Tuesday, April 2, 2019

KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2010... Seronok ke???


 PENGALAMAN AKU...!!!

KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2010
INSTITUSI TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
KAMPUS WILAYAH SELATAN (IKWAS)
14 – 23 JUN 2010 


Perjalanan & Ketibaan

Tanggal 14 jun 2010, hari Isnin detik jam 2.30 petang aku bertolak dari Kajang menuju ke Putrajaya untuk menjemput Ejan (Nama timangan sebenar) dan terus bersama-sama menuju ke Institut Tadbiran Negara Awam (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) terletak di bandar Kluang, Johor.
Kursus ini merupakan kursus wajib kami hadiri sebagai penjawat awam untuk pengesahan dalam jawatan kami iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) gred N17.
Kami memulakan perjalanan tanpa bekalan “pengetahuan” yang cukup untuk menuju ke lokasi tempat yang di tuju, kami bertawakal sahaja sambil dibantu dengan kecanggihan Global Posisitioning System (GPS) melalui telefon bimbit Ejan digelar Garmin. HP Ejan canggih sikit drpd aku, tak ingat jenis apa.. aku pakai Nokia 7210 je.
Perjalanan kami yang memakan masa 3 hingga 3 ½ jam akhirnya tiba di IKWAS tepat jam 5.45 petang bersama-sama sebahagian peserta lain yang telah tiba lebih awal.
Kami menunggu di ruang legar koridor untuk lapor diri dan daftar bilik kerana petugas kaunter pendaftaran keluar kampus sebentar.
Apabila selesai kami mendaftar bilik, aku dan Ejan terus menuju ke bilik kami bernombor 203 terletak di aras 3. Wow! double single bed room ko!! Ingatkan katil tingkat.. huhu
Memandangkan hari itu program kami hanyalah mendaftar, jadi malamnya kami keluar bersiar-siar sekitar bandar Kluang, Johor Darul Takzim.
  

Pendaftaran On-Line

Esoknya, kami mendaftar lagi sekali secara atas talian (on-line) untuk simpanan rekod dan pensijilan oleh pihak urusetia kursus di Makmal yang diberi nama Makmal Sepetir dan Makmal Jati.
Selesai kami mendaftar, kami terus menuju ke Dewan Jemerlang yang jauhnya hampir 300 meter dari makmal. Kelas bermula dengan pecahan ahli dalam kumpulan dalam sesi suai kenal (Ice breaking).
Kumpulan kami terdiri seramai 135 orang dipecahkan ke dalam 13 kumpulan terdiri dari 10 hingga 11 orang dalam satu kumpulan.
Aku adalah dalam kumpulan enam (6) dan dilantik sebagai ketua kumpulan.
Mcm biasa la kumpulan2 ini pula diberi tugasan mencipta nama, logo, lagu tema dan motto kumpulan... muak...!! Sepanjang hari tersebut kami hanya mengikuti program untuk suai kenal antara peserta.

Pada malamnya pula, kami mengikuti sesi ceramah agama.. Penceramah atau ustaz ini menyampaikan ceramah mengenai konsep kesedaran hukum halal dan haram dalam soal kerja harian sebagai Penjawat Awam. Beliau juga mempunyai trademark tersendiri..an, an, an (kan kan kan).
  

Hari ke-2 (Selasa) 15 Jun 2010

Hari ke-2 dan seterusnya ni aku simpulkan je la yg umumnya iaitu sesi ceramah atau taklimat mengenai Perkhidmatan Awam.. kalau nak diceritakan, agak bosan.. perkara biasa-biasa sahaja, taklimat blah blah blah.
So tetap ada tajuk by day lps ni, hanya story di luar skop kelas ye...

Yang seronoknya sesi petangnya semasa kami mengikuti sesi riadah, aktiviti riadah kami pada petang itu agak lucu dan menarik kerana kami diajar untuk menari tarian tradisional negeri Johor iaitu Zapin. Bayangkanlah kami dari semua sudut negara Malaysia kita …1Malaysia..ada yang datang dari utara, timur, barat, selatan dan juga majoriti peserta lain adalah dari Sabah dan Sarawak diajar menari tarian tradisional Zapin..tongang langgang dalam kegembiraan la jawabnya..disebabkan ramai peserta dari Sabah dan Sarawak ini maka, banyaklah la penggunaan bahasa stacy itu bha…bha…bha…hihihi.
Tapi peliknya pada sesi aktiviti perbincangan berkumpulan yang dijadualkankan pada sebelah malam itu rupa-rupanya adalah inisiatif kami sendiri..tiada felisitator atau penceramah yang mengendalikan program kami pada malam itu. Penghulu yang dilantik iaitu Juaidi atau lebih mesra dengan panggilan Jebat mengambil peluang ini bagi membincang aktiviti masa lapang nanti dan menjalankan kutipan yuran yang patut dikenakan untuk cetakan nota-nota dan kegunaan aktiviti peserta sepanjang berkursus di IKWAS itu.
  

