ubi goreng.. |
|
Panjang pisang goreng dia... |
Sepanjang di sana, kununnya nak belajar survived seolah2 kami orang asing yang pertama kali jejak kaki di cambodia.. so misi pertama skrg macam mana nak cari restoran halal??
elok tgh borak2 dalam tu'tu'.. sejenis pengangkutan awam ala2 auto di India tu.. dah la tak perlu amik lesen SPAD.. best kan?? .. pemandu tu'tu' tu mencelah katanya ada juga beberapa restoran menyajikan masakan melayu (Malaysia) di bandar Phnom Penh tu.. kami sempat singgah di dua tempat untuk makan tengah hari dan makan malam.. yang bestnya sbg rakyat Mesia yang suka lepak di Mamak.. teh terik.. mmg agak mengidam sbb dh lebih seminggu tak pekene.. akhirnya dapat juga.. huhu
|
Tu'Tu' .. motor modified jadi teksi.. |
|
Restoran masakan Malaysia, melepas rindu makanan Melayu |
|
R 4 000 tu bersamaan RM3.80.. lain2 tu kira la sendiri |
|
Suasana pun sejibik cam kat Malaysia.. siap pasang lagu raya lagi... |
|
Restoran ke-2 makan malam.. |
|
cam openhouse kan? |
|
Tom Yam |
|
Mee goreng basah |
Melawat Pusat Seksaan Tahanan Rejim PolPot
tuk yang ini aku tak boleh nak story mory sangat.. korang boleh googgle je sendiri tgk kekejaman polpot ni.. bila kwn2 cerita nenek moyang diaorg berkorban menentang penjajahan British dan Jepun, aku paling kurang bercerita tentang penderitaan mak ayah aku hanya sebab untuk menyembunyikan identiti keturunan aku. Mak aku adalah salah seorang tahanan yang menunggu mati pada masa vietnam campur tangan menentang polpot dulu kala.. ayah aku pula lost kontek.. cerita mak aku la.. hanya berjumpa di Pusat Penempatan pelarian ke negara2 yang sudi menerima pelarian2 rejim polpot..
|
Ini la dia bangunan sekolah tinggi yang ditawan polpot dan dijadikan pusat seksaan tahanan | . |
setiap bilik di bangunan ini mempunyai cerita yang berlainan. berlainan cara seksaan, berlainan pekerja tahanan. Jika tahanan berpangkat besar, lagi teruk seksaan untuk dia.. biasa juga org2 di sekitar bercerita ada dgr bunyi2 pelik.. biasa la tempat orang mati kan? agama budhha lak tu, diaorg kan kuat pegangan akan roh2 orang yang mati terseksa.. Allahuaklam
|
antara tertib soal jawab dengan tahanan.. senang kata ayah aku, jawab mati, tak jawab pun mati.. |
|
salah satu cara seksaan lemas.. |
|
Tugu polpot |
|
Katil tahanan yang dibiar mati kebuluran.. |
|
Rantai gari kaki.. |
|
Mak tak dapat tahan airmata mengenang kembali detik hitam.. |
|
Wall gambar mangsa2 yang terkorban.. mak siap minta tgk2 kalau2 ada muka sedara mara kita.. |
boleh baca cerita bekas bangunan sekolah ni di sini..
Konvoi Raya di Phnom Penh
Pada hari ke-6 di sana, ada juga kami jalan beraya ke rumah saudara-mara mak dan ayah.. ada yang kurang mampu, sederhana senang dan juga terlebih senang.. biasa la adat manusia ada yang miskin dan kaya.
|
Rumah sepupu yang dah lama ditinggalkan.. pernah dipecah masuk pencuri dan habis licin isi rumah.. 1 apa pun tak ditinggalkan pencuri tu.. Rumah Untuk dijual sekarang.. berminat tak? |
|
Lorong setinggan kawasan kebakaran |
|
Mak hulur duit raya kpd Kanak2 kurang bernasib baik di sana |
Untuk gambar mak bagi duit raya tu ada cerita juga.. mula2 ada la 5-6 budak ni ikut je kami ke mana, kagum tgk pelancong kot.. padahal muka kami2 ni muka kemboja gak.. paling tak pun muka asia kan??
