Sunday, October 29, 2017

Kalendar 2018 (Khas Cuti Umum Wilayah Persekutuan)

dapatkan kalendar 2018 dengan saiz sebenar dengan klik sini --> 2018

Cuti Wilayah Persekutuan berwarna hijau. Skian harap maklum

Thursday, October 19, 2017

Kolam Renang Awam Putrajaya

Kolam Renang Awam Putrajaya

Kepada warga Putrajaya yang aktif bersukan terutamanya berenang, mungkin anda juga sudah tahu akan kewujudan Kolam Renang Awam sekitar Putrajaya ini.. Terdapat kolam yang terletak di dalam Kompleks Kejiranan iaitu Presint 9, 11 dan 16. Di sini kalau yang bawa famili, sangat memudahkan sebab nama pun Kompleks Kejiranan, ada foodcourt, badminton court, kemudahan awam yang ruji seperti surau dan sebagainya. Kalau bagi saya, foodcourt tu sangat memudahkan.. ye la lepas berenang, mesti lapar tahap gaban so lepas tu melantak la... hehehe

Kolam Presint 6 tiada Kompleks Kejiranan, tapi ada la mini fast food di lobi kaunter. Jika pergi waktu puncak, agak sunyi sepi.. privasi

Berikut adalah Jadual Penggunaan Kolam tersebut yang berbeza-beza hari penutupannya untuk tujuan penyelenggaraan.

Penutupan Mingguan Kolam Renang Awam Putrajaya.

Harga Tiket Kolam Renang Awam Putrajaya
-dewasa RM2/sesi
-Kanak-kanak RM1/sesi
*Jika kanak-kanak mandi di kolam besar, diwajibkan guna tiket dewasa.
*Harga tidak termasuk Indoor pool Presint 6 iaitu RM5.30 (GST 6%) per sesi.

Maklumat ini saya mohon sendiri daripada Perbadanan Putrajaya memandangkan ia tidak lengkap di dalam web rasmi.

Jika ingin mengetahui maklumat lanjut yang lain, click SINI . Terdapat nombor telefon yang boleh dihubungi.

Syarat Pakaian Renang
Kesemua kolam renang ini meletakkan syarat ketat terutamanya dari segi pakaian. Wajib mengenakan pakaian renang kecuali kolam kanak-kanak tertentu yang dibenarkan pakaian biasa (budi bicara pengawas kolam).
Jika tidak bawa pakaian renang, boleh sewa di premis (sub-rent) di situ.

Berikutnya adalah maklumat di dalam caption bagi setiap gambar masing-masing.
Disclaimer: Terdapat gambar sumber ihsan blog lain atau carian google. Maaf in advanced ye kpd blogger2 yg terperasan gambar anda terpacak di sini. 




Kolam Renang Awam Presint 6

Terdapat 2 jenis kolam di sini. Dalam bangunan (Indoor) dan luar bangunan (Open). Ia juga adalah pengurusan di bawah Marina Putrajaya, bukan Perbadanan Putrajaya.

Mandatori mengenakan pakaian renang untuk berenang di kolam dewasa (open) dan indoor. bagi kanak-kanak (open) masih lagi dimaafkan jika pakai pakaian biasa.

Gmaps kedudukan Kolam Renang Awam Presint 6, Putrajaya
Bulatan merah adalah open pool, bulatan kuning adalah indoor pool..
Jalan kaki penat la juga nak seberang ye..

Kolam Open untuk kanak-kanak. paling dalam pun 0.5m
Kolam Open dewasa, saiz olimpik.. kedalaman 1m-2m.. puas gak la back2back
Indoor pool.. 1 pool sahaja... 1.2m
indoor pool other view


Kolam Renang Awam Presint 9

Kolam di sini ada pengasingan mengikut jantina. Maksudnya ada 2 kolam besar.

Sumber carian google.. tak pasti jantina apa or kedalamannya berapa.. sorry
Selain kolam besar, terdapat kolam kanak-kanak di bahagian luar Kompleks Kejiranan.
Ianya percuma dan selalunya packed di hujung minggu. Juga tidak mandatori pakaian, boleh je pakai pakaian biasa.

Saya juga sering bawa puteri beriadah di sini, ye la paling dekat ngan rumah, 1 minit je naik motor.

Puteri Efa and Sara.. see them? baju belang black and white..
Tada...
Hari lain pula
repeat..
View biasa di hari minggu sabtu dan ahad



 Kolam Renang Awam Presint 11

Mandatori mengenakan pakaian renang untuk berenang di kolam dewasa. bagi kanak-kanak masih lagi dimaafkan jika pakai pakaian biasa.

Kolam kanak-kanak dan dewasa sebelah menyebelah je..
Kanak-kanak 0.3m dan dewasa 1.2m

 Kolam Renang Awam Presint 16

Last visit saya, di sini mengenakan mandatori pakaian renang untuk berenang di kolam dewasa dan kanak-kanak. No excuses. Namun, masih ada kolam kanak-kanak di luar kawasan kolam utama. Boleh pakai pakaian biasa dan kedalaman 0.3m sahaja. Tiada pengawasan kolam kecuali penjaga masing-masing ye.

Kolam dewasa 1m-1.6m
Kolam sebelah untuk kanak-kanak.. ada mini slide..
kedalaman 1m.. umur 3 tahun mungkin tak jejak
Kolam kanak-kanak di luar kawasan kolam utama

Kolam Dataran Gemilang

Terdapat juga kolam terbuka seperti di Dataran Gemilang Presint 4.
Saya sendiri belum pernah sampai di sini. Jadi, tiada ulasan yang boleh saya buat. Yang saya dimaklumkan ianya khusus untuk kanak-kanak sahaja kerana kedalaman lebih kurang 0.3m sahaja..
Enjoy!!

Itu la serba-serbi sikit maklumat yang oleh saya share.. kedalaman di setiap kolam yang saya captionkan itu hanyalah agak2 sebab semasa menaip, saya tak ingat kedalaman sebenar. OK