Hari ke-3 (Rabu) 16 Jun 2010

Hari ini nak kata antara seronok tak seronok la juga sebab kami kene bangun awal seawal jam 5.30am untuk sesi riadah pagi bermula tepat jam 6.30am. semestinya tak seronoknya sebab kena bangun awal le, tapi bestnya bila dah mula sesi senaman seronok pula…kami menari poco-poco and chicken dance . pertama kali aku menari poco-poco…memang seronok pun dan tarian poco-poco rupanya agak senang untuk diingat dan diamal langkahnya. Menurut jurulatih, tarian kami buat itu hanyalah tarian asas poco-poco.. susah juga la bagi fresheners cam kami ni…
Selepas sarapan, biasalah kami mengikuti kelas ceramah atau taklimat mengenai perkara berhubungkait dengan tugas kami sebagai penjawat awam. Sesi petangnya pula kami mengikuti sesi riadah atau bersukan yang diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Sukan yang telah dilantik dikalangan peserta juga iaitu Fendi dan Jaja.
Sukan kegemaran aku bola tampar..yahooo!!! tapi agak hambar bagi aku sebab petang itu, tidak ada peserta lelaki menunjukkan minat dalam sukan bola tampar…hanya peserta wanita.
Ini membuatkan aku berbelah bagi sama ada ingin mengikut peserta lelaki yang lebih memilih sukan bola keranjang dan sepak takraw atau memilih sukan kegemaranku iaitu bola tampar yang dimonopoli oleh kaum wanita pada petang itu.
Akhirnya minatku yang menang, aku sertai pemainan bola tampar walaupun hanya aku serorang sahaja peserta lelaki..aku peduli apa!! Terdapat juga wall climbing dan padang bola sepak di sana, tetapi terdapat perlawanan bola sepak lain di padang bola sepak manakala wall climbing ditutup kerana kerosakkan.
Kami bersukan dengan penuh bertenaga dan bergembira pada petang itu. Aku pula telah menetapkan bersama pemain bola tampar yang berminat untuk turun ke padang pada setiap sesi riadah petang dan jadikan sukan bola tampar sebagai aktiviti sepanjang minggu sehingga tamat kursus kami.
Maklumbalas dari semua amat menggalakkan membuatkan aku terfikir “elok juga kalau kursus ini memakan masa lebih panjang..hihihi.
Malamnya pula aku bersama kawan-kawan baru keluar ke pasar untuk mendapatkan bekalan makanan segera.
Maklum la kami ni bujang-bujang belaka. Bila lapar tengah malam dan rasa malas nak keluar, maggi cup la jawabnya. Survivor habis..!!!

  
Hari ke-4 (Khamis) 17 Jun 2010

Hari ni pula, tak ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan cuma ada penceramah baru yang membuatkan peserta tak kering gusi dengan lawak spontannya...Encik Mohamad Ali bin Mohd atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ali.
Terdapat trademark dia ”eh eeeehhhhhhh”. Membuatkan peserta mudah mesra dengan beliau...Pak Ali Rock! Sambil itu kami menerima tugasan dalam kumpulan daripada Puan Khashikin iaitu pengurus program kami di sana.
Aku selaku ketua kumpulan Six menerima tugasan untuk menyiapkan kertas kerja bertajuk Tapisan Keselamatan dan Faktor-faktor Pencapaian Wawasan 2020.
Alhamdulillah ahli kumpulan Six memberi kerjasama yang cemerlang dalam menyiapkan tugasan itu namun tugasan tersebut perlu dihantar pada petang hari Selasa (22 Jun 2010) jadi aku hanya menyarankan ahli kumpulan aku untuk menyediakan tugasan itu sebagai tugasan individu dan kami akan pilih satu tarikh untuk pebincangan bagi sebarang suntingan, penyelarasan dan kesimpulan untuk dua tajuk yang telah kami pilih itu.
Petangnya pula, biasa lah.. tak sabar menunggu sebab nak moero attack.. kali ni best sikit sebab dalam 5 hingga 6 orang peserta lelaki menyertai sukan bola tampar..antaranya Brownie, Shallaim, Johnny dan Afendi (AJK Sukan).
Sebelah malam itu berlaku perkara agak luar biasa di mana beberapa peserta mendakwa melihat tompokan darah di bererapa tempat berhampiran bilik mereka dan melaporkan kepada pengurus IKWAS, tanpa memikir panjang, cleaner di sana hanya membersihkan darah tersebut.

  
Hari ke-5 (Jumaat) 18 Jun 2010

Hari Jumaat, aku sempat tinjau kesan darah kering itu di koridor semasa dalam perjalanan ke kantin untuk sarapan. Aku berlalu begitu sahaja, malas nak fikir panjang darah siapa itu. Selepas sarapan kami mengikuti kelas seperti biasa saja... Tengah hari kami yang laki-laki ke masjid untuk solat jumaat dan kelas petang disambung semula.
Petang Jumaat itu lagi best dalam sukan bola tampar sebab hanya sukan ini sahaja yang ada.. aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai itu dah tak minat main sepak takraw atau bola keranjang atau bola sepak dah.. ramai peserta lelaki yang menyertai sukan bola tampar kali ni.. termasuklah Indera, Arif, Alif dan ramai lagi la.. kali ni baru ada cabaran sikit!! hihihi.
Malamnya pula kami keluar minum sahaja.. chit chat pasal bola.. memandangkan waktu itu adalah musim world cup 2010.. blah.. blah.. blah..


