bersawang dah blog aku for kinda long time...
been busy with 2 princesses and a queen.. hahaha
ok hari ini aku just nak share what i dreamt last nite, before its forgotten
Dont know how to start...
im back at school times... but at the end of sessions.. grad day
tapi aku kan high education hanya STPM.. mana ada grad2 nih.. tp mimpi je kan so layan je...
yes mimpi aku berkisar kawan2 tingkatan 6 je.. the best school time ive had.. keep dreaming of them occasionally.. just out of curiousity, time siang or berjaga la (tak tidur) tak ada lak aku terfikir2 pn zaman skolah nih.. more fokus on family and friends around..
masa ni, yg nampak kwn2 aku adalah alan, hendra, ridwan dan fairrus.. tak nampak lak kawan2 puan, tak tau nape.. but sadly mlm tadi, fairrus muncul dlm mimpi tp tak sempat bersuara atau berborak2.. dia sampai lewat sama situasi macam dia dtg amik result STPM 2002 dlu.. dia duduk tempat meja pendaftaran utk grad la.. dlm mimpi la kami grad, real life dtg amik result je.. hahahaha
aku ye ye tgu dkt pintu lps fairrus daftar nak tegur dia.. alih2 dah hilang, bila tanya pegawai kat meja daftar katanye fairrus keluar ikut pintu ni (sambil tuding jari ke arah pintu seberang bilik) adoyai...
so just hilang mcm tu je si fairrus..
hendra lak dah smart2 tunggu kat seat grad student.. aku nmpak dr jauh dia hanya lambai..
lps tu dgr bunyi bas masuk perkarangan sekolah.. terkezut aku rupa2nye ridwan dtg bawa sedara-mara nak raikan grad day.. perghhh.. kecoh 1 kawasan.. tp makcik pakcik dia smua cakap bahasa minang.. (aku anggap la..)
aku sapa la si ridwan ni.. dia kata "semua nak ikut leh, aku nak larang pun x boleh.. bas ni pun shiman sponsor.." hahahaha
ok, aku x nampak shiman dlm mimpi kali ni tp dgr nama je... bleh?? hahaha
aku pun gi tgk list nama utk tgk bila aku akan naik pentas tu.. so mmg aku pn belum bersiap.. dtg ala kadar je.. keluarga aku tak dtg, cuma yang hantar je adik aku ateh tu..
aku mmg totally lum bersiap.. baju t-shirt, selipar jipon, seluar lutut.. ntah aku pn tak tahu kenapa aku gi sekolah dress like that.. tapi aku bawa persalinan semua.. so kat sekolah la aku tukar..
Kelam kabut aku duk bersiap tapi dalam kereta je.. bila keluar, adik aku jerit "tie tak ikat ke" tertinggal tie lak.. "kasut tak pakai ke??" jerit adik aku lagi.. kasut la plak.. soo clumsy!!
tup2 nama aku skip sebenarnya.. jengjejeng.. aku tak daftar kehadiran.. bleh? tersangat la down dan jeles tgk kwn2 smua nak stage terima kertas gulung.. tapi aku.. menangis la juga wei.. tak tau kenapa sampai aku menangis..??
terasa nak bawa diri gi jauh.. lari luar ngara.. amik ko, tak dapat grad formal je kot.. sampai nak lari jauh.. tp mmg dlm mimpi tu, emo aku tersangat kuat wei..
masa ni la wife aku kejut dgn cara cucuk kat pinggang.. adoyai.. mimpi rupanye.. apa lagi mengucap je la aku.. astaga.. astaga.. astaga..
ok la tu je nak cerita.. sekian
Wednesday, April 22, 2015
Tuesday, April 21, 2015
Selamatkah Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang?
Selamatkah
Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang?
Semasa merancang untuk membeli tiket pesawat, berbincanglah dahulu
dengan doktor.
“Apasallah syarikat penerbangan di Malaysia ini mengada-ngada. Saya
semasa hamil 36 minggu dulu, syarikat penerbangan antarabangsa di US, benarkan
saya menaiki pesawat. Tapi di Malaysia, adik saya tidak dibenarkan menaiki
pesawat walaupun hamil hanya 35 minggu” seorang rakan FB berleteran di ruangan chatting setelah saya memberitahu akan
menulis mengenai risiko penerbangan di kalangan wanita hamil.
Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai syarikat penerbangan
asing. Sepanjang pengetahuan yang saya ada, kedua-dua syarikat penerbangan di
Malaysia iaitu MAS (mungkin termasuk Firefly)
dan AirAsia mempunyai beberapa syarat yang berbeza.
Sekadar hiasan |
Satu
kenyataan dari AirAsia yang saya petik :
Adalah
menjadi tanggungjawab penumpang untuk memberitahu pihak kami tentang progress kehamilan mereka ketika
menempah tempat duduk dan ketika berada di kaunter ”check-in”. Penerbangan kami hanya membenarkan penumpang yang hamil
bergantung kepada faktor-faktor di bawah :
1.
Kehamilan sehingga 27 minggu : kami akan
membenarkannya tanpa surat keterangan doktor dengan syarat penumpang
menandatangani surat ‘Limited Liability
Statement’.
