Tuesday, April 4, 2017

Review: Power Rangers (2017)

AMARAN: mungkin mengandungi spoiler

Sebagaimana yang kita maklum Power Rangers (2017) adalah sebuah filem superhero American iaitu filem pembikinan semula (remake) berdasarkan siri yang popular bermula tahun 1993 dengan nama karakter yang sama, filem yang upgraded termasuk pelakon2 yang baru. Skrip ditulis oleh John Gatins dan Pengarahnya Dean Israel. Ini adalah filem ketiga francais filem Power Rangers. Antara muka baru iaitu Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Becky G, Ludi Lin, Bill Hader, Bryan Cranston, Elizabeth Banks dan ramai lagi.

Intro Ringkas:
Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya siri Power Rangers ini adalah adaptasi daripada siri Original Super Sentai ke-16 iaitu Kyōryū Sentai Zyuranger antara siri dari Jepun yang mula-mula memperkenalkan aksi kumpulan superhero berwarna. 
Batch ke-16 Super Sentai yang mana versi America ciplak bulat2 kostumnya (mungkin dgn kebenaran)



versi Jepun Renger Perempuan seorang je.. Pink

Balik pada siri America, pada tahun 1995 20th Century Fox mengeluarkan Filem Pertama Power Ranger iaitu Mighty Morphin Power Rangers: The Movie. Personally saya lebih tertarik dengan rekaan kostum yang ini.. simple yet elegan.. walaupun filem ini nampak byk sangat kesan CGInye, tapi saya masa tu baru Tingkatan 2 terasa dah habis hebat dah.. hehehe

satu lagi saya ingat perkataan Morphin tu (maksud sebenar dalam filem ini iaitu Bertukar!!)  jadi isu sebab ianya adalah nama lain bagi sejenis dadah (Morphine). Siap dibekukan siaran siri untuk beberapa minggu kat Malaysia ni. Ejaan berbeza tapi sebutan hampir sama. Mungkin takut kanak2 terpengaruh, siaran kat Malaysia ni smua ditapis perkataan tu... lagu dia pun jadi bisu bila sampai perkataan morphin.. kelakar tak??
Mighty Morphin Power Rangers: The Movie (1995)
ok now get back seriusly to Power Rangers (2017)

1st nak cerita bab kostum.. ramai cakap dah macam keluarga Iron Man.. skali pandang macam betul lak tp 44 kali pandang baru nampak beza.. hehehe terlalu artistik sangat kostum sampai dalam filem pun digelar armor sut (Pakaian berperisai). Kira hebat la kot, Tak lapuk dek hujan, Tak lekang dek panas, Tak telus dek laser, Tak tembus dek pedang.. boleh?
Story line pulak boleh saya kata lari habis daripada original.. seingat saya la yang ori, diaorg ni dlm keadaan kelam kabut tapi bersemangat nak lawan raksasa jahat.. dalam nak lawan tu tiba2 disedut oleh alpha ke Command Centre (HC) secara teleportasi, kiranya macam magik la hilang kat sini ting!! skjp je muncul kat sana.. hebat la kan??? and kat sana baru dibrief mereka adalah insan2 terpilih untuk melindungi bumi.


Cara Rangers yg lama nak gi mana2 yg perlu... teleportasi je.. ok bai

Tapi versi 2017 ni, diaorg jumpa 5 biji batu kuasa.. and paling haru nak menuju ke HC tu kena terjun ikut tasik, berenang, lawan graviti then baru sampai HQ. Kira kena walk-in manually la, tak ada maknanye nak teleport2 bagai.. Cuma ada la adegan diaorg kene langgar kereta api, tup2 ada atas katil terjaga mcm mimpi lak.. tp kesan2 baju koyak, kotor tu ada, jadi mungkin diaorg ni teleport balik dalam keadaan cemas kot.. maybe la...

Mula2 jejak kaki ke HC lak kena hambun lak ngan zordon "mereka ni nak jadi Power Rangers? mampu ke?" tanya zordon.. padahal versi ori, zordon trus ckp "you are the chosen 5" ... hahahaha

Cara nak bertukar (morph) pun bukan sesenang siri 1993.. its Morphin Time! Trynasour!!! ting dah siap.. no no no no.. siri 2017 ni kena diri kat platform kuasa HC tu and cari kekuatan dalam diri untuk bertukar, kena godek spiritual bagai... last2 beberapa siri test tak berjaya, zordon arahkan untuk training tanpa sut armor..

agak menarik perhatian saya, watak Rita Repulsa.. berbeza, memang berbeza!!
1993                                                      2017
tu je la nak tunjuk pasal Rita ni.. macam Rita Rudini pun boleh.. oppss ok la tak reti nak komen pjg2...

Lepas tu storyline Power Rangers 2017 ni macam biasa2 je sbb termasuk saya (Babyborn 80s) teruja nak tgk cara diaorg morph.. sayangnye hanya 15 minit akhir baru nampak.. jadi la.. of course la upgraded, nampak sel2 smua berhubung bergabung menjadi sut armor..

and babak yang boleh buat penonton tepuk tangan ialah masa Rangers nak gi berdepan dengan raksasa emas Goldar yang otw ke Angel Grove, Alpha siap sorak "Go, Go Power Rangers!!" lps tu muncul la lagu tema tu.. perghhh terimbau jadi kanak-kanak dulu...

fighting scene boleh la dipuji sebab CGI is so far better and kita yg menonton boleh feel la juga saat2 cemas, kritikal bagai tu...

ada add-on watak Bumblebee and 2 pelakon asal Power Rangers iaitu Amy Jo Johnson (Pink) dan Jason David Frank (Green) buat kemunculan istimewa di babak akhir sebagai penduduk Angel Groove.

enjoy la Trailer #2 ni...