KURSUS INDUKSI UMUM BIL 5/2010
INSTITUSI TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
KAMPUS WILAYAH SELATAN (IKWAS)
14 – 23 JUN 2010
Perjalanan & Ketibaan
Tanggal 14 jun 2010, hari
Isnin detik jam 2.30 petang aku bertolak dari Kajang menuju ke Putrajaya untuk
menjemput Ejan (Nama timangan sebenar) dan terus bersama-sama menuju ke Institut
Tadbiran Negara Awam (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) terletak di bandar
Kluang, Johor.
Kursus ini merupakan kursus
wajib kami hadiri sebagai penjawat awam untuk pengesahan dalam jawatan kami
iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) gred N17.
Kami memulakan perjalanan
tanpa bekalan “pengetahuan” yang cukup untuk menuju ke lokasi tempat yang di
tuju, kami bertawakal sahaja sambil dibantu dengan kecanggihan Global
Posisitioning System (GPS) melalui telefon bimbit Ejan digelar Garmin. HP Ejan
canggih sikit drpd aku, tak ingat jenis apa.. aku pakai Nokia 7210 je.
Perjalanan kami yang memakan
masa 3 hingga 3 ½ jam akhirnya tiba di IKWAS tepat jam 5.45 petang bersama-sama
sebahagian peserta lain yang telah tiba lebih awal.
Kami menunggu di ruang legar
koridor untuk lapor diri dan daftar bilik kerana petugas kaunter pendaftaran keluar
kampus sebentar.
Apabila selesai kami mendaftar
bilik, aku dan Ejan terus menuju ke bilik kami bernombor 203 terletak di aras
3. Wow! double single bed room ko!! Ingatkan katil tingkat.. huhu
Memandangkan hari itu program
kami hanyalah mendaftar, jadi malamnya kami keluar bersiar-siar sekitar bandar
Kluang, Johor Darul Takzim.
Pendaftaran On-Line
Esoknya, kami mendaftar lagi
sekali secara atas talian (on-line) untuk simpanan rekod dan pensijilan oleh
pihak urusetia kursus di Makmal yang diberi nama Makmal Sepetir dan Makmal
Jati.
Selesai kami mendaftar, kami
terus menuju ke Dewan Jemerlang yang jauhnya hampir 300 meter dari makmal.
Kelas bermula dengan pecahan ahli dalam kumpulan dalam sesi suai kenal (Ice
breaking).
Kumpulan kami terdiri seramai
135 orang dipecahkan ke dalam 13 kumpulan terdiri dari 10 hingga 11 orang dalam
satu kumpulan.
Aku adalah dalam kumpulan enam
(6) dan dilantik sebagai ketua kumpulan.
Mcm biasa la kumpulan2 ini
pula diberi tugasan mencipta nama, logo, lagu tema dan motto kumpulan... muak...!!
Sepanjang hari tersebut kami hanya mengikuti program untuk suai kenal antara
peserta.
Pada malamnya pula, kami
mengikuti sesi ceramah agama.. Penceramah atau ustaz ini menyampaikan ceramah
mengenai konsep kesedaran hukum halal dan haram dalam soal kerja harian sebagai
Penjawat Awam. Beliau juga mempunyai trademark tersendiri..an, an, an (kan kan
kan).
Hari ke-2 (Selasa) 15 Jun 2010
Hari ke-2 dan seterusnya ni
aku simpulkan je la yg umumnya iaitu sesi ceramah atau taklimat mengenai
Perkhidmatan Awam.. kalau nak diceritakan, agak bosan.. perkara biasa-biasa
sahaja, taklimat blah blah blah.
So tetap ada tajuk by day lps
ni, hanya story di luar skop kelas ye...
