Thursday, March 28, 2013

Sahabat...

Hari ni salah seorang sahabat aku tetiba ucapkan selamat hari sahabat.. maaf la aku tak ingat sangat hari sahabat ni, yang aku tau hari2 aku akan cuba hargai sahabat2 aku...

So aku nak story mory skit la kenapa perkataan SAHABAT  tu cukup keramat buat aku..

Agaknya majoriti sahabat aku dah tahu asal usul aku, yes aku keturunan bukan melayu generasi ke-2 di Malaysia ni.. bermaksud mak dan ayah aku bukanlah bumiputra malahan lahir juga di luar Malayisa..

Di zaman kanak2 lagi, aku lebih senang bergaul dgn kwn2 di kampung yang juga majoriti sama kaum dgn aku.. walaupun di kampung tu ada juga orang melayu dan ada juga sesetengah itu memandang hina terhadap kami.. tak semua, sesetengah je..

di sekolah juga begitu, entah kenapa semasa aku di sekolah rendah, aku tak berpeluang sekelas dgn kwn2 sama kaum dgn aku.. so, bila aku sahaja orang bukan melayu di kelas, aku rasa insecure.. mcm smua budak dlm kelas tu nak makan aku je.. yes, memang aku teruk di'diskriminasi'kan masa tu.. malahan cikgu turut memandang hina dan memberi layanan buruk terhadap aku..

Cikgu Normala.. (Nama sebenar tanpa binti).. Nama yang aku tak boleh lupa.. yang lempang aku di hadapan kelas, mendenda aku berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi untuk kesalahan yang aku rasa tak sesuai aku dihukum sedemikian.. contoh yang kene lempang sampai bengkak pipi aku tu, tak ingat sangat tapi sekitar darjah 2-3 la.. sebabnya hanya kerana aku menjawab jujur soalan yang diberi "tak tahu".. soalan dia pun aku tak ingat tapi dah aku memang tak tahu, aku jawab je la aku tak tahu.. tu pun nak marah ke? sampai lempang aku bengkak pipi lagik.. biru.. mak ayah aku datang sekolah report kat guru besar.. tup2 cikgu Normala dipindahkan.. waktu ni aku ada kwn rapat nama Jeffry, tapi tetiba je dia mcm malu2 juga nak kwn dgn aku sampai pernah 1 hari tu aku kene buli fizikilly.. disepak terajang dan Jeff hanya memandang dari jauh dengan muka sedih.. tak apa la aku rasa aku faham keadaan dia.. walaupun masa tu aku agak sakit sangat.. bkn sakit kene pukul tapi sakit hati..

Dan sepanjang tahun tu aku di'diskriminasi'kan agak teruk terutama di Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Jaya.. Kecuali di Sekolah Agama Lembah Jaya sesi petang... Mungkin ini berkat ajaran Agama tercinta kita, tiada pilih kasih dalam perhubungan.. walaupun ada juga yang benci aku hanya kerana keturunan aku, ada juga yg sudi berkawan dan berteman dengan aku... aku rapat dengan RoSalHelFirIs iaitu nama Kumpulan kami masa tu nak menunjukkan keakraban kami ni la.. Janji Friends Forever budak2 dulu2 tu.. Roshidi, Salleh, Helmi, Firdaus, Iskandar.. Aku cukup seronok ngan diaorg ni.. outdoor sama2, mandi air terjun Bukit Belacan sama2.. huh.. byk la.. Sekarang, aku tak tahu dah mana diaorang ni semua.. ikutkan hati nak je jejak kasih.. tapi apa kan daya, berserah je pada Jodoh ketentuan Allah.. kalau ada jodoh nanti jumpa la kami...