Hari ke-6 (Sabtu) 19 Jun 2010

Hari minggu, aktiviti bebas.. Kami keluar jalan-jalan di Ayer Hitam. Bagi aku, tiada apa-apa yang menarik sangat di sana namun, bagi peminat pelbagai jenis pasu bunga atau pasu hiasan dan pelbagai cenderahati berupa bantal-bantal dan barangan perkahwinan, you are welcome… heheh bilangan kami yang ramai membuatkan Pekan Ayer Hitam tu riuh la juga. Aku sempat membeli hadiah dan beberapa jenis kerepek untuk bekalan pulang ke pejabat. Selepas itu kami merancang untuk main bola tampar sebelah petangnya tetapi hasrat kami terhalang disebabkan hujan lebat jadi kami terus sepakat untuk pergi berkaraoke..

Kami karaoke di Kluang Parade kerana terdapat sebuah sahaja pusat karaoke di situ.. kami tempah bilik V.I.P... woww! Ada la dalam 30 orang dalam bilik besar tu.. disco habis!! Ada yang menyanyi lagu Puspa, I Got Feeling, Bila Larut Malam, dan macam- macam lagi. Kami menyanyi, melalak dan menjerit dalam masa 3 jam yang kami tempah itu! yang paling best sorang dikenakan RM5 je, sebab kami tong2 ramai2... huhu syok abih... Lepas habis karaoke kami terus lepak di gerai bersebelah kampus IKWAS untuk makan malam.. aku pesan makanan kegemaranku iaitu nasi goreng biasa dengan telur goreng mata kerbau dan timun cicah sambal belacan, minuman kegemaran pula teh ais. Nyam nyam..bila balik sahaja ke kampus aku terus mandi, solat Isyak dan tidur sebab agak keletihan..


Hari ke-7 (Ahad) 20 Jun 2010

Hari  Ahad  pula  aku  menghabiskan  masa  untuk  ”Qada‟  tidur”..  huhu..    bangun hanya untuk solat sahaja, lepas solat subuh aku layan la tv jap, tiba-tiba rasa mengantuk aku datang balik.. apa lagi, tidur lagi.. Waktu Zohor pun sama... sedar-sedar je dah petang, mak ai... jam 5.30 barulah aku buat keputusan untuk mandi. Menyegarkan diri, Sembahyang Asar dan bersiap untuk permainan Bola Tampar yang tertunda semalam akibat hujan lebat.. huh!! Semangat kesukanan aku pada petang itu membuatkan aku seorang sahaja yang sampai dulu di padang bola tampar.. nasib baik Fendi muncul
seketika kemudian..sempat la kami chit chat sementara menunggu semua pemain ”harapan” Malaysia turun ke padang....hohoho! memang best gila petang tu kami main bola tampar. Kali baru rasa tercabar sebab hanya court Bola Tampar je jadi tumpuan. Semua main bola tampar sahaja, laki2 dan perempuan2, campur aduk, 10 lawan 10.. hoho ko ada? Kami seronok main tampar- menampar Sampai tak sedar azan Maghrib dah berkumandang.. Astagfirullahalazim..Jangan jadikan ini ikutan ok! walaupun lambat sembahyang magrib, janji tertunai juga.. sempat naik dorm, mandi and maghrib.. alhamdulillah.. heheh.. Malamnya selepas Sembahyang Isyak pula, Kami berkumpul untuk Study Group sahaja.

  
Hari ke-8 (Isnin) 21 Jun 2010

Hari itu berlalu agak seperti biasa sahaja di mana kami mengikuti kelas ceramah atau taklimat...tajuk apa, aku pun tak ingat dah! Sehingga la waktu makan tengah hari.. aku pula naik dorm solat di bilik dan baring atau ”tidur-tidur ayam” sekejap. Kemudian kelas bersambung semula pada jam 2.30 petang..tajuk ceramah ini ada sangkut paut dengan Integriti sebagai Penjawat Awam..sehingga lah tajuk Rasuah pula disampaikan oleh penceramah pada masa itu, En. Lukman..
Aku cuba minta En. Lukman menerangkan tafsiran sekiranya antara kami terutamanya yang bertugas di kaunter pembayaran perkhidmatan menerima pemberian baki bayaran oleh pelanggan (keep the change), adakah ia merupakan salah satu jenis rasuah atau tidak?
Namun, sedang En.Lukman cuba memberi penerangan kepada soalan aku, tiba-tiba beliau dilempar sebotol air mineral oleh seorang peserta kursus bernama Zainab Mohamad dari JPJ Melaka yang duduk baris kedua dari hadapan. Waktu itu aku sangkakan beliau marah dengan topik dibincangkan... manalah tahu sekiranya ia menyentuh sensitiviti kepada Zainab... Dengan tidak disangka, tiba-tiba  Zainab mula mengerang dan terus menjerit, ketawa dan mengilai seperti orang yang hilang kewarasan. Beliau dikatakan dirasuk oleh makhluk ghaib atau lebih dikenali sebagai jin (atau dari segi sudut pandangan sains digelar Histeria iaitu sesuatu simptom penyakit yang melibatkan fungsi otak).
Tanpa membuang masa, kelas pada masa itu terpaksa dibatalkan dan semua peserta wanita disarankan pulang ke bilik masing-masing terutama bagi yang mengandung dan lemah semangat. Sedikit demi sedikit Zainab mula menunjukkan aksi- aksi liar dan mengeluarkan kata-kata kesat dan kotor. Bahasa percakapannya juga berubah seperti penggunaan bahasa melayu lama atau dalam istilah yang mudah difahami, bahasa jin.. Jin tersebut dikatakan berasal dari keturunan Bugis dan telah cuba porak perandakan keluarga Zainab ini sejak dari zaman Penjajahan Bugis lagi.
Keadaan Zainab waktu agak menakutkan dan menggerunkan. Aku sendiri keliru kerana ini pertama kali aku betul-betul berada di dalam kejadian histeria dari awal, selalunya di tengah situasi atau semasa perubatan baru aku sempat tengok. Zainab berubah-ubah sifat dan perwatakan ketika itu, sekejap beliau menjadi Zainab dan kadang-kadang beliau menjadi watak lain. Sekejap beliau menangis, mengerang, menjerit, mengilai dan mengamuk namun yang peliknya, Zainab versi jin ini sempat pula menceritakan sejarah di mana dia mula-mula cuba merosakkan dan mengganggu hidup keturunan keluarga Zainab ini dan sempat juga berjanji yang dia akan terus berusaha dengan hasratnya sehingga keluarga Zainab ini tidak mempunyai keturunan lagi... Nauzubillah, siapalah dan apalah penyebab membuatkan seseorang itu dengki dan sakit hati sehingga mahu menghapuskan keturunan sesebuah keluarga.. minta dijauhkanlah!

