Tuesday, January 1, 2013

Kutuk anak orang kepada ibu kandung orang tu sendiri.. "Phailed Act"

Baru2 ni.. setelah hampir 1 Tahun aku ngan S perang bisu.. ye la sampai ada juga majlis2 atau situasi2 tertentu membuatkan kami terserempak.. tapi mmg sama2 lagak mcm musuh tradisi.. tak pandang 1 sama lain, tak tegur menegur.. Dan yg paling digalakkan dalam syariat Islam iaitu mengucap salam dan bersalaman pun kami tak buat..

Aku tau smua tu salah dan tak betul tapi aku dah fed up sgt ngan S yg tuduh aku mcm2 tanpa soal siasat.. sampai trus jatuh hukum kat kwn dia sendiri (yg aku tak rasa S ikhlas bkwn pn ngan aku slama ni.. aku x pasti adakah ia perasaan aku shj atau mmg benar...)Aku pun sedar aku tak layak menghukum dia tapi aku lebih suka klasifikasikan tindakan aku ini sbg expresi diri aku je.. kalau boleh tak nak tgk muka dia.. boleh la aku samakan mcm aku tgk muka ***** la... sakit mata aku..

Baru2 ni adik S yg mengandung 7 Bulan ditimpa musibah apabila bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan.. Berita tu sampai kat aku dan aku sampaikan kpd keluarga aku.. Mak aku paling terkejut dan simpati.. so mak aku plan la nak pergi melawat adik S bernama Noor (Bkn nama Sebenar)..

Aku menemani mak aku bersama ayah aku menuju ke Hospital Melaka pada hari tu yang jatuh pada hari jumaat.. sesampai di sana sekitar jam 12PM aku bertemu dgn ahli keluarga S di pintu wad.. yang ada masa tu termasuklah S.. aku terasa amat jelik tgk dia ada di situ.. andai kata aku dimaklumkan awal yg S turut berada di situ, pasti aku tidak akan menunjukkan muka, lebih aman menunggu di dalam kereta sahaja.

Aku langsug tidak berganjak dari koridor memandangkan S ada di sana.. ahli keluarganya pula yg datang menuju ke arah aku untuk menyapa dan bersalaman.. aku sempat mengucapkan takziah kepada Mohd, iaitu suami kepada Noor.. mak dan ayah aku yang berjalan agak lambat sampai sedikit lewat iaitu 1 minit di belakang aku.. sesampai je mak dan ayah aku di sisi aku, baru la S datang ke arah mak dan ayahku untuk bersalaman.. aku mmg dah pasang niat tidak akan menyentuh S lagi jadi aku kunci tangan aku dalam poket jeans aku je.. mak aku yg perasan juga menanya..

"kenapa ko tak bersalaman dgn S tadi?? korang gaduh ek??" tanya mak aku..
"tak ada apa la mak, sblm mak smpai td org dh salam pn dia (S tu la).." jwb aku terpaksa tipu sunat..

Jadi, aku pun mengajak ayah aku pergi masjid awal untuk solat jumaat. drpd duduk lama di situ tgk S je buat apa kan?? Masjid hanya bersebelahan dengan Wad bersalin. sewaktu aku sedang duduk di masjid, aku tak sengaja terpandang kelibat S yang masuk masjid agak lewat, sekitar jam 1.40pm.. aku sikit mushkil sebab selama aku berkawan dgn S, dia yg ajar aku untuk pergi solat jumaat awal.. ambil berkat katanya.. tapi kali ni dia yg lambat.. ok la aku pun bersangka baik je mungkin dia risau tak dapat berjumpa dgn adiknya yg sakit itu sebab Hosp Melaka agak strict dgn waktu melawat iaitu 1pm-2pm sahaja termasuk la hari jumaat..

Sesudah solat jumaat aku dgn ayah aku menuju semula ke wad bersalin dgn niat dapat la berjumpa dgn Noor walaupun sekejap tapi mak aku ada di pertengahan jalan menghalang aku dan ayah aku lalu mengajak terus pergi ke kereta..

"ada sesuatu yg terjadi tadi, jom masuk kereta nanti mak cerita...". Jelas mak aku.

Rupa2nya mak aku masuk melawat Noor tepat jam 1pm bersama-sama dgn S, Wife S dan Suami Noor.. Tak sempat menyapa dan bercakap dgn Noor, trus S mencelah.. tak lain tak bukan, S mengutuk aku..

"mak cik tau tak anak mak cik tu jahat..? dia tikam saya dari  belakang.. Dia mengata saya.. tak cukup dgn tu, dia main perempuan lagi.. saya rasa kesian dgn isteri salleh tu.. mak cik tau tak??" S memulakan bicara..

Mak bgtau, mak bergenang airmata mak mdgr S kutuk2 anak kandung mak camtu tapi S buat tak tau je.. terus menerus dia mengutuk aku bercampur fitnah lagi.. Mak menangis bkn sebab mak percaya kata2 S tu.. tapi mak sedih sebab S yg mak sangka selama ni lain drpd sangkaan mak.. Mak sanjung S sebab dia nmpak alim.. bahkan mak seolah2 selesa tgk aku berkawan dgn dia sbb mgkin mak mghrp aku pun bakal alim seperti dia.. tapi semua harapan tu musnah.. mak kesal cara S yg kutuk kwn baik sendiri tatkala berselisih faham dan bergaduh..