Yang seronoknya sesi petangnya
semasa kami mengikuti sesi riadah, aktiviti riadah kami pada petang itu agak
lucu dan menarik kerana kami diajar untuk menari tarian tradisional negeri
Johor iaitu Zapin. Bayangkanlah kami dari semua sudut negara Malaysia kita
…1Malaysia..ada yang datang dari utara, timur, barat, selatan dan juga majoriti
peserta lain adalah dari Sabah dan Sarawak diajar menari tarian tradisional
Zapin..tongang langgang dalam kegembiraan la jawabnya..disebabkan ramai peserta
dari Sabah dan Sarawak ini maka, banyaklah la penggunaan bahasa stacy itu
bha…bha…bha…hihihi.
Tapi peliknya pada sesi
aktiviti perbincangan berkumpulan yang dijadualkankan pada sebelah malam itu
rupa-rupanya adalah inisiatif kami sendiri..tiada felisitator atau penceramah
yang mengendalikan program kami pada malam itu. Penghulu yang dilantik iaitu
Juaidi atau lebih mesra dengan panggilan Jebat mengambil peluang ini bagi
membincang aktiviti masa lapang nanti dan menjalankan kutipan yuran yang patut
dikenakan untuk cetakan nota-nota dan kegunaan aktiviti peserta sepanjang
berkursus di IKWAS itu.
Hari ke-3 (Rabu) 16 Jun 2010
Hari ini nak kata antara
seronok tak seronok la juga sebab kami kene bangun awal seawal jam 5.30am untuk
sesi riadah pagi bermula tepat jam 6.30am. semestinya tak seronoknya sebab kena
bangun awal le, tapi bestnya bila dah mula sesi senaman seronok pula…kami
menari poco-poco and chicken dance . pertama kali aku menari poco-poco…memang
seronok pun dan tarian poco-poco rupanya agak senang untuk diingat dan diamal
langkahnya. Menurut jurulatih, tarian kami buat itu hanyalah tarian asas
poco-poco.. susah juga la bagi fresheners cam kami ni…
Selepas sarapan, biasalah kami
mengikuti kelas ceramah atau taklimat mengenai perkara berhubungkait dengan
tugas kami sebagai penjawat awam. Sesi petangnya pula kami mengikuti sesi
riadah atau bersukan yang diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Sukan yang
telah dilantik dikalangan peserta juga iaitu Fendi dan Jaja.
Sukan kegemaran aku bola
tampar..yahooo!!! tapi agak hambar bagi aku sebab petang itu, tidak ada peserta
lelaki menunjukkan minat dalam sukan bola tampar…hanya peserta wanita.
Ini membuatkan aku berbelah
bagi sama ada ingin mengikut peserta lelaki yang lebih memilih sukan bola
keranjang dan sepak takraw atau memilih sukan kegemaranku iaitu bola tampar
yang dimonopoli oleh kaum wanita pada petang itu.
Akhirnya minatku yang menang,
aku sertai pemainan bola tampar walaupun hanya aku serorang sahaja peserta
lelaki..aku peduli apa!! Terdapat juga wall climbing dan padang bola sepak di
sana, tetapi terdapat perlawanan bola sepak lain di padang bola sepak manakala
wall climbing ditutup kerana kerosakkan.
Kami bersukan dengan penuh
bertenaga dan bergembira pada petang itu. Aku pula telah menetapkan bersama
pemain bola tampar yang berminat untuk turun ke padang pada setiap sesi riadah
petang dan jadikan sukan bola tampar sebagai aktiviti sepanjang minggu sehingga
tamat kursus kami.
Maklumbalas dari semua amat
menggalakkan membuatkan aku terfikir “elok juga kalau kursus ini memakan masa
lebih panjang..hihihi.
Malamnya pula aku bersama
kawan-kawan baru keluar ke pasar untuk mendapatkan bekalan makanan segera.
Maklum la kami ni
bujang-bujang belaka. Bila lapar tengah malam dan rasa malas nak keluar, maggi
cup la jawabnya. Survivor habis..!!!
