Tuesday, November 12, 2013

Entiti misteri muncul dalam Filem Sunshine (2007)

Sunshine (2007) merupakan Filem genre sains fiksyen pengembaraan mendebarkan yang diarahkan oleh Danny Boyle.  
Filem ini diadaptasi dari buku yang ditulis oleh Alex Garland mengenai kru kapal angkasa dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan matahari yang dikatakan 'nazak' pada tahun 2057, anak-anak kapal akan dihantar pada misi untuk meletupkan satu sisi pada matahari dengan bom nuklear dengan jisim sama besar dengan Bandar Manhattan agar pusingan orbitnya kembali normal.  
Skrip adalah berdasarkan cerita para saintis dalam perjalanan psikologi yang mengagumkan. 
Pengarah menjalankan rutin latihan hidup bersama dan belajar tentang topik yang berkaitan dengan peranan mereka sebelum menjalankan pengambaran. 
Antara barisan pelakonnya ialah Cillian Murphy, Chris Evans, Rose Byrne, Michelle Yeoh, Cliff Curtis, Troy Garity, Hiroyuki Sanada, Benedict Wong, Chipo Chung, dan Mark Strong.

OK, cukup la kot pasal intro... kat sini nak cerita pasal kemunculan beberapa gambar secara misteri semasa menonton filem tersebut dalam DVD.. tak tahu la pulak semasa tayangan dalam pawagam ada ke tidak sbb saya tak sempat tgk wayang masa filem ni ditayangkan.

Sebenarnya secara accidently je tergerak nak tgk smua filem2 hebat lakonan Datuk Michelle Yeoh, so gugel la film list lakonan dia.. Filem Sunshine adalah salah satunya.

Jika anda perasan pada minit ke 00:49:21, ada satu gambar muncul tiba2 dalam bentuk flash, iaitu kurang drpd 1saat...


printscreen flash face on 00:49:21
Masa tu babak Kapal mereka bernama Icorus II baru bercantum dengan Icorus I dalam sesi jejak kasih sebab Icorus I merupa kapal misi pertama yang gagal dan hilang dari radar tapi Icorus II secara tidak sengaja telah menjumpai mereka.

Namun, flash face tersebut makin banyak yang keluar pada minit2 berikutnya...


printscreen flash face on 00:49:32

printscreen flash face on 00:49:40

printscreen flash face on 00:50:42

printscreen flash face on 00:50:42 juga

printscreen flash face on 00:50:47

Jika kamu baru nak tonton, silakan tgk balik... mula2 saya perasan macam seram sejuk jugak.. tu siap gugel rupanya mmg smua salinan filem ni mmg ada...

Yang paling seram masa hampir2 babak akhir.. muncul gambar ni..

printscreen flash face on 01:13:07

berikut antara komen2 pada forum yang sempat gugel...


No comments:

Post a Comment