Sehinggalah di Tingkatan 1, aku jumpa seorang kawan pertama aku yang tak kisah asal usul aku di awal perkenalan.. Arifin aka Ipen nama panggilan dia.. dan dia perkenalkan dgn beberapa lagi kawan lain yg turut open minded mcm ipen.. cuma tu la, diaorg ni kategori 'lembut'.. aku tak nak tuduh ke'lembut'an aku ada skrg ni sbb pengaruh diaorg lak sbb mmg diaorg je kwn aku masa tu.. Selembut2 diaorg pun, ahtletic juga ok wei.. Ipen memegang title raja pecut kat sekolah Sekolah Menengah Tasek Permai (SMTP) yang sekarang dikenali sebagai SMKTP Batch 1997.. apa2 sukan larian, termasuk meretas desa, Ipen yg menang.. terbangga la jugak aku.. tapi bila main bula sepak, phm2 la.. takkan nak paksa lak kan.. Ipen ni pun sama skrg, lost contact.. wonder where he is now??

Semasa di Tingkatan2, aku pindah rumah ke Kajang.. so automaticly kene pindah sekolah jugak la kan.. apa lagi, fobia di'diskriminasi aku menyerang.. So, dengan azam yang kukuh aku kene cuba sembunyikan identiti aku sebenar.. tapi apa kan daya, kebenaran itu mmg sukar untuk disembunyikan.. akhirnya terbongkar juga..

Masa sesi pengagihan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kpd pelajar2 yang layak.. cikgu ada bertanya pada smua kelas siapa yang rasa layak dan tidak layak.. aku terus jawab aku tidak layak kerana mak ayah saya mampu (masa tu mmg mak ayah aku belum sesenang sekarang).. Sebab salah 1 syarat kelayakannya adalah taraf kerakyatan mesti la bumiputra.. so sah2 la aku tak layak kan...??? tapi bkn sebab mak ayah mampu tp sebab bukan bumiputra.. maaf aku terpaksa menipu..

selang beberapa hari kemudian, cikgu masuk ke kelas dan merombak semula kelayakan SPBT ini dan aku dikatakan layak sebab pendapatan keluarga tak balance dgn jumlah tangunggan (adik beradik aku 7 org masa tu).. so aku di suruh ke bilik guru untuk ambil 1 set buku teks SPBT ni.. alhamdulillah la.. tapi selang beberapa minggu kemudian, cikgu aku masuk ke kelas lagi untuk mengajar dan tiba2 dia jerit..

"la salleh oi, patut la kau tak layak SPBT, kau orang Kemboja rupanya...!!!!" teriak cikgu


Sempat aku melintahkan telinga dgr rakan2 kelas lain berbisik2 sesama sendiri
"salleh orang kemboja ke?"
"tapi tak nampak mcm orang kemboja pun"
dan macam2 lagi la..

kalau kawan2 kelas 2 dan 3 Bistari SMKSAAS batch 1997/98 yang baca ni, yes kelas anda la yang saya maksudkan... hahahaha

OK this time tak semua yang racist.. ada yg open jugak la.. mungkin pra-matang kan.. terutama yg puan2 la tanpa segan silu dtg interview aku mcm aku menang anugerah..

1st question of course la "cuba cakap sikit.. cakap bahasa kemboja"
memang kebanyakan soalan 1st kalau kwn2 baru tau aku keturunan asing... fenat wei.. hahaha

dlm byk2 tu beberapa kawan lain open minded kwn dgn aku terutamanye Fairrus (yg kawan sampai form6 di zaman persekolahan)

aku nak cerita 1 pengalaman program agama.. aku ulang ye program agama Islam.. 1 minggu tak belajar ikut jadual utk jalankan program ni.. aku lupa apa nama program tu.. macam kursus team building gak la..

masa pembahagian kumpulan, semua seronok kecuali aku.. tak ada kawan nak hu ha.. semua tarik menarik tuk masuk team tapi aku terpinggir ke tepi.. last2 masa ni la aku paling ingat, Fairrus yang panggil aku join team dia.. dlm team masa tu la aku kenal Shahril, rizman, hanis (yg aku ingat and still in contact).. maaf la kalau ada yang aku dh terlupa..

ok,1st task, diberi tajuk dan olahkan.. wakil akan ke depan kelas untuk penerangan tup2 cikgu Amnah petik nama aku.. yes aku ingat lagi puan Amnah.. mungkin salah aku juga sebab terlalu segan.. aku ingkar.. langsung aku tak bangun dari kerusi.. melekat vontot walaupun dikerah. Masa ni la cikgu ungkapkan sumpahan