2.
Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu : penumpang
harus menunjukkan surat keterangan doktor untuk mengesahkan usia kehamilan dan
dalam surat itu harus menyatakan bahawa penumpang fit untuk penerbangan. Surat itu harus dikeluarkan tujuh hari
sebelum tarikh penerbangan. Penumpang juga harus menandatangani surat ‘Limited
Liability Statement’.
3.
Kehamilan 35 minggu ke atas : kami tidak
membenarkan.
Sementara
untuk pesawat penerbangan MAS pula:
1.
Penumpang yang hamil normal (tanpa komplikasi
boleh menaiki pesawat sehingga umur kehamilan 35 minggu).
2.
Surat keterangan doktor harus dibawa untuk
mengesahkan bahawa penumpang fit untuk berada dalam pesawat bergantung pada
tarikh kelahiran yang dijangkakan (expected due date).
3.
MAS tidak membenarkan penerbangan bagi penumpang
yang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh
melahirkan yang dijangkakan.
Secara amnya American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG)
tidak menghalang wanita hamil yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi
untuk menaiki pesawat. Namun badan itu mencadangkan agar ibu yang hamil tidak
menaiki pesawat selepas mencapai umur kehamilan mencecah 36 minggu.
Ibu yang
mempunyai kompliksi kehamilan dan berisiko tinggi tidak dinasihatkan menaiki
pesawat. Antaranya ibu hamil yang mempunyai kencing manis yang tidak dikawal,
penyakit sickle cell, masalah uri yang berada di bawah (placenta previa),
tekanan darah tinggi dan mereka yang
berisiko untuk melahirkan pramatang.
”Doktor,
adakah kemungkinan saya akan mengalami keguguran jika menaiki pesawat ketika
kehamilan saya baru 10 minggu?”
Ini adalah
soalan yang sukar dijawab. Banyak faktor yang mempengaruhi kebarangkalian untuk
mengalami keguguran. Bayangkan, ibu yang tidak menaiki pesawat juga keguguran,
inikan pula yang menaiki pesawat. Jadi kemungkinan itu ada tetapi bergantung
kepada diri ibu yang hamil itu.
Namun
begitu, di awal kehamilan (umur kehamilan kurang dari 12 minggu), masalah utama
ialah rasa loya dan muntah. Ibu yang hamil bertambah tidak selesa berada di
kabin akibat tekanan rendah. Jadi pastikan 2-3 beg kertas yang disediakan untuk
muntah ada bersama.
Saya bersama isteri yang sedang hamil anak sulong 4 bulan bercuti ke Kemboja |
Pada kehamilan antara 12-23 minggu pula, gejala ’Morning sickness’
seperti rasa loya dan pening telah hilang, dan risiko untuk keguguran juga
telah berkurangan, malah kemungkinan untuk lahir pramatang adalah mustahil.
Inilah masa yang terbaik untuk terbang jika ada keperluan yang memaksa.
Selain itu bagi penerbangan yang memakan masa melebihi 4 jam, terdapat
risiko untuk menghadapi fenomena ”deep vein thrombosis” iaitu masalah pembekuan
darah di betis kaki. Ini terjadi apabila kaki tidak digerakkan dan berada dalam
keadaan rehat pada jangka masa yang lama.
Wanita hamil mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah ini.
Apabila mereka duduk, rahem yang membesar menekan saluran darah besar Inferior
Vena Cava menyebabkan perjalanan darah dari kaki ke jantung menjadi perlahan.
Hal ini dapat diatasi apabila otot-otot betis kaki mengecut ketika
berjalan. Oleh kerana keadaan ruang kabin dalam pesawat terhad, ini menyukarkan
pergerakan ibu yang hamil. Jadi janganlah duduk rehat lama di kerusi kerana ini
meningkatkan risiko pembentukan darah beku di betis.
Antara
petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan pembentukan darah beku ialah
:
1.
Pakailah pakaian yang selesa dan longgar.
2.
Gunakan stoking kaki khas kerana ianya membantu
pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru. (Boleh
didapati di farmasi)
3.
Jangan duduk sambil menyilangkan kaki atau
melipatkan kaki pada jangka waktu yang lama.
4.
Minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
Darah mudah beku ketika dehidrasi.
5.
Lakukan senaman regangan yang ringan dan boleh
dilakukan di tempat duduk. Antaranya ialah dengan bangun dan berjalan-jalan
setiap satu jam. Setiap setengah jam, lakukan regangan pada sendi lutut,
pusingkan sendi pergelangan kai dan gerak-gerakkan jari-jari kaki. Ia boleh
dilakukan tanpa menggangu penumpang yang duduk di sebelah.
“Doktor saya bimbang dengan keadaan abdomen isteri saya. Walaupun baru
26 minggu tapi abdomennya amat besar. Saya bimbang ruang tempat duduk amat
sempit baginya”
Saya
mengakui ada sesetengah ibu hamil yang mempunyai abdomen yang bersaiz besar
walaupun usia kehamilan baru saja mencecah 26 minggu.