S siap tuduh mak aku sebagai tempat aku meluahkan perasaan atau tempat mengadu kalau bermasalah..

"mesti salleh dah cerita segala2nya kat mak cik kan??" kata S pada mak dgn ragu..

"salleh tak pnh bgtau apa2 psl ni.. ko gaduh dgn salleh pn mak br tau ni.. tau dari pada ko, S.. kenapa sampai jadi mcm ni?" Tanya mak..

tu pun S masih tak nak percaya.

"ye ke mak cik? salleh tak pernah cerita ke??" balas S yg penuh ragu dan syak wasangka.

Memang aku jenis berdikari semampu yang boleh.. Tak semua masalah hidup aku nak share ngan mak kot...

Dan sesungguhnya aku memang tak pernah bergaduh dgn siapa2 yg aku dah angkat sbg kawan.. yg mana gaduh sblm jadi kwn tu lain la.. kalau dah gaduh di awal perkenalan, buat apa nak berkawan lak kan??

"spjg salleh berkawan, mmg mak cik tau dia selesa berkawan dgn perempuan tapi alhamdulillah ats didikan mak cik, dia tahu membataskan diri ketika bergaul dgn bukan muhrim.." jelas mak..

"dan salleh pun tak pernah mengadu yg dia bergaduh dgn siapa2 sblm ni.. Ini pertama kali mak cik dgr dia bergaduh.. dan tau daripada kamu sendiri.." Jelas mak lagi

"Ini cukup menguatkan dan meyakinkan mak cik yang salleh tak pernah ada masalah dgn kwn2 dia selama ni.." sambung mak lagi.

"oh ye ke? kalau cam tu, salleh ni gaduh dgn saya je la, dia sakit hati ngan saya je la.." jawab S dgn bongkak..

"dgr mak cik pula nak jelaskan.. S sedang bercakap2, kutuk2 ni.. S sedar tak kamu mengutuk anak mak cik?? anak yang mak cik kandungkan, yang mak cik lahirkan dan yang mak cik besarkan sendiri.. anak yang tak pernah menyusahkan mak cik, selama ni salleh menjadi abang yg baik, yang menjaga adik2nya.. yang menjaga maruah keluarganya.. so mak cik minta maaf kalau mak cik agak tak percaya apa yg kamu katakan ini S.. sungguh byk bercanggah dgn salleh yg mak cik kenal.. anak makcik".. jelas mak panjang lebar

sejujurnya tak ada la 100% mak aku ckp psl aku tu betul, tp aku faham kot.. siapa yg bleh terima bila ada org kutuk dan fitnah anak yg membesar dpn mata sendiri?? lain seperti yg kita knl dgn anak sendiri..

Mak luahkan kekesalan niat pergi melawat Noor.. Niat mak nak melawat tu tak kesampaian sebab terpaksa mendengar "ceramah" si S ni.. memang mak gunakan perkataan ni..

"aku pergi sana nak melawat noor, tapi kene dgr 'ceramah' S tu pulak.. menyesal mak pergi.." jelas mak..

byk lagi dialog yg berlarutan hampir 30min tu tapi aku taip mana yg aku dpt tgkp dr cerita mak je.. dan ada aku tak tulis sebab ia terlalu sensitif kalau aku dedahkan kpd semua..

Sebagaimana aku war2kan mmg benar belaka.. S menuduh aku mengumpat dan mengata dia dr belakang.. Namun, tatkala dia bercerita dan mefitnah aku kpd mak kandung aku sendiri itu digelar apa?? aku cukup kesal apa yg telah menimpa mak aku.. S akhirnya membuka pekung di dada sendiri..



Alhamdulillah mak aku masih percaya pada anaknya sendiri.. sikit pun mak aku tak percaya kata2 S juga tidak menjejas sikit pun hubungan aku dengan mak aku.. Sayang mak..

Untuk langkah berhati-hati, mak yg runsing kalau2 ada yg termakan dgn hasutan dan fitnah S itu, terutama tuduhan yang aku ni kaki perempuan.. Playgirl.. mak aku sendiri telah berjumpa dgn isteri aku (menantu mak aku) menjelaskan segala2nya.. Alhamdulillah juga semua pihak menyebelahi aku termasuk la mak S.. yes mak S pun mak aku jumpa dan jelaskan.. Mak dia pun kesal dgn tindakan anaknya sendiri.. aku bersyukur sangat2..

Namun, kerisauan masih terpahat di dada tatkala aku kenal cara S yg cuba 'menjatuhkan' org yg dia benci.. Dia seolah2 tidak akan menyerah kalah.. lihat aje apa yg terjadi pada arwah Zal.. S menabur fitnah dan mengata Zal, yg aku rasa dia seolah2 seronok kalau tgk Zal 'jatuh'.. sebaliknya Zal pula semakin baik, semakin ramai kawan, semakin popular.. tapi itu la, mungkin Allah juga menyayangi Zal.. tu Dia jemput Zal dulu.. Al-Fatihah..



No comments:

Post a Comment