mungkin pemakaian kami kot kemas, segak, bergaya, anggun.. cewah.. angkat diri sendiri nampakkkk... huhu.. so, mak yg mmg mudah tersentuh tatkala tgk pakaian budak2 ni cam tak cukup kain so terdetik la nak bagi duit raya.. tak banyak pun, sorang RM1 je.. ok la mula2 tu tapi baru hulur 10 keping RM1 tu, kawasan tu dah jadi 'zon perang'.. semua budak2 kat kawasan setinggan tu dtg serbu ala2 bantuan ke Somalia.. mata kasar aku anggarkan dalam lebih 100 budak.. tak tau dari mana tetiba muncul.. gerun juga tgk bdk2 ni ganas semata2 nak rebut duit yang kecil nilai tu, siap panjat kerusi meja nak ragut duit dari tangan mak.. mak pula dah berdiri tegak angkat tangan yang pegang duit tu 90darjah ke langit.. itu pun ada gak budak yang nekad melompat cuba merampas duit dr tangan mak.. adik aku atam tu dah depa tangan kat depan konon2 jadi benteng ala2 Pasukan RELA kita ni tapi hampeh gak, tak terdaya jugak melawan kerakusan budak2 ni nak duit.. last2 aku juga berlagak hero.. aku jerit memanggil mak aku tapi mak tak dengar, kecoh mcm perang masa tu.. perhimpunan BERSIH kat KL pun tak macam ni kot..(aku tak tau sebab tak gi pun BERSIH tu.. huhu).. bila mak aku dgr panggilan aku, aku minta duit dr tgn mak aku tu dan terus masuk dalam poket.. kalau mak aku jatuh masa tu, rasanya boleh mati kene pijak dek budak2 ni.. Nauzubillah.. Alhamdulillah keadaan terkawal juga.. Aku tercakap melayu dah masa tu, tak boleh control lagi "udah2, duit dah abis!!" jerit aku.
Itu pun masa nak beredar ada juga 2-3 budak mengekori nak duit juga.. maafkan kami, kalau bagi kamu, akan berlaku tidak adil pada yang lain atau kemungkinan rusuhan boleh berlaku lagi.. Iktibar..huh...
Hari Ke-7 - bersiar2 di bandar Phnom Penh
|
Pencemaran Udara pun agak teruk di bandar.. |
|
beli goodies... |
|
Sempat posing gaks.. |
|
Jalan2 sampai pancit tayar.. pam dulu.. |
|
mak kata susah jumpa kat Malaysia.. buah teratai |
|
Model Rumah Tradisi Cambodia.. unik kat tangga, semua sepesen.. |
|
Depan Palace of Cambodian Kingdom.. |
|
Pengantin Baru Bahagia.. peacemaker |
|
Sejenis Bas Pekerja.. |
|
dah macam "Sardin Cap Ayam" |
Tragedi Pesta Air
Sempat juga kami melawat tapak Jambatan yang meragut nyawa lebih 300 orang semasa pelancaran pesta air sekitar tahun 2010.. memang agak pelik jambatan yang hanya panjang 100 meter tapi boleh mengakibat kematian yang ramai.. cerita orang tempatan akibat rasa takut dan panik pengunjunglah menyebabkan mereka hilang arah dan terjadilah adegan pijak memijak dan tindan menindan sampai mati.. ceritanya lagi ada beberapa pengunjung menjerit mengatakan jambatan nak runtuh, tu semua jadi panik.. Nauzubillah.. dah ajal di sana kan.. Ada juga beberapa mayat gagal ditemui tapi tidak diceritakan di akhbar2.. Allahuwaklam.. Walaupun yang terkorban tu semua warga Buddha, Kita wajib berpegang yang ajal dan maut tu di tangan Allah..
|
gambar carian google.. |
|
Jambatan asal diruntuhkan dan dibina jambatan baru bersebelahan.. |
|
bekas Tapak Jambatan yang diruntuhkan |
|
Adat Buddha mengigati roh2 yang tidak dapat ditemui.. |
Sebagai penutup.. itu je la aku boleh knowledge sharing, seronok la juga melawat tempat orang kan.. at least dapat menunaikan hasrat mak nak kami kenal negara dia.. alhamdulillah..