Hari ke-4 (Khamis) 17 Jun 2010
Hari ni pula, tak ada apa-apa
yang menarik untuk diceritakan cuma ada penceramah baru yang membuatkan peserta
tak kering gusi dengan lawak spontannya...Encik Mohamad Ali bin Mohd atau lebih
mesra dengan panggilan Pak Ali.
Terdapat trademark dia ”eh
eeeehhhhhhh”. Membuatkan peserta mudah mesra dengan beliau...Pak Ali Rock!
Sambil itu kami menerima tugasan dalam kumpulan daripada Puan Khashikin iaitu
pengurus program kami di sana.
Aku selaku ketua kumpulan Six
menerima tugasan untuk menyiapkan kertas kerja bertajuk Tapisan Keselamatan dan
Faktor-faktor Pencapaian Wawasan 2020.
Alhamdulillah ahli kumpulan
Six memberi kerjasama yang cemerlang dalam menyiapkan tugasan itu namun tugasan
tersebut perlu dihantar pada petang hari Selasa (22 Jun 2010) jadi aku hanya
menyarankan ahli kumpulan aku untuk menyediakan tugasan itu sebagai tugasan
individu dan kami akan pilih satu tarikh untuk pebincangan bagi sebarang
suntingan, penyelarasan dan kesimpulan untuk dua tajuk yang telah kami pilih
itu.
Petangnya pula, biasa lah..
tak sabar menunggu sebab nak moero attack.. kali ni best sikit sebab dalam 5
hingga 6 orang peserta lelaki menyertai sukan bola tampar..antaranya Brownie,
Shallaim, Johnny dan Afendi (AJK Sukan).
Sebelah malam itu berlaku
perkara agak luar biasa di mana beberapa peserta mendakwa melihat tompokan darah di bererapa tempat
berhampiran bilik mereka dan melaporkan kepada pengurus IKWAS, tanpa memikir
panjang, cleaner di sana hanya membersihkan darah tersebut.
Hari ke-5 (Jumaat) 18 Jun 2010
Hari Jumaat, aku sempat tinjau
kesan darah kering itu di koridor semasa dalam perjalanan ke kantin untuk
sarapan. Aku berlalu begitu sahaja, malas nak fikir panjang darah siapa itu.
Selepas sarapan kami mengikuti kelas seperti biasa saja... Tengah hari kami
yang laki-laki ke masjid untuk solat jumaat dan kelas petang disambung semula.
Petang Jumaat itu lagi best
dalam sukan bola tampar sebab hanya sukan ini sahaja yang ada.. aku pun tak
tahu kenapa dalam ramai-ramai itu dah tak minat main sepak takraw atau bola
keranjang atau bola sepak dah.. ramai peserta lelaki yang menyertai sukan bola
tampar kali ni.. termasuklah Indera, Arif, Alif dan ramai lagi la.. kali ni
baru ada cabaran sikit!! hihihi.
Malamnya pula kami keluar
minum sahaja.. chit chat pasal bola.. memandangkan waktu itu adalah musim world
cup 2010.. blah.. blah.. blah..
Hari ke-6 (Sabtu) 19 Jun 2010
Hari minggu, aktiviti bebas..
Kami keluar jalan-jalan di Ayer Hitam. Bagi aku, tiada apa-apa yang menarik
sangat di sana namun, bagi peminat pelbagai jenis pasu bunga atau pasu hiasan
dan pelbagai cenderahati berupa bantal-bantal dan barangan perkahwinan, you are
welcome… heheh bilangan kami yang ramai membuatkan Pekan Ayer Hitam tu riuh la
juga. Aku sempat membeli hadiah dan beberapa jenis kerepek untuk bekalan pulang
ke pejabat. Selepas itu kami merancang untuk main bola tampar sebelah petangnya
tetapi hasrat kami terhalang disebabkan hujan lebat jadi kami terus sepakat
untuk pergi berkaraoke..
