Tuesday, April 16, 2013

Perkembangan Efah pada usia 2 bulan

Senyuman awalan yang sebenar


Efah

"Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan, memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur".

Bagi Saya, senyum pertama dari anak perempuan saya yang berumur enam minggu hampir menyebabkan air mata bergenang. "Hari itu banyak masalah di tempat kerja, Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya, dan terlintas di fikiran saya, 'Dia mengenali aku' – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting."


Minat berkembang terhadap desain yang kompleks


Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu.
 

Tidur bagi tempoh yang lebih panjang

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.
 

Pergerakan yang kurang janggal

Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar, dan lebih membulat. Bayi dua bulan anda kini juga sudah boleh menyambar objek dengan sedar, walaupun melepaskan objek itu belum lagi dipelajari. Semasa hari-hari awal dahulu, bayi menyambar dengan didorongkan oleh naluri.
 

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

No comments:

Post a Comment