Tuesday, May 28, 2013

Benarkah 100Plus bukan lagi minuman tenaga?

Tergerak nak cari/tgk kandungan gula dalam isotonik drinks, terjumpa maklumat ni.. betul tak betul, tak pasti..mungkin anda lebih mengetahuinya...

Semenjak Nov 2011, kerana tamak haloba sykt F&N Malaysia tidak lagi mengunakan beberapa ramuan electrolyte yg penting utk orang yg deman, cirit birit & suka bersukan.  Sykt tersebut tidak lagi memasukkan 4 ramuan electrolyte ke dlm minuman 100plus iaitu Citric Acid, Sodium Citrate, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate. 100plus bukan lagi minuman isotonik yg sebenar.

Ramuan Asal 100Plus:
Carbonated Water, Sucrose, Glucose, Citric Acid, Sodium Citrate, Sodium Chloride, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate.

Ramuan Sekarang:
Carbonated Water, Sucrose, Glucose,  Sodium Chloride,
Ramuan yg telah dikeluarkan:
Citric Acid, Sodium Citrate, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate.


Edisi UK ade pulak ramuan tu...

PS: Aku dah check botol 1.5L 100Plus yg aku baru beli kat Jusco, memang sah & betol ramuan tersebut dah tiada dlm 100 Plus. Cuba korang check pulak 100plus yg korang bli.


Gambar 100 plus dgn ramuan yg asal
Gambar Sekarang pada botol 1.5L dgn ramuan baru

Tonton Video YouTube ini

Nauzubillah.. Allahuaklam.. kepada yang nak siasat lanjut.. dipersilakan..

Sunday, May 19, 2013

ePsikologi: Perasaan Hasad Dengki Manusia


1. Perseteruan dan Kebencian - Ianya merupakan sebab yang paling kuat dan paling jelas. Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana yang menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

"Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya..." ( Surah Ali Imran : Ayat 120 )






2. Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan - Iaitu terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya. Jika ada di antara mereka yang setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada pangkat atau ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.

3. Angkuh (Takbur) - Angkuh serta meninggi diri dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab Jahiliah.

4. Ta'ajub - Rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dan sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya ( suka diampu). Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya.

5. Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai - Perasaan ini terkhusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau cita-cita yang yang sama, seperti adik-beradik yang berhasad dengki sesama mereka bagi mendapatkan kepercayaan bapanya. Perasaan ini juga banyak terdapat di kalangan orang-orang politik yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan pengaruh daripada pemimpin atasan. Jika sampai ke tahap orang lain itu boleh menyekat cita-cita ataupun menghalang matlamatnya, maka hasad dengki akan menguasai dirinya bagi membolehkan dirinya berjaya dan pesaingnya gagal.




6. Gilakan Nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang Tertentu - Seperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjungi dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikan, jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ianya lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan yang dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpa ada tandingan atau saingan.

7. Busuk Hati - Hasad yang berpunca daripada busuk hati ini sukar untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirinya. Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lainpun beliau sanggup mempertikaikan Allah kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.




KESIMPULAN: Jika dalam diri kita bermaharajalela hawa nafsu yang berpunca daripada ketujuh-tujuh sebab ini, maka akan lahirlah perasaan hasad dengki dan khianat dalam diri kita. Jika ianya tidak dapat dihindarkan ataupun kita tidak berusaha untuk menepisnya keluar dari dalam hati kita, maka hasad dengki dan khianat ini akan sebati dalam darah daging kita. Justeru, cara merawatnya supaya sifat hasad dengki ini terhindar dalam diri kita ialah dengan kita melakukan tindakan-tindakan positif yang bertentang dengan maksud ketujuh-tujuh punca kejahatan yang disebutkan di atas.

Saturday, May 18, 2013

Mak menangis lagi...

Tajuk macam lari skit.. saje je tarik minat pembaca.. jgn marah ye...

Ini cerita sebenarnya:

Saya pernah difitnah menjadi punca perbalahan dia dengan ibubapa dia pdhal dia yg cari pasal dgn ibubapa dia hanya sebab x sukakan saya,

dia x sukakan saya pn hanya sbb penyakit was2 yg ekstrem sampai menuduh saya buat salah dgn dia. (saya buat siasatan sendiri mmg ada isu kebetulan yg terjadi.. kebetulan..)

Dia cuba pulak memfitnah saya tatkala berpeluang bersemuka dgn mak saya kononnya mak saya akan memarahi/membenci saya,

kuasa Allah itu sangat besar dan adil.. bukan setakat mak tidak percaya dgn tuduhan2 dia malahan mak kesal sehingga menitis airmata yang rupanya selama ni mak menyanjung dan memberkati persahabatan saya (anak) dgn dia yg nmpak baik dan alim, rupa2nya berhati busuk dan jahat..