Kami karaoke di Kluang Parade
kerana terdapat sebuah sahaja pusat karaoke di situ.. kami tempah bilik
V.I.P... woww! Ada la dalam 30 orang dalam bilik besar tu.. disco habis!! Ada
yang menyanyi lagu Puspa, I Got Feeling, Bila Larut Malam, dan macam- macam
lagi. Kami menyanyi, melalak dan menjerit dalam masa 3 jam yang kami tempah
itu! yang paling best sorang dikenakan RM5 je, sebab kami tong2 ramai2... huhu
syok abih... Lepas habis karaoke kami terus lepak di gerai bersebelah kampus
IKWAS untuk makan malam.. aku pesan makanan kegemaranku iaitu nasi goreng biasa
dengan telur goreng mata kerbau dan timun cicah sambal belacan, minuman
kegemaran pula teh ais. Nyam nyam..bila balik sahaja ke kampus aku terus mandi,
solat Isyak dan tidur sebab agak keletihan..
Hari ke-7 (Ahad) 20 Jun 2010
Hari Ahad
pula aku menghabiskan
masa untuk ”Qada‟
tidur”.. huhu.. bangun hanya untuk solat sahaja, lepas
solat subuh aku layan la tv jap, tiba-tiba rasa mengantuk aku datang balik.. apa
lagi, tidur lagi.. Waktu Zohor pun sama... sedar-sedar je dah petang, mak ai...
jam 5.30 barulah aku buat keputusan untuk mandi. Menyegarkan diri, Sembahyang
Asar dan bersiap untuk permainan Bola Tampar yang tertunda semalam akibat hujan
lebat.. huh!! Semangat kesukanan aku pada petang itu membuatkan aku seorang
sahaja yang sampai dulu di padang bola tampar.. nasib baik Fendi muncul
seketika kemudian..sempat la
kami chit chat sementara menunggu semua pemain ”harapan” Malaysia turun ke
padang....hohoho! memang best gila petang tu kami main bola tampar. Kali baru
rasa tercabar sebab hanya court Bola Tampar je jadi tumpuan. Semua main bola
tampar sahaja, laki2 dan perempuan2, campur aduk, 10 lawan 10.. hoho ko ada?
Kami seronok main tampar- menampar Sampai tak sedar azan Maghrib dah
berkumandang.. Astagfirullahalazim..Jangan jadikan ini ikutan ok! walaupun
lambat sembahyang magrib, janji tertunai juga.. sempat naik dorm, mandi and
maghrib.. alhamdulillah.. heheh.. Malamnya selepas Sembahyang Isyak pula, Kami
berkumpul untuk Study Group sahaja.
Hari ke-8
(Isnin) 21 Jun 2010
Hari itu berlalu agak seperti
biasa sahaja di mana kami mengikuti kelas ceramah atau taklimat...tajuk apa,
aku pun tak ingat dah! Sehingga la waktu makan tengah hari.. aku pula naik dorm
solat di bilik dan baring atau ”tidur-tidur ayam” sekejap. Kemudian kelas
bersambung semula pada jam 2.30 petang..tajuk ceramah ini ada sangkut paut
dengan Integriti sebagai Penjawat Awam..sehingga lah tajuk Rasuah pula
disampaikan oleh penceramah pada masa itu, En. Lukman..
Aku cuba minta En. Lukman
menerangkan tafsiran sekiranya antara kami terutamanya yang bertugas di kaunter
pembayaran perkhidmatan menerima pemberian baki bayaran oleh pelanggan (keep the change), adakah ia merupakan
salah satu jenis rasuah atau tidak?
Namun, sedang En.Lukman cuba
memberi penerangan kepada soalan aku, tiba-tiba beliau dilempar sebotol air
mineral oleh seorang peserta kursus bernama Zainab Mohamad dari JPJ
Melaka yang duduk baris kedua dari hadapan. Waktu itu aku sangkakan beliau
marah dengan topik dibincangkan... manalah tahu sekiranya ia menyentuh
sensitiviti kepada Zainab... Dengan tidak disangka, tiba-tiba Zainab mula mengerang dan terus menjerit, ketawa
dan mengilai seperti orang yang hilang kewarasan. Beliau dikatakan dirasuk oleh
makhluk ghaib atau lebih dikenali sebagai jin (atau dari segi sudut pandangan
sains digelar Histeria iaitu sesuatu simptom penyakit yang melibatkan fungsi
otak).