”Kepada lelaki-lelaki yang ada di sini, kamu rogol wanita suci ini kerna aku tidak suka dia di dalam kesucian dan aku tidak suka dia melahirkan zuriat yang suci..”
antara kata-kata Jin yang yang dikatakan merasuk Zainab ketika itu dengan menggunakan bahasa melayu kuno Bugis.
Pihak pengurusan IKWAS mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan keadaan ketika itu termasuklah memaklumkan kepada keluarga Zainab. Tukang kebun IKWAS juga berani bertindak dan mula berdialog dengan jin tersebut. Seketika kemudian semasa Zainab dalam keadaan sedar dia sempat menunjukkan cincin tangkal yang digantung di leher. Katanya cincin itu adalah tangkal pendinding yang disarankan oleh Tok untuk melindungi dirinya dari gangguan makhluk halus kerana sememangnya dia (Zainab)
merupakan keturunan yang sangat lemah semangat dan mudah diganggu. Zainab juga sempat memberitahu terdapat selendang hijau di dalam beg tangannya dan selendang itu mempunyai tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang juga merupakan tangkal pendinding baginya. Namun Zainab malu untuk pakai cincin itu kerana terlalu besar permatanya. Tanpa membuang masa Zainab terus menyarung cincin ke jarinya dan menyelimut selendang ke leher atas desakan orang yang ada di sekitarnya ketika itu.. Tapi sebentar kemudian Zainab mula mengerang. ”panas..panas! ambil semula barang kau ni bodoh..panas!!” jerit Zainab.
Menurut kepercayaan, jin yang merasuk Zainab itu telah menjadi kuat untuk melawan kuasa tangkal yang dipakai oleh Zainab itu kerana mendapat semangat atau tenaga tambahan dari kaum sejenisnya (jin) yang ada di sekitar IKWAS itu. Namun kami hanya biarkan sahaja tanpa mengalihkan cincin dan selendang. Ada juga aku memberanikan diri untuk berdialog dengan jin itu.
”kalau kau panas, kau la keluar...!!!” jerit aku dengan berani dalam takut,
Macam mana tu..? korang bayangkanlah k...heheh
Pakar psikologi dari IKWAS juga berikthiar dengan pelbagai cara termasuklah membaca ayat-ayat suci al-Quran namun ia tidak berhasil. Pihak keluarga Zainab pula berikthiar, bertawakal dan terpaksa mengubati Zainab menggunakan telefon bimbit kerana pakar perubatan tradisional yang biasa merawat Zainab ketika itu dikatakan berada di Luar negeri.
Waktu ini aku terpaksa minta maaf kerana aku tergelak kelucuan. Ini pertama kali aku mendengar dan melihat perubatan tradisional yang melibatkan alam/makhluk ghaib menggunakan ciri-ciri teknologi moden dunia nyata.
Pakar tersebut meminta agar telefon bimbit diletakkan di atas secawan gelas separuh penuh air sambil beliau membaca doa lalu disapukan pada muka  Zainab dan selebihnya disuruh minum. Walaupun pelik, Namun aku tidak menafikan kesahihan cara ini mugkin berkesan kerana jika dengan izin Allah s.w.t (Insyallah), ia adalah tidak mustahil.
Sampai satu ketika, pakar perubatan tradisional yang berinteraksi melalui telefon bimbit itu terpaksa memanggil saka atau satu semangat yang dikatakan sentiasa menjaga keturunan keluarga Zainab ini dengan meminjam jasad Zainab juga.
Semangat ini selesa dipanggil dengan gelaran ‟Tok‟. Ini bermaksud Zainab ketika ini akan berubah- ubah kepada 3 watak yang berbeza iaitu dirinya sendiri, Jin Jahat dan Tok saka.