(dengan bayangan suasana petir sambar menyambar guruh berdentum)

"Mohd Salleh, mulai hari ini saya tak akan ambil peduli hal kamu lagi.. nak jadi apa, jadi la..." sumpah puan Amnah

aku lak fikir dalam hati memberontak "lagi bagus.. aku peduli hape... hahahah"

Yes aku terpaksa akui, puan Amnah menang, ada beberapa situasi yang mana aku terpaksa semuka dengan dia, langsung dia tak respon.. terguris gak la hati kecil ni.. (umur 14 tahun kan..)

Bila program selesai, is my MERDEKA Day.. back to normal..

Puih, semua sangkaan itu melecet.. lepas cikgu, kawan2.. eh, kawan ke?? rakan kelas terutamanye lelaki, majoriti kaki pembuli.. maaf la malas nak taip.. aku pn tgh cuba untuk melupakan kisah kecil yang hitam itu.. cewahhhh ayat boleh belah...

Mencecah usia 16 Tahun di Tingkatan 4, masih di SMKSAAS Kelas Bakti, kenal pula dengan Khalidi yg juga sama kelas dari Bistari. Pelik tak masa dulu kenal tak mesra, masuk tingkatan 4 kepit je dgn khalidi.. mungkin sebab kami berdua je budak form4 naik basikal ke sekolah.. majoriti semua dah rempit..

ungkapan biasa didengar "di mana ada Khalidi, di situ ada Salleh"

Fairrus endegeng lak dah upgrade gi Teknik... aku je tak lepas... sadis

tak banyak la nak imbau lik sepanjang form 4/5 nih.. bilangan dlm kelas pun dah minimal.. pun ada gak kadang2 je jadik mangsa buli.. buli2 ringan, tak cederakan fizikal contohnya, kene sorok buku latihan.. bila cikgu suruh hantar... fhm2 la ye... haaaa camtu la..

OK la bab sekolah menengah rendah cukup la buat penutup..

ada ke pembaca yang sudi baca kisah sadis aku nih.. hahaha terima kasih la ye sudi baca

Untuk entry paling istimewa pengalaman di tingkatan 6.. same school.. i post at other entry ok.. Insyaallah

aku nak ucap terima kasih yang terima aku seadanya dan setia sampai sekarang.. sebagai sahabat..

Lap u

Sunday, March 24, 2013

Salleh Food Industies Sdn Bhd

Orang kata kalau nak mencapai suatu kejayaan kene ada beberapa faktor.. antaranya:

1. Berusaha
2. Amalan dunia dan akhirat
3. Restu keluarga terutama ibubapa
4. Berani
5. Tertib.. tetibe... hahahaha

So aku suka tambah 1 lagi secara peribadi la.. iaitu angan2.. tak salah kan???

Pejabat ALP

Ini bukan la aku punya cuma tergamam ngan nama tu.. exactly my name.. who knows some day i can be as the pics shown...




Sunday, March 10, 2013

WNH2003 aku masuk dalam Tasik Putrajaya

Sekadar Hiasan

Tajuk je mesti buat korang dah suspen kan???
Sebenarnya hampir2 je.. belum masuk tasik pun.. Alhamdulillah..

Ini ceritanye:

Hari ini dalam sejarah kesilapan aku hampir memakan diri aku sendiri... 11 Mac 2013 jam 1.15pm..

Kawan aku Asri mengajak aku pekena makanan kat food junction di Wetland Putrajaya yang baru dibuka..
Biasa la tempat baru nak tgk2 la apa yg menarik..

Sekadar Hiasan

Sesampai di sana, Park Bay penuh dan aku pun parking la tepi divider yang agak membukit.. dan membelakangkan Tasek Putrajaya yang tersergam indah, Juga terkenal sebagai Tasik Terbesar buatan manusia...

Punya la rakus aku nak makan, aku terlupa tarik Hand-break.. so cuba korang bayangkan kereta dalam parking membukit dan tak tarik hand-break.. warghhhh!!!!