Gambar carian dan curian dari Mr.G


semua pertuduhan dia terhadap saya adalah tidak benar tetapi, teramatlah jelas dia la yg sedang melakukannya.. kesian..

saya masih marah dan benci terhadap dia bukan atas apa yg dia buat terhadap saya, tapi terhadap mak saya..

"kau dah gaduh besar ngan mak ko, ko nak aku pn gaduh ngan mak aku... how crazy is that???"

Kalau dgn mak saya pn dia berani conference n accuse me WRONGLY.. saya x tau la apa dia tuduh saya kepada kwn2 lain.. so, terpulanglah kpd kwn yg mendengar itu sm ada nak percaya dia atau tidaK..

maap lak kpd yg kurang berkenan dgn status ni.. Mungkin ada yg tuduh saya tidak matang post bende2 camni.. mmg dia pn slalu marah atas insiden2 lain yg menampakkan ketidakmatangan saya, but to me its better tidak matang asalkan tidak menipu.. the insiden almost a year ago but tersentap jap ekoran isu afiq muiz..

*UAI pn menegakkan kebenaran diri tatkala diri difitnah... he motivated me.. huhu

Sunday, May 12, 2013

Kelopak mata kananku bergerak-gerak...


Assalamualaikum warahmatullah,

Dah seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kanan asyik bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan aku... Ramai orang kata itu adalah petanda... antaranya:

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Tapi korang jangan caya bulat2 benda camni syirik K...aku rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan aku mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang aku jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress. Di sebabkan itu rupanya....Maknanya adakah aku stress kebelangkangan ini? hihihi....






Semoga mata aku cepat sembuh. Di bawah aku  sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang tua dulu-dulu  memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

  •     Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  •     Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  •     Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  •     Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  •     Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  •     Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  •     Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  •     Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  •     Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  •     Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  •     Bibir bawah bergerak = akan menangis
  •     Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  •     Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  •     Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  •     Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  •     Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  •     Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  •     Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  •     Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  •     Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  •     Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  •     Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  •     Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  •     Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Hah......korang pernah tak mengelami situasi sebegini?.......Wallahu‘alam....


Note:
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

Wednesday, May 1, 2013

Songkok tu dah hilang... Maafkan saya pak cik!!

Tetiba teringat zaman kanak2 dulu... berkaitan songkok

Masa darjah 4 (1992) aku sekolah kebangsaan agama sebelah petang, masa tu mak ayah aku tak de la semampu skrg ni.. set pakaian sekolah aku 1 tu je.. cuci sekali seminggu..

pada 1 hari, aku cam biasa berjalan kaki ke sekolah dalam 4/5km dr rumah.. siap lalu shortcut celah2 rumah org, lalu laman belakang, lintas longkang, semak samun.. mencabar jugak.. dan selalu akan lintas 1 rumah buruk yang seakan2 tak ada org tinggal.. tapi mmg org bercerita ada seorang pak cik agak uzur tinggal keseorangan dalam rumah tu, cuma aku tak pernah nampak je..

Tup2 hari tu, bila aku lintas rumah pak cik tu dan baru jejak kaki kat jalan tar yang tak berapa jauh dari rumah dia, pak cik tu panggil aku dari depan tangga rumah...
Mula2 gerun jugak.. ye la cerita budak2 masa tu juga kata rumah tu ber"tettt" la, apa la.. mcm2 gak la cerita aku dgr..

"nak, oh anak muda... mari!! mari sekejap!!" pak cik tu memanggil aku

kebetulan masa tu ada jiran depan tgh pungut sidaian kat ampaian, dia pun menggalakkan aku pergi je jumpa pakcik tu..

"pak cik tu panggil kamu la dik.. tak pe, pergi je.. tak ada apa2 la.. pak cik tu baik orangnya..." Jelas akak jiran tu

so dengan bertemankan akak yg aku tak berapa kenal tu, aku pun pergi la berdepan dengan pak cik tu.. ye la at least ada org nampak aku menuju ke rumah usang tu.. bukti.. hahaha (konon masa tu nak berlagak la aku berani.. hahahaha)

so aku pun bersalaman dengan pak cik tu, dan kami sempat borak ringkas.. cuma aku kan jenis tak reti sgt bborak dgn org tua  masa tu.. malu, segan..

"anak ni nak pergi sekolah ke nak balik?" tanya pak cik tu
"nak gi sekolah, pak cik" Jawab aku..
"rumah kat mana? tiap hari pak cik nampak anak lintas sebelah rumah pak cik ni" tanya pak cik
"kat BB pak cik" Jawab aku.. (Bukit Belacan)
"ohh BB, tak jauh la... sebenarnya pak cik berkenan sangat tgk kamu.." Pak cik bercerita lagi

Tapi lepas tu pak cik tu termenung je, tak cakap apa2 sambil usap2 kepala dan belakang bahu aku.. aku pulak merelakan aje la.. ye la kot2 dia teringat anak dia ke, cucu dia ke.. agak pelik dan bercampur2 gak perasaan aku masa tu.. lepas tu dia tegur songkok aku yang agak keperangan tu lak.. memang songkok aku agak keperangan sbb byk kali basuh kot.. dah lama..