Untuk kami kenal watak-watak ini iaitu bila Zainab adalah dirinya, dia akan menjadi lemah dan percakapannya seolah berbisik-bisik, Jin pula akan lebih mengerang, menjerit dan berkata-kata yang bukan-bukan manakala Tok pula biasanya akan memulakan percakapan dengan sapaan Assalamualaikum dan lebih memberi tumpuan pada tunjuk ajar tentang bagaimana atau apa langkah-langkah yang perlu kami lakukan untuk menghalau jin yang menganggu Zainab.
Keadaan menjadi tidak tentu arah, sekejap Zainab muntah, tergelincir dari kerusi dan macam-macam lagi aksi yang tidak disangka- sangka oleh logik akal manusia normal akan berlaku.
Ada satu ketika agak mengejutkan dan menakutkan aku bersama-sama Encik Nekman iaitu Pegawai IKWAS di mana ketika Zainab separa sedar, beliau menegaskan bahawa ketika ini hijab pandangan beliau menjadi sangat nipis bermaksud beliau mudah melihat  benda-benda  ghaib  yang  berkeliaran.  Tiba-tiba  beliau  menuding  jari  ke arah belakang aku memberitahu terdapat PONTIANAK di belakang aku dan encik Nekman ketika itu.. apa lagi, terkejut beruk aku!!
Tapi aku memberanikan diri menoleh sambil membaca sebaris ayat al-Quran yang mak aku suruh aku hafal untuk menghalau semangat jahat.. ayatnya pendek sahaja namun mak aku cakap ia cukup kuat dengan izin Allah s.w.t untuk menghalau semangat halus yang jahat ini.
Aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang aku tapi apa aku lihat hanyalah dinding kosong sahaja, tiada apa-apa yang berada di situ.. mungkin hijab aku masih tebal.. hihihi.
Encik Nekman pula hanya mengucap panjang dan beredar tanpa menoleh sedikit pun ke tempat yang Zainab tunjuk itu. Zainab juga sempat menceritakan rupa-rupanya tompokan darah yang dilihat oleh beberapa peserta tempoh hari merupakan tanda amaran oleh jin itu. ‟kediaman‟ jin itu juga didakwa diganggu oleh suara bising peserta di kawasan padang.
Ada juga dakwaan hak atau harta kepunyaan jin itu dicuri oleh peserta. Allahuaklam... Sebentar kemudian Zainab kembali meracau dengan renungan matanya yang tajam dan meliar  itu.
Keadaan ini berlarutan dengan gelagat Zainab yang berubah beberapa kerap dalam 3 watak itu sehingga la masuk waktu solat Asar barulah Zainab mula merasa kepenatan yang amat sangat dan membuat keputusan untuk balik ke bilik.
Beliau minta dipapah dan dibawa ke bilik secepat yang mugkin sebelum jin jahat merasuk beliau sekali lagi.
Kasihan juga aku lihat Zainab yang kepenatan itu. Katanya beliau letih kerana melawan semangat jin tersebut.
Untuk makluman juga, aku ada merakamkan aksi-aksi atau kejadian yang berlaku menggunakan kamera compact yang memang aku bawa untuk snap pengalaman sepanjang kursus.
Tak sangka pengalaman macam ni plak yg jadi. Walaupun tidak keseluruhan namun rakaman tersebut agak padat dengan tafsiran apa yang dilalui oleh Zainab dan kami.
Hari semakin senja dan kami sempat berkumpul di hadapan Pejabat Pendaftaran untuk taklimat tentang apa yang terjadi dan tindakan susulan yang patut kami lakukan.
Kami sepakat untuk solat Maghrib berjemaah bagi yang muslim dan menyarankankan yang bukan Islam untuk mengamalkan amalan yang sesuai dengan agama masing- masing untuk memohon perlindungan.
Agak kecewa aku ketika itu kerana sukan Bola Tampar terpaksa dibatalkan atas insiden yang telah terjadi.. hampeh!!
Selepas berjemaah, kami membaca surah Yasin pula di Dewan Kuliah iaitu Dewan Jemerlang.


