Sunday, September 27, 2020

 

Malaysia PKP
Blog aku pun PKP gak.. hahaha

tak ada apa nak story mory sgt, padahal time pkp, pkpb, pkpp ni la byk aktiviti, tp smua tak up blog... kat fb je le...

29 April sehingga 9 Jun  2020 pula dikuatkuasakan PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat..

yang sedihnya PKPB ni melangkaui waktu Ramadan dan Syawal.. maksudnya tiada sambutan perayaan dibenarkan untuk mengekang penyebaran wabak.. raya dgn ahli keluarga masing2 sahaja.. kalau duk bujang tu, beraya dikalangan teman serumah je la... untuk kebaikan bersama juga..

10 Jun sehingga 31 Disember pula dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana bilangan jangkitan mula menurun ke paras yang minima dalam boleh dikawal.. insyaallah sehingga 0 bilangan jangkitan.

Namun semasa menaip ni, jangkitan di Sabah dan beberapa lokasi panas di semenanjung direkodkan kenaikan jangkitan..

apa2 pun moga Malaysia terus aman dan berjaya dalam mengekang wabak Covid-19 ini dan kehidupan rutin rakyat kembali seperti sediakala..

aaammiinnnnnnn

Thursday, January 2, 2020

Aku Menangis wei.. mcm tak percaya

Hiasan je
Semalam 2 Januari 2020, bermula la sesi Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) aku dan keluarga..
tapi 1 Januari 2020 aku dah balik ke sarang pun.. maksudnya dah 1 malam aku keseorangan.

tapi smlm (kiranya malam ke-2 la..) aku tgh vid call anak2.. si bongsu tu kena sergah ngan busu dia (adik wife).. dia menangis la kan... ntah kenapa masa ni aku tgh vid call tu aku rasa sebak, helpless tak dpt nak pujuk peluk anak.. so apa aku boleh buat?? yes aku menangis je la, menangis mmg yg sakan yg dah lama aku tak rasa.. of course la aku cut off vid call dulu... teresak2 wei aku nangis... wife call balik 2x, aku tak jawab, tgh layan emo sakan wei... serius dah lama aku tak nangis mcm tu...

mgkin dlm masa yg sama faktor loneliness, empty inside membuak2 lak.. ye la biasanye aku balik keje je, anak2 paling teruja sambut aku.. menyanyi, melompat, peluk cium aku.. tp dah 2 hari aku tak dpt tgk anak sambut mcm tu... kalau korang team bapak2 (yg sayang anak), mesti korang faham perasaan aku... huh

sejenak kemudian, housemate aku pun balik, apa lagi cuak la aku takkan nak tunjuk aku tgh menangis kan... bkn main aku lap air mata sakan nih... huh..

btw housemate aku pun bapak juga, anak sorang.. PJJ sama mcm aku.. cuma dia mgkin dh lama.. terbiasa...

aku ni ntah, skrg ni tgh menaip ni serius aku lemah... rasa mcm nak rombak balik keputusan aku utk PJJ ni.. serius.. but ill try to be strong...

tu je nak share kali ni..

siapa terbaca blog ni, rezeki korang la...