"Ini songkok bila ni nak...? dah tak hitam pak cik tengok" tegur pak cik
"Ini songkok dari mula sekolah dulu pak cik, dari darjah 1..." Jawab aku
"ooo, mak ayah tak belikan yang baru ke???" tanya pak cik tu lagi
"tak.." aku jawab ringkas je..
"anak nak yang baru???" tanya pak cik lagi
"nak.." aku jawab ringkas lagi..

al-maklum la masa tu terjujur ya amat lak.. budak2 la katakan.

"sekejap ye, pak cik ambil 1 songkok ni, rasanya muat kepala anak ni..." jelas pak cik sambil bingkas bangun untuk mengambil songkok

2 minit kemudian pak cik muncul dgn songkok baru siap dalam kotak lagi... terus pak cik tanggalkan songkok lama kat kepala aku ni dan sarungkan songkok yg dia bawa tadi... terkejut gak mmg ngam2 songkok muat ngan aku...

"haaa.. muat la dengan anak" jelas pak cik sambil tersenyum..

aku lak diam je...

"anak pakai la songkok ni, yang tu bagi mak simpan ye..." jelas pakcik sambil tuding kat songkok lama aku

sekadar hiasan

aku bingung gak masa tu, tertanya2 pakcik ni bagi songkok baru ni kat aku ke???
Aku pun tanggal balik dan serah semula kepada pak cik tu, tapi pak cik tu mmg nak bagi kat aku

"eh eh, tak apa, pak cik sedekahkan songkok ni kepada anak ye.. yang lama tu anak simpan.." Jelas pak cik
"Pak cik bagi saya ke?" tanya aku lagi utk jelas
"ye nak, pak cik bagi kamu.. ye la simpan lama2 pun bukan boleh buat apa pun.." Jelas pak cik
"terima kasih pak cik... saya dah lambat ni, saya pergi sekolah dulu ye" ucap balas ringkas aku

so, aku salam pak cik tu dan terus menuju ke sekolah... kebetulan masa tu aku terserempak dgn kawan aku yg tgh jalan kaki juga menuju ke sekolah.. Meor Arif

"Ko buat apa kat umh pak cik tu???" tanya Meor
"Ntah, dia panggil aku nak bg songkok ni" jawab aku
"eh, nape tiba2 dia bagi ko???" tanya meor lagik
"Ntah, orang bagi, aku amik je la" jawab aku

So, disebabkan ghairah dgn songkok baru, sesampai je kat sekolah aku tukar balik ngan songkok lama, kononnya nak simpan tunjuk kat mak dulu.. disebabkan takut kemek renyuk songkok baru ni jugak, aku tak simpan dalam beg sebaliknya simpan dalam laci je.. tau2 la kan laci meja sekolah tu, ala2 mulut dumdum..


Kebetulan masa tu pulak bdk2 tgh musim main pingpong di masa lapang, terutama bila ustaz/ustazah tak masuk kelas.. Pingpong segera la katakan, susun 4 meja belajar tu dan guna songkok susun sebagai nett...
Aku tak main sangat tapi kwn aku ada ambil songkok pak cik bagi tu pinjam jadikan nett pingpong.. aku mcm x nk bagi tapi dah kwn tu grab n trus guna, tak nak la kacau game diaorg kan..

so bila ustazah sampai, kelam kabut susun balik meja dan pakai songkok masing2, dan masa tu la dugaan melanda.. songkok pak cik tu ilang ntah ke mana.. melilau aku cari dan bertanya, tak seorang pun mengaku mengambilnya.. aku agak sedih tak berair mata.. terasa amat kesal tak menghargai pemberian org..

Mulai hari tu, aku tak berani lintas rumah pak cik tu lagi.. takut2 kalau pak cik tu tanya mana songkok dia bagi.. sampai la aku pindah ke Kajang sekitar 1997..

21 tahun telah berlalu dan aku masih ingat dan kesal atas kelalaian aku... aku tak tahu kenapa aku rasa mcm teringat je muka pak cik tu.. Dah la tak sempat nak jumpa nak minta maaf.. Aku pun masih tertanya2 kenapa pak cik tu sedekahkan aku songkok???

Mungkin pak cik tu nampak aku ni mcm anak atau cucu dia ke?
Mungkin pak cik tu beli songkok tu utk adiah ke anak cucu dia tapi tak kesampaian ke?
Mungkin pak cik tu tak ada rezeki zuriat tapi berkeinginan ke?

Aku cukup kesal.. Berdoa moga Allah tak balas kejadian ni kat aku kelak dan memberi rahmat kepada pak cik tu.. Entah pak cik masih idup atau sudah menhadap Dia, aku pun tak pasti.. Rumah dia pun dah berubah peta, 21 tahun dah wei..

Maafkan saya pak cik..