 Hari ke-9 (Selasa) 22 Jun 2010

Setelah terjadinya kejadian mistik semalam, majoriti peserta kursus kelihatan lemah dan lesu kerana terdapat dikalangan mereka tidak dapat tidur lena kerana ketakutan. Ada desas-desus dikalangan mereka dinganggu dengan bunyi cakaran di dinding bilik, katil bergoyang dan ada juga yang mendengar bunyi-bunyi pelik seperti bayi menangis dan suara gadis mengigil kesejukan di koridor mereka.
Tapi aku pula tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan membuatkan aku terfikir yang semua gangguan itu hanya datang dari khayalan mereka sahaja kerana terbawa-bawa perasaan ketika Zainab dirasuk semalam.
Kelas hari itu juga dijalankan seperti biasa, topik taklimat kami juga tidak menyentuh berkaitan dengan insiden semalam kerana dikhuatiri akan menyentuh perasaan sensitiviti  Zainab yang ada di kelas ketika itu.
Waktu ini pula aku berniat untuk mengeratkan silaturrahim dengan semua peserta tapi waktu yang singkat menyekat niatku untuk mengenal semua rakan kursus dengan lebih erat.
Jadi sediakan la buku biodata ala2 bdk sekolah pakai baju longgar tu tuk diisi oleh peserta yang mana berminat untuk berkongsi maklumat biodata dengan aku.
Aku menulis biodata ringkas aku sebagai penghias kulit buku biodata aku itu. Apabila buku aku sampai ke tangan Zainab, dia tidak menyerahkan buku itu kepada peserta lain untuk diisi membuatkan aku terpaksa pergi kepada zainab dan meminta buku itu sendiri. Kat sini la kak Nab tu sesi soal menyoal ngan aku..
”Oh, jadi kamu la salleh..nak akak isi juga ke?” tanya Kak Nab.
”akak tak nak isi ke? Tak pe la kak” . Aku menjawab dalam nada bergurau.
”ye la, akak isi.. mana nak isi ni?” balas Zainab sambil minta tunjuk muka surat yang patut dia isi.
Aku pun terpaksa la berlakon seperti tiada apa-apa yang terjadi semalam atas saranan semua kawan-kawan. Selepas itu, kelas diteruskan seperti biasa sehingga petang.
Riadah bola tampar pun terbatal lagi gara2 insiden semasa tu, kononya ”kediaman” Jin yang merasuk Zainab ada di Padang Bola Tampar. Hmmmm k ok bai. Arghhhh!!!
Malamnya, situasi menakutkan (meracau) itu berlarutan di bilik Zainab tapi aku dan beberapa kawan bercadang untuk study group di bilik perbincangan untuk memberi tumpuan lebih pada ujian esok pagi tanpa mengambil tahu sangat pasal Zainab kerana ibunya ada di IKWAS untuk menemani Zainab.
Sah2 la ibu Zainab sepatutnya tahu bagaimana untuk mengatasi masalah Zainab itu.



Intermission...

Detik jam 10.15 malam, tiba-tiba aku didatangi penghuluwati atau panggilan mesranya Fara memberitahu aku yang ‟Tok‟ Zainab menyeru nama aku dan nama beberapa kawan dan ingin kami diarah untuk mengadap dia (Tok).
Agak berderau gak la darah ni sebab ini pertama kali aku secara tak langsung terlibat dalam situasi dengan alam ghaib.
Dengan langkah berani dalam takut (keliru dengan perasaan sendiri) aku terus menuju ke bilik  Zainab dengan iringan beberapa kawan termasuk penghuluwati.
Sesampainya aku di pintu bilik Zainab, dengan lafaz bismillah aku melangkah masuk dengan sapaan Assalamualaikum..
“Waalaikumussalam” Salam aku dijawab oleh mak Zainab dan Kak Del yang ada bersama-sama di dalam bilik itu.

“Assalamualaikum” Tok (dalam jasad Zainab) pula bagi salam.

“Waalaikumusalam, Tok”. aku menjawab salam Tok.

Sampai bila daa sesi salam bersalam...??

“Kau, Mahamad Shalleh (Mohd Salleh)?” tanya tok

ye saya..” jawab aku ringkas

“Adakah kau mau berkahwin?”. Tok memulakan pertanyaan.

“Mau..” jawab aku ringkas

Gila kau siapa tak nak kawin?? Di usia aku ni dh kira miang dah, Cuma rupa jodoh tu tak nampak lagi... zabar je le..
Tertanya juga mcm mana dia boleh tahu nama aku? adakah dia benar-benar makhluk ghaib yang tahu serba-serbi kejadian sekeliling melalui deria ghaibnya?
Tiba-tiba aku teringat yang Zainab ada melihat biodata aku di dalam buku biodata ringkas yang aku sediakan di kelas pada sebelah paginya membuatkan aku terfikir adakah Zainab ini sedang berlakon? Atau dia benar-benar dirasuk?

”tapi belum rancang lagi Tok” sambung aku dengan sengaja.
Saja nak kelirukan Tok sambil terdetik untuk menguji sama ada Zainab ini berlakon atau tidak.
“Tetapi naluri manusia seperti kau ingin berkahwin bukan?” sambung Tok lagi.
Aku hanya mengangguk sambil mengiyakan dan sedikit meyakinkan aku bahawa Zainab ini sedang berlakon memandangkan jawapan yang diberikan adalah umum..
“Adakah kau sadar yang kau telah melakukan kesalahan?” Tok trus sambung soalan.
“eh, maaf saya kurang jelas Tok...” Tanya aku sengaja pada hal aku tahu apa salah aku.
“Kau telah mendatangkan aib pada putriku (Zainab) ini... kau telah membuat rakaman pada kejadian semalam bukan?” Sambung Tok lagi. Aku hanya angguk bersetuju.
“sesungguhnya perkara ini boleh menggugat dan mendatangkan aib pada putri tunggalku dan keturunannya. Adakah kau sadar semua itu?” sambung Tok lagi.
Aku pun terus mengangguk tanda setuju tanpa suara.
“Aku minta maaf kerna aku terpaksa meminta kau, Mahamad Shalleh.. agar kau segera musnahkan rakaman dan salinan yang ada! Jikalau tidak, selepas detik 12 malam ini kau akan merasakan bisa yang telah aku hantar ke dalam badan kau. Kau juga jangan tidak tahu yang kau boleh terjun dari tingkat 3 tanpa sadar dan sabab (sedar dan sebab)... blah.. blah...” berjela-jela Tok mengugut aku.
Aku tak ingat sangat smua dialog Tok tu... angguk2 geleng2 je...
Tapi aku terus terang sikit pun aku tak takut sebab dalam hati aku kata si Zainab ni berlakon untuk aku hapuskan rakaman itu kerana ketika kejadian rasukan itu, memang terdapat situasi di mana aurat Zainab terdedah.
Aku hanya ingat Allah s.w.t sahaja dan Dialah satu-satunya yang aku takutkan.
Bila keluar dari bilik Zainab tu, rupa-rupanya majoriti peserta lelaki sudah berada di sepanjang koridor menunggu dengan perasaan ingin tahu apa yang terjadi di dalam bilik Zainab. Setelah aku ceritakan apa yang terjadi di dalam bilik itu, mereka pula yang lebih takut atau bahasa pasarnya lebih ”mengelabah”!!
Tapi aku sanjung dan berterima kasih pada semua yang ada ketika itu, kerjasama yang mereka berikan sangat baik.

”Ok, kau.. kau.. kau bawa beberapa kawan pergi ke koridor sana. Kau pula bawa kawan gi tingkat atas. Kau pulak gi tingkat bawah.. ketuk semua pintu tanya siapa ada ambil salinan rakaman video tu terus padam on the spot ok.” Johny sahabatku ketika itu memainkan peranan memberi arahan agar membantu aku bertindak dalam kumpulan menurut permintaan Tok demi keselamatan aku.
Terharu juga la aku yang kawan2 ketika itu benar-benar mengambil berat tentang aku. Aku juga turut bersama-sama Johny dan Ejan pergi ke semua bilik untuk pemeriksaan kali ke-2 (double-check). Aku juga ditegah untuk bersendirian kerana risau aku akan terjun dari tingkat 3 seperti mana sumpah Tok tadi.
Detik jam menunjukkan 11.45pm, dalam erti kata lain lagi 15 minit sahaja masa aku untuk pastikan salinan rakaman video itu terhapus atau aku akan merana. Macam filem seram suspen pulak rasanya. Masa ni aku nak kata takut tak takut la tapi ada juga teringat dengan keluarga terutamanya mak... nak telefon mak nanti dibuatnya risau mak tu, dia sanggup datang Johor malam tu juga... lepas itu, teringat pula kawan aku di Putrajaya, mana tau dia boleh tolong bagi tips apa-apa yang patut dari Putrajaya tapi baru nak telefon, masa tu juga bateri telefon aku habis...adoyai! memang Suspen habis... Sekejap lepas tu Tok memanggil aku semula.
“bagaimana perkembangan kau?” tanya Tok.
“dengan segala kudrat yang saya ada, semua salinan video itu telah saya cuba padamkan namun lagi 2 lagi tidak sempat saya sampaikan pesan untuk memadam salinan rakaman yang ada pada mereka kerana mereka keluar kampus”. Jawab aku yg tiba2 bunyi bahasa bugis gak..
“Benar..? mereka ke mana?” Tok terus menanya aku.
“Maaf Tok saya tak tahu”. Jawab aku
“Tidak mengapa kerna aku tau kau memang bersungguh-sungguh ingin memadam rakaman itu kerna aku sentiasa mengekori kau!” jelas Tok lagi.
“Sekarang aku memaafkan kau dan aku berniat untuk mengeluarkan balik bisa yang telah aku hantar ke dalam tubuh kau...sekarang kau duduk, kaki ditegakkan dan tangan letak di lutut. Ingat, mulut jangan berhenti dari mengucap dua kalimah Shahadah, 3 Qul dan ayat al-Qursi”. Terang tok sambil memberi arahan.

Aku pun menurut sahaja kehendak Tok itu atas dasar menghormati Zainab. Mak Zainab yang ada di situ juga gesa aku agar aku buat semua permintaan Tok. Lalu mula lah upacara membuang bisa pada tubuh aku, mulut aku juga terkumat-kamit membaca apa yang disarankan oleh Tok itu.
Aku dibelakangi Zainab jadi, aku tidak tahu apa yang Zainab buat... adakah dia bersilat? Bertapa? Entah la... Sekejap aku rasa badan aku dilibas dengan selendang hijau Zainab yang mempunyai tulisan Ayat-ayat suci al-Quran itu, sekejap kepala aku diusap dan ada juga sekali pinggang belakang aku ditepuk dalam upacara membuang bisa yang memakan masa dalam 5 minit itu.

Setelah selesai, Tok minta agar pintu bilik dibuka lalu memberi nasihat kepada semua  yang  sedang  ‟meyaksikan‟  upacara  membuang  bisa  ketika  itu  agar  patuh  dan tunduk pada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya.

Bila semuanya selesai, Mak Cik (Mak Zainab) pun mula bercerita... katanya memang terdapat kes sebegini terjadi di kampungnya suatu ketika dahulu dan sumpahan Tok itu didakwa benar-benar terjadi.            
Mak cik (Mak Zainab membahasakan diri) juga sempat menceritakan pengalaman  pelik ketika melahirkan Zainab, ketika itu jam 1 pagi dengan cuaca hujan ribut petir. Zainab agak susah untuk keluar (bersalin) ketika itu sehingga terdapat seekor katak besar sebesar penumbuk tangan (dijangka kodok) melompat dan duduk betul-betul di atas perut mak cik barulah Zainab senang dilahirkan.
Terdapat juga katak-katak kecil berada di sekeliling rumah mak cik ketika itu seolah-olah memagari rumah mak cik. Aku pun kurang pasti bagaimana nak membayangkan kejadian itu. Allahuaklam.
Tiba-tiba... Ejan agak terkejut sebab tiba-tiba dia perasan terdapat 3 tompokan titisan darah tercalit pada bajunya. Namun, aku menyejukkan hati dia dengan menegaskan bahawa itu hanyalah darah nyamuk.
Sebelum tidur malam itu, kami digalakkan untuk berwuduk dan solat hajat memohon pada Allah s.w.t agar dilindungi


Detik 12 Malam

Detik jam 12 malam pun tiba, mmg saje je la nk gak tunggu tgk apa jadi, aku dpt ada gak la bbrp SMS dari beberapa kawan menanyakan tentang keadaan aku termasuklah ibu Zainab.
Aku pun membalas perkara yang sebenar yang sememamangnya aku biasa-biasa sahaja.. Alhamdulillah, tidur pun nyenyak dan sihat wal-afiat sehingga hari ini (ketika menaip cerita ni la).
Disebabkan aku, Ejan dan bbrp kawan lagi tak boleh tido, kami keluar kampus untuk hangout and supper.
Sekitar 3am kami balik kampus, aku terus menuju ke bilik berseorangan tanpa rasa takut kerana aku yakin Allah ada dan sentiasa melindungi hamba ini.
Aku mandi, solat Isyak (terkandas sbb kena seru pye pasal) dan terus tidur lena... siap dengkur lagi (Ejan yang cakap la). Malas fikir panjang tentang apa yang aku lalui malam itu sebab nak hadapi ujian esok.



Hari ke-10 (Rabu) 23 Jun 2010

Hari terakhir kami berkursus di IKWAS, seperti biasa sebelah paginya kami bersarapan sebelum memulakankan kelas terakhir dan ujian bermula jam 10.10 pagi.
Alhamdulillah aku dapat menjawab soalan dengan tenang tanpa diganggu oleh peristiwa yang berlaku di saat-saat akhir kami berkursus itu.
Tapi jawapan ujian tu betul atau tidak, tak pasti pulak..kihkihkih!! Selesai ujian seperti biasalah... Sesi penutup plak...
perpisahan kali ini agak janggal bagi aku kerana tiada tangisan atau kesedihan perpisahan kedengaran seperti yang biasa aku lalui di kursus-kursus lain sebelum ini.
Sebaliknya aku lebih mendengar “stay in touch ok...add me on FB (facebook)”.. ceh!!!

Setelah selesai salam-menyalam, peluk-memeluk, cium-mencium (eh, ada ke..?), Aku pun terus bergegas ke bilik, berkemas dan terus bersiap untuk pulang ke Putrajaya. Tak sangka pula kami terserempak dengan Penghulu iaitu Jebat dan Penghuli pula Fara (atau dah patut digelar bekas penghulu dan penghuli sebab kursus dh tamat.. heheh) di Hentian Rehat Pagoh untuk solat, apa lagi kami borak panjang sampai tak perasan dah hampir 2 jam kami di situ. Selesai makan, borak dan solat kami pun meneruskan perjalanan pulang.
Lepas drop Ejan di Putrajaya, aku terus shoot balik rumah mak di Kajang.
Orang pertama aku ingin jumpa ketika sampai di rumah semestinya ibuku... love you, miss you mom!!! Alhamdulillah aku sampai di rumah jam 7.30 petang kerana berehat lama di Hentian Rehat Pagoh tadi.
            Sesampai di rumah, keluarga aku tiada ketika itu kerana semua keluar berniaga dan pulang jam 11 malam. Tapi ada kejadian agak pelik di mana ketika aku sampai di rumah, terdapat seekor katak kecil sedang mengadap ke arah pintu dapur rumah mak. Aku malas nak memikirkan perkara karut-marut, aku halau sahaja katak itu. Keesokkan paginya, katak yang sama masih di depan pintu tetapi kali ini betul-betul katak itu berada di atas kasut Crocs aku tu.
Hey... masih berfikiran positif, aku angkat dan buang sahaja katak itu ke parit balakang rumah mak. Dan selepas itu, semuanya menjadi seperti sediakala. Katak ini membuatkan aku terfikir, adakah ini ada kaitan dengan cerita mak cik di saat Zainab dilahirkan satu ketika dahulu...?? Anda Tafsirlah sendiri.


Penutup

Itulah pengalaman yang aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai manis atau pahit.
Namun ia banyak memberi pengajaran dan tauladan pada diri aku iaitu sentiasa menghormati hak orang lain dan menjaga batas-batas sensitiviti kaum dan sesetengah pihak tertentu.
Aku juga ingin menegur sesama kita termasuk diri agar jangan terlalu taksub dengan kuasa lain selain daripada Allah s.w.t. kalau benar-benar ditimpa musibbah, itu hanyalah ujian dari Dia. Hadapilah ujian dengan tabah dan bertawakal. Patuhi arahan-Nya dan jauhi larangan-Nya, jaga Allah dan hak-Nya, insyallah Dia akan jaga kita… mudah-mudahan… amin… wassalam..

dikarang pada 8 Julai 2010
Oleh : Mohd Salleh