Sunday, May 8, 2016

Produk pembasmi kuman dan pewangi kereta Penyebab Kanser Paru-paru

sekadar hiasan
Awas! Penyegar Udara Berbahaya

Siapa kat sini yang suka wangian dalam kereta..Angkat tangan ye..
Of course la sukakan..Siapa tak suka kereta bau wangi..Daripada baru doyan atau bau kasut hapak..oh tidak lah..

Pewangi kereta berlogo - Sekadar hiasan

Tapi....Korang tau tak..Enam penyegar udara yang ditemui di pasaraya-pasaraya dan kedai diseluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.

Kurangkan penggunaan bahan2 kimia sentetik. Saya tidak hairan jika ramai pesakit kanser paru2 skrg. Byk bhn kimia yg digunakan sbg penyegar dlm kereta, bilik tidur dan di tempat kerja.

Keratan akhbar - Syarikat pengeluar Dettol memohon maaf kerana menyebabkan penyakit paru2 yg tidak diketahui puncanya
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.

Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.

"Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi," katanya.

Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.

Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.

Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.

Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.

"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya.

Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.

Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.

Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.

Disclaimer:
sumber ini aku ambil dari mstar online

Setakat ni yang kita maklum berlaku di Korea. Namun, masih atas jenama produk yang sangat meluas penggunaannya di Malaysia.
Terlalu banyak kita terdedah dari pencemaran..
Bukan nak condem mana2 pihak ye.. maaf kalau ada tersentap..

Sebagai alternatif, apa kata kita letak daun pandan dalam kereta..Mestilah wangi kan... kalau dalam rumah kita buat bunga rampai..wangi kan...

Sekadar hiasan melawak... tak gelak sudah!!!

Monday, January 11, 2016

Mimpi membawa aku mengamit memori zaman persekolahan



12Januari2016



start mimpi tu aku berjalan di sebuah padang bola, sejenak kemudian br perasan rupa2nya aku berada di padang sekolah last aku (Menengah je.. x sampai U pun).. SMK SAAS, Kajang

sampai la kat koridor blok aku berjalan, ramai gile student tgh pusu2 start sekolah awal tahun.. siap ada buat orientasi dalam kelas lagi.. orientasi dia pelik, main mcm puteri dijaga oleh 4 penjuru pengawal peribadi, siapa berjaya sentuh puteri, dia menang... pelik tak?? hahaha mimpi kan? layaannn

tgh duk jalan usha sini sana tiba2 aku disapa kwn..

kawan ni lak realitinya dia sambung ke teknik masa form4. Pelik gak tetiba muncul dlm mimpi.. ada la gi kontek thru grup whatapps.. slalu sakat dia.. mgkin aku rasa bersalah kot slalu sakat dia.. Nama dia Rizman tapi kami gelar Man Toya.. dia tak berapa berkenan dgn gelaran tu...hahahah

OK back to alam mimpi, masa dia sapa aku tu aku nmpak dia pakai seluar putih yg mana aku tahu itu adalah form6.

dan2 terus aku tergerak tunduk tgk seluar aku sendiri gak..ha, putih!..
which means aku pun form6 la ni.. aisey back to school lak as student.. ingatkan cikgu (ye la dh tua bangka)
Man dlm mimpi aku ni anoyying gile, gaya kaki buli je..

"tu budak saas gak tu.." bisik2 man tp kuat gak la.. stail bdk nakal.. sambil tuding2 kat aku guna bibir (duck face)

"woi salleh, ko budak sini kan?? cuba ko nyanyi lagu sekolah sikit.. aku nak dgr.. ker ko dah lupa?!!" tiba2 kene sound sinis ngan man..

apa lagi, konfem aku masih ingat so aku nyanyi sambil sinis balik ke muka man.. yg peliknye smua student keliling tiba2 nyanyi sama2.. mcm flash mob... apa lagi, naik tinggi rasa bangga.. dpt pimpin org buat flash mob kot.. tak bangga ko?? hahahah

lagunya tema sekolah kami

Kami murid Sekolah Aziz Shah
Tetap tekun waspada
Terima ilmu yang guru curah
Sopan-santun dijaga

Hindarkan segala kesusahan
Guru tetap dihormatkan
Dasar pelajaran tak dicurigai
Untuk melengkap diri

Kami sedia taat setia
Berdikari sentiasa
Berbakti kepada nusa dan bangsa
Patuhi rukun negara

Menuntut ilmu untuk berjasa
Agar tuhan berkati
Sejajarlah drngan cogan kata
Belajar kita berbakti






takat tu je mimpi
apa jadi lps tu dh x ingat.. hahahaha..


*Lagu tu batch saya 2007-2002 (Form2-6), rasanya dh tukar, up to date..