Asri dah turun dulu dan aku lak turun kemudian dan trus slash the door, press the auto-lock car then jalan straight menuju ke dalam restoran..
Masa tengah jalan tu dalam 5 saat, kebetulan ada kereta baru nak kluar, so maknanye ada la 1 parking bay kosong.. Asri rekemen suruh alih kereta ke parking bay tu.. mula2 aku mcm 50-50 nak alih2 kereta ni.. malas punya pasal..

Tapi last2 Allah gerakkan hati aku utk alihkan juga kereta aku, so trus aku toleh tgk kereta aku sekali imbas dan hati aku berbisik "ok kot, tak usah tukar parking la.." tapi aku nmpak mcm lain je tapak aku park kereta tadi so aku toleh sekali lagi ke arah belakang dan aku nmpak kereta aku rupa2nye tgh grk sendiri secara mengundur menuju ke arah tasik.. aik, aku pun pelik la!! so dlm beberapa saat kecemasan tu aku sempat terfikir "ada orang ke dlm kereta aku tu..? nak curi kereta ke??" hahaha bengong..

Last2 baru aku tersedar seolah2 kene tampar ngan panas matahari.. "Wooo, kereta aku gerak sendiri, tak ada driver.." dah la btul2 mengundur ke arah jalan yang tiada divider (kawasan utk turunkan bot2 atau sampan..) luas giler..

so, apa lagi aku lari ala2 Watson Nyambek ke arah kereta aku yg sedang bergerak tu utk tahan kereta yg bergerak tanpa pemandu.. Ada la terasa ala2 Spiderman tahan kereta api sedang meluncur laju ni..


Niat nak panggil Asri tolong tp mcm tak sempat dah rasanye..Mmg nampak Asri tgh lari ke arah aku nak tolong..

Alhamdulillah aku sempat sampai ke kereta dan berdaya untuk menahan kereta aku berseorangan.. sempat gak terfikir "kuat jugak aku ni..." hahaha

aku buka pintu dan terus tarik hand-break.. alang2 tu aku terus masuk kereta, start enjin dan pandu terus ke parking bay yang kosong tadi.. Asri yg berlari tadi dah lari2 anak sambil gelak2.. sebab aku dah sempat tahan sendiri so Asri pun slow walk sambil gelak2.. rupa2nya Asri menyaksikan semua adegan tu.. selesai parking, aku keluar kereta, kami berdua gelak terbahak2 memikirkan kejadian sebentar tadi.. Alhamdulillah nyawa dan jodoh kereta masih panjang.. Moga ada hikmah baik selepas kejadian ini..

 
Kawasan kejadian..
Gambar ni saje aku snap selepas selesai makan.. aku park kat port kereta hitam tu la masa tetiba ia mengundur sendiri.. buat kenangan je la.. hahaha


Friday, March 8, 2013

My Baby Girl are born

Yes.. i am a dad now..

Nuraisyah Arifah lahir pada 17 Februari 2013 jam 5.25pm..

Bersyukur ya amat semua selesai.. Insyallah kalau ada rezeki yang ke-2 ke.. takkan nak tolak kan??

heheheh








Ini pula gambar pembesaran Efah sepanjang 2 minggu aku menemani isteri tercinta berpantang di rumah mertua di Melaka:-

Tau tak masa ni 2am... ??

Sedara mara sebelah aku serbu umah mertua.. tak sabar2 nak tgk ahli keturunan baru..

Ni snap selepas 6jam lahir.. xde flash punye

she kicks, beats and swings.. but could'nt get to me.. haha

baru nak lelap masa ni..

dah lelap.. kan comel and senang skit ayah n ibu nak buat kije.. haha

Kasih ibu sampai ke syurga..





sama tak.. like doter like father??

5pm.. nak kene lap badan huhu..

1st smile ever captured.. ssh nk tgu moment ni tau..

walaupun tak kene kuning, kene oral trush plak.. alhamdulillah

Tidur dalam iman.. sayang Efah