Sunday, November 25, 2012

Real Paranormal Aktiviti in Shah Alam

Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan?
So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :


1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2.Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam


tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (Click "read more" kat bwh nanti). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke patut??

3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

 Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

Thursday, November 1, 2012

Paranormal Activity (personal review)

Paranormal Activity



masa mula2 filem ni ditayangkan yang pertama (original) ada la jelik sikit.. ntah apa2 punya filem ntah..
lepas tgk reaksi penonton mcm video kat bwh ni.. apa lagi, mendorong aku nk rasa gak apa diaorg rasa.. walaupun tayangan dah tamat, apa lagi DVD arrr.. Blue Ray hokey..


pergghh... boleh la tcabut jantung ni..

kisah sepasang kekasih ni Katie dan Micah dikacau entiti misteri..
banyak adegan terkejut dan suspen.. Reality camera membuatkan kita seolah2 bersama2 berada di dalam filem tersebut..
Bila tau ada sequal, menjadi salah 1 film wajib aku tgk.. dah la tgk dgn kwn2 yg melatah..
gamak ar suasana..

Paranormal Activity 2

yang ke-2 ni paling seram and suspen bagi aku..

cerita pasal kakak Katie, si Cristie dengan suami dia pula kene kacau..
mereka ada anak perempuan dan anak lelaki.. dikatakan anak lelaki bernama Hunter Rex  la 'benda' tu nak korbankan.. di hampir penghujung film ni ada terselit babak dari film 1st untuk penonton faham keberkaitan dia.. so kalau korang jump terus tgk film ke-2 ni, mungkin akan blur2 skit nak faham..

ada la babak suspen, cemas.. babak kene hembus nafas, bayi kene tarik, kene angkat.. Mak dia Cristie tu pun kene tarik kaki pastu diseret melalui tangga sampai la ke stor.. perghh.. suspen abih..

korang tgk la penonton dia punya reaction..


parential advise di akhir babak ni ada adegan bunuh pulas kepala..
agak ngeri bg sesetengah org..


Paranormal Activity (Tokyo Night)


Yang ni aku tak berapa faham sgt.. tetibe lak setan tu pi tokyo.. nak drift ke apa??
tapi suspen n seram tu tetap ada..
aku nk cerita jadi tak minat lak.. korang tgk la full film dia ada kat youtube ni..
   
ada la diselitkan sikit babak keberkaitan dengan Katie ni.. si minah jepun ni terlanggar Katie di Amerika dan Katie dikatakan mati.. sebab tu la setan tu ikut minah jepun ni balik jepun.. minah jepun ni patah kaki.. bagi aku adegan kene rasuk tu bleh tahan, kaki patah tapi bleh jalan bila kene rasuk.. cara jalan tu agak seni tapi menakutkan.. cuma kalau banding dan kaji keberkaitan dengan film ke-2, agak nonsence sebab dia kata dia langgar katie lepas katie cuba lari selepas bunuh buaya-pren dia (micah tu la). tapi, dalam film ke-2 Katie digambarkan dalam keadaan dirasuk datang rumah kakaknya lalu bunuh kakak n abg iparnya kemudian membawa Hunter pergi.. 1 slot kata katie mati, 1 slot lagi kata katie menghilangkan diri.. ermmm.. aku nak explain dalam penulisan pun fening.. apa2 pun mmg meremang.. layan je la.. 


 Paranormal Activity 3


Yang ke-3 ini pulak, kisah dia flashback balik masa dua beradik Cristie ngan Katie ni masa kanak2 dulu.. Rupa2nya nak bgtau yang setan duk kacau diaorg tu dah lama dah.. dari keturunan tok kadok dia lagi.. siap ada nama si setan tu..'tobi'..

Masa ni mak ngan nenek diaorg hidup lagi, tapi sayang, mak ngan boyfren mak diaorg tu mati dalam film ke-3 ni.. so nenek diaorg yg bela 2 beradik ni..

ada 1 babak seolah2 Katie berjanji akan tunaikan permintaan setan si tobi tu tp tak tau amende.. masa setan tu tarik Cristie and kurung dalam stor bilik.. so si Katie merayu kepada tobi untuk melepaskan kakaknya lalu menjawab "OK, Ill do it..!!". do what? i don know.. Katie terpaksa akur permintaan tobi sebab tak sanggup kalau kakaknya diapa2kan..

Babak paling seram secara peribadi aku masa babak selimut.. korang tgk la nanti.. ini babak reaksi penonton tapi dalam mode iklan (trailer)..


ada beberapa babak di mana sikap atau entiti ke atas Katie dan Cristie ni sama je sampai dewasa.. contohnya Cristie asyik kene tarik n seret je.. si Katie lak asyik senang kene rasuk, pastu tenung org tido berjam-jam.. alamak spoiler.. korang tgk la nanti k...


Paranormal Activity 4

Ke-4 ni pulak nampak mcm tak ada kaitan dengan 3 filem awal tu.. tapi ada kemunculan Katie dan Hunter secara misteri.. atau lebih jelas dari filem ke-2 dimana babak penutupnya Katie dirasuk dan membunuh kakak dan abang iparnya lalu membawa Hunter entah ke mana.

Hunter diambil sebagai anak angkat oleh keluarga ini.. macamana perjalanan Hunter sampai sini tu tak lak ditunjukkan. Hunter dapat nama baru known as Wyatt.. Wyatt sendiri tak tau dia anak angkat dan nama sebenarnya ialah Hunter.. kemunculan budak lelaki misteri menjadi persoalannya.. Robbie.. dia menjadi kawan baik wyatt, ajak wyatt buat bende2 pelik.. dan akhirnya membawa wyatt jumpa dengan ibunya.. agak terkejut tgk yang ibu Robbie tu la adalah Katie.. aku pun tertanya2 bila and camana Katie dan Hunter berpisah.. Siapa lak Robbie tu..

tgk iklan trailer pn suspen dah...

so, ini la cerita seram menusuk kalbu bagi aku.. smpai ada ketika nak tidur kalau teringat.. jadi tikus mondok la aku.. bila tak leh tido, aku akan godek dapur cari makan.. huhu 

The biggest Questions now.. ada yang ke-5 tak nanti??? tungguuuuu....