Apabila abdomen semakin besar, ibu yang hamil menghadapi kesukaran
untuk bangun dan berjalan kerana ruang
tempat duduk juga semakin menyempit.
Saya mencadangkan agar bertanyakan kepada pegawai pendaftaran ketika
melakukan ‘check in’. Biasanya ruang tempat duduk di bahagian tengah lebih
luas. Dapatkan tempat duduk di kawasan itu. Kerusi yang paling dekat dengan
ruang pejalan kaki juga membantu ibu yang hamil untuk keluar dan
berjalan-jalan.
Pintu keluar semasa kecemasan juga memberikan ruang yang agak luas.
Namun untuk duduk di tepi pintu kecemasan bukanlah suatu pilihan yang baik.
Penumpang
yang sepatutnya duduk di situ ialah penumpang yang boleh mengangkat pintu kapal
terbang yang berat itu ketika berlaku kecemasan. Jadi Federal Aviation
Administration Amerika Syarikat tidak membenarkan wanita hamil untuk duduk di
kerusi itu.
”Doktor
bagaimana nak pakai tali pinggang keselamatan. Tak merbahaya kah kalau diikat
di abdomen?”
ACOG mencadangkan penumpang yang hamil untuk memakai tali pinggang
keselamatan sepanjang perjalanan kerana gegaran boleh berlaku pada bila-bila
masa, sedangkan ruang antara abdomen dan kerusi penumpang di hadapan sangat
rapat dan boleh mengakibat kecederaan.
Ketika
duduk, pastikan tali pinggang berada di bawah abdomen yang membesar, iaitu
berada di atas bahagian ari-ari. Walaupun digalakkan untuk minum banyak air
bagi mengelakkan dehidrasi, namun pengambilan teh, kopi dan minuman berkarbonat
yang mengandungi kaffein akan menyebabkan rasa mudah untuk kencing.
Jadi elakkan minuman yang berkafeine sebelum dan sepanjang penerbangan.
Kurangkan makan makanan yang menyebabkan perut berangin seperti kekacang dan
kobis. Tekanan yang rendah di kabin menyebabkan gas di perut akan mengembang
dan kita akan berasa lebih tidak selesa.
Bagi ibu yang hamil pada umur kehamilan 36 minggu ke atas, banyak
perkara yang perlu difikirkan sebelum menaiki pesawat. Ini kerana usia
kehamilan 36 minggu adalah masa yang menghampiri kelahiran.
Gegaran dan tekanan dalam kabin yang rendah akan merangsangkan proses
kelahiran pramatang di dalam pesawat. Faktor lain ialah jangkamasa berada dalam
kabin akan menentukan sama ada seorang ibu hamil dibenarkan untuk berada di
dalam pesawat. Jika penerbangan mengambil masa melebihi 6 jam, risiko kelahiran
pramatang bertambah tinggi.
Penerbangan domestik selalunya mengambil masa tidak lebih dari 4 jam
(jika dari Semenanjung ke Sabah). Buatlah perancangan awal sebelum membeli tiket
supaya kehamilan tidak menghampiri 36 minggu di saat memasuki kabin pesawat.
Belilah insuran penerbangan jika perlu dan jangan lupa membawa buku
antenatal yang berwarna merah bersama apabila menaiki pesawat. Jika terpaksa
melahirkan di pesawat atau mana-mana lapangan kapalterbang berdekatan, buku ini
amat membantu doktor yang menyambut kelahiran.
”Doktor,
bagaimana jika tiba-tiba saya berasa sakit mahu melahirkan?”
Jika berasa sakit pada abdomen dengan tanda-tanda mahu melahirkan,
jangan takut atau malu untuk memberitahu krew kabin yang berada di pesawat.
Krew kabin biasanya telah dilatih dan dapat menjangkakan keadaan ini.
Pendaratan kecemasan mungkin dapat diaturkan supaya mendapat rawatan perubatan
di lapangan kapal terbang yang berdekatan.
Satu berita dilaporkan oleh
Associated Press pada June 2008 di mana seorang penumpang pesawat Korean
Air dari Filipina ke New York telah melahirkan bayi dalam penerbangan selama 14
jam itu. Bayi itu dinamakan Jadan, disambut oleh ayahnya yang kebetulan seorang
pakar bedah.
Jadan
dilahirkan seberat 3 paun dibawa terus ke Hospital New York sebaik sahaja
pesawat itu mendarat dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Perubatan Lourdes di
Camden, New Jersey.
“Saya risau
tentang pemeriksaan polis ketika sedang check in. Adakah alat pengesan keluli
itu merbahaya kepada janin dalam kandungan?”
Ramai ibubapa yang menyatakan kebimbangan sama alat pengesan metal
(metal detector) memberikan kesan buruk pada bayi. Jangan risau. Ia adalah
SELAMAT! Ia bukanlah mesin X-ray.
Kesimpulannya
berbincanglah dengan doktor anda sebelum menempah tiket menaiki pesawat.
Wallahu
a’lam.
Petikan
artikel : Dr Zubaidi Hj Ahmad http://drzubaidi.com/blog/selamatkah-wanita-hamil-menaiki-kapalterbang/
Subscribe to:
Posts (Atom)