Tanpa membuang masa, kelas
pada masa itu terpaksa dibatalkan dan semua peserta wanita disarankan pulang ke
bilik masing-masing terutama bagi yang mengandung dan lemah semangat. Sedikit
demi sedikit Zainab mula menunjukkan aksi- aksi liar dan mengeluarkan kata-kata
kesat dan kotor. Bahasa percakapannya juga berubah seperti penggunaan bahasa
melayu lama atau dalam istilah yang mudah difahami, bahasa jin.. Jin tersebut
dikatakan berasal dari keturunan Bugis dan telah cuba porak perandakan keluarga
Zainab ini sejak dari zaman Penjajahan Bugis lagi.
Keadaan Zainab waktu agak
menakutkan dan menggerunkan. Aku sendiri keliru kerana ini pertama kali aku
betul-betul berada di dalam kejadian histeria dari awal, selalunya di tengah
situasi atau semasa perubatan baru aku sempat tengok. Zainab berubah-ubah sifat
dan perwatakan ketika itu, sekejap beliau menjadi Zainab dan kadang-kadang
beliau menjadi watak lain. Sekejap beliau menangis, mengerang, menjerit,
mengilai dan mengamuk namun yang peliknya, Zainab versi jin ini sempat pula
menceritakan sejarah di mana dia mula-mula cuba merosakkan dan mengganggu hidup
keturunan keluarga Zainab ini dan sempat juga berjanji yang dia akan terus
berusaha dengan hasratnya sehingga keluarga Zainab ini tidak mempunyai
keturunan lagi... Nauzubillah, siapalah dan apalah penyebab membuatkan
seseorang itu dengki dan sakit hati sehingga mahu menghapuskan keturunan
sesebuah keluarga.. minta dijauhkanlah!
”Kepada
lelaki-lelaki yang ada di sini, kamu rogol wanita suci ini kerna aku tidak suka
dia di dalam kesucian dan aku tidak suka dia melahirkan zuriat yang suci..”
antara kata-kata Jin yang yang dikatakan merasuk Zainab
ketika itu dengan menggunakan bahasa melayu kuno Bugis.
Pihak pengurusan IKWAS mencuba
pelbagai cara untuk menyelesaikan keadaan ketika itu termasuklah memaklumkan
kepada keluarga Zainab. Tukang kebun IKWAS juga berani bertindak dan mula
berdialog dengan jin tersebut. Seketika kemudian semasa Zainab dalam keadaan
sedar dia sempat menunjukkan cincin tangkal yang digantung di leher. Katanya
cincin itu adalah tangkal pendinding yang disarankan oleh Tok untuk melindungi
dirinya dari gangguan makhluk halus kerana sememangnya dia (Zainab)
merupakan keturunan yang
sangat lemah semangat dan mudah diganggu. Zainab juga sempat memberitahu
terdapat selendang hijau di dalam beg tangannya dan selendang itu mempunyai
tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang juga merupakan tangkal pendinding baginya.
Namun Zainab malu untuk pakai cincin itu kerana terlalu besar permatanya. Tanpa
membuang masa Zainab terus menyarung cincin ke jarinya dan menyelimut selendang
ke leher atas desakan orang yang ada di sekitarnya ketika itu.. Tapi sebentar
kemudian Zainab mula mengerang. ”panas..panas! ambil semula barang kau ni
bodoh..panas!!” jerit Zainab.
Menurut kepercayaan, jin yang
merasuk Zainab itu telah menjadi kuat untuk melawan kuasa tangkal yang dipakai
oleh Zainab itu kerana mendapat semangat atau tenaga tambahan dari kaum
sejenisnya (jin) yang ada di sekitar IKWAS itu. Namun kami hanya biarkan sahaja
tanpa mengalihkan cincin dan selendang. Ada juga aku memberanikan diri untuk
berdialog dengan jin itu.
”kalau
kau panas, kau la keluar...!!!” jerit aku dengan berani dalam
takut,
Macam mana tu..? korang bayangkanlah k...heheh
Pakar psikologi dari IKWAS
juga berikthiar dengan pelbagai cara termasuklah membaca ayat-ayat suci
al-Quran namun ia tidak berhasil. Pihak keluarga Zainab pula berikthiar,
bertawakal dan terpaksa mengubati Zainab menggunakan telefon bimbit kerana
pakar perubatan tradisional yang biasa merawat Zainab ketika itu dikatakan
berada di Luar negeri.
Waktu ini aku terpaksa minta
maaf kerana aku tergelak kelucuan. Ini pertama kali aku mendengar dan melihat
perubatan tradisional yang melibatkan alam/makhluk ghaib menggunakan ciri-ciri
teknologi moden dunia nyata.
Pakar tersebut meminta agar
telefon bimbit diletakkan di atas secawan gelas separuh penuh air sambil beliau
membaca doa lalu disapukan pada muka
Zainab dan selebihnya disuruh minum. Walaupun pelik, Namun aku tidak
menafikan kesahihan cara ini mugkin berkesan kerana jika dengan izin Allah s.w.t
(Insyallah), ia adalah tidak mustahil.
Sampai satu ketika, pakar
perubatan tradisional yang berinteraksi melalui telefon bimbit itu terpaksa
memanggil saka atau satu semangat yang dikatakan sentiasa menjaga keturunan
keluarga Zainab ini dengan meminjam jasad Zainab juga.
Semangat ini selesa dipanggil
dengan gelaran ‟Tok‟. Ini bermaksud Zainab ketika ini akan berubah- ubah kepada
3 watak yang berbeza iaitu dirinya sendiri, Jin Jahat dan Tok saka.
Untuk kami kenal watak-watak
ini iaitu bila Zainab adalah dirinya, dia akan menjadi lemah dan percakapannya
seolah berbisik-bisik, Jin pula akan lebih mengerang, menjerit dan berkata-kata
yang bukan-bukan manakala Tok pula biasanya akan memulakan percakapan dengan
sapaan Assalamualaikum dan lebih memberi tumpuan pada tunjuk ajar tentang
bagaimana atau apa langkah-langkah yang perlu kami lakukan untuk menghalau jin
yang menganggu Zainab.
Keadaan menjadi tidak tentu
arah, sekejap Zainab muntah, tergelincir dari kerusi dan macam-macam lagi aksi
yang tidak disangka- sangka oleh logik akal manusia normal akan berlaku.
Ada satu ketika agak
mengejutkan dan menakutkan aku bersama-sama Encik Nekman iaitu Pegawai IKWAS di
mana ketika Zainab separa sedar, beliau menegaskan bahawa ketika ini hijab
pandangan beliau menjadi sangat nipis bermaksud beliau mudah melihat benda-benda
ghaib yang berkeliaran.
Tiba-tiba beliau menuding
jari ke arah belakang aku
memberitahu terdapat PONTIANAK di
belakang aku dan encik Nekman ketika itu.. apa lagi, terkejut beruk aku!!
Tapi aku memberanikan diri
menoleh sambil membaca sebaris ayat al-Quran yang mak aku suruh aku hafal untuk
menghalau semangat jahat.. ayatnya pendek sahaja namun mak aku cakap ia cukup
kuat dengan izin Allah s.w.t untuk menghalau semangat halus yang jahat ini.
Aku memberanikan diri untuk
menoleh ke belakang aku tapi apa aku lihat hanyalah dinding kosong sahaja,
tiada apa-apa yang berada di situ.. mungkin hijab aku masih tebal.. hihihi.
Encik Nekman pula hanya
mengucap panjang dan beredar tanpa menoleh sedikit pun ke tempat yang Zainab
tunjuk itu. Zainab juga sempat menceritakan rupa-rupanya tompokan darah yang
dilihat oleh beberapa peserta tempoh hari merupakan tanda amaran oleh jin itu.
‟kediaman‟ jin itu juga didakwa diganggu oleh suara bising peserta di kawasan
padang.
Ada juga dakwaan hak atau
harta kepunyaan jin itu dicuri oleh peserta. Allahuaklam... Sebentar kemudian
Zainab kembali meracau dengan renungan matanya yang tajam dan meliar itu.
Keadaan ini berlarutan dengan
gelagat Zainab yang berubah beberapa kerap dalam 3 watak itu sehingga la masuk
waktu solat Asar barulah Zainab mula merasa kepenatan yang amat sangat dan
membuat keputusan untuk balik ke bilik.
Beliau minta dipapah dan
dibawa ke bilik secepat yang mugkin sebelum jin jahat merasuk beliau sekali
lagi.
Kasihan juga aku lihat Zainab
yang kepenatan itu. Katanya beliau letih kerana melawan semangat jin tersebut.
Untuk makluman juga, aku ada merakamkan aksi-aksi atau kejadian
yang berlaku menggunakan kamera compact yang memang aku bawa untuk snap
pengalaman sepanjang kursus.
Tak sangka pengalaman macam ni
plak yg jadi. Walaupun tidak keseluruhan namun rakaman tersebut agak padat
dengan tafsiran apa yang dilalui oleh Zainab dan kami.
Hari semakin senja dan kami
sempat berkumpul di hadapan Pejabat Pendaftaran untuk taklimat tentang apa yang
terjadi dan tindakan susulan yang patut kami lakukan.
Kami sepakat untuk solat
Maghrib berjemaah bagi yang muslim dan menyarankankan yang bukan Islam untuk
mengamalkan amalan yang sesuai dengan agama masing- masing untuk memohon
perlindungan.
Agak kecewa aku ketika itu
kerana sukan Bola Tampar terpaksa dibatalkan atas insiden yang telah terjadi..
hampeh!!
Selepas berjemaah, kami
membaca surah Yasin pula di Dewan Kuliah iaitu Dewan Jemerlang.
Setelah terjadinya kejadian
mistik semalam, majoriti peserta kursus kelihatan lemah dan lesu kerana
terdapat dikalangan mereka tidak dapat tidur lena kerana ketakutan. Ada
desas-desus dikalangan mereka dinganggu dengan bunyi cakaran di dinding bilik,
katil bergoyang dan ada juga yang mendengar bunyi-bunyi pelik seperti bayi
menangis dan suara gadis mengigil kesejukan di koridor mereka.
Tapi aku pula tidur nyenyak
tanpa sebarang gangguan membuatkan aku terfikir yang semua gangguan itu hanya
datang dari khayalan mereka sahaja kerana terbawa-bawa perasaan ketika Zainab
dirasuk semalam.
Kelas hari itu juga dijalankan
seperti biasa, topik taklimat kami juga tidak menyentuh berkaitan dengan
insiden semalam kerana dikhuatiri akan menyentuh perasaan sensitiviti Zainab yang ada di kelas ketika itu.
Waktu ini pula aku berniat
untuk mengeratkan silaturrahim dengan semua peserta tapi waktu yang singkat
menyekat niatku untuk mengenal semua rakan kursus dengan lebih erat.
Jadi sediakan la buku biodata
ala2 bdk sekolah pakai baju longgar tu tuk diisi oleh peserta yang mana
berminat untuk berkongsi maklumat biodata dengan aku.
Aku menulis biodata ringkas
aku sebagai penghias kulit buku biodata aku itu. Apabila buku aku sampai ke
tangan Zainab, dia tidak menyerahkan buku itu kepada peserta lain untuk diisi
membuatkan aku terpaksa pergi kepada zainab dan meminta buku itu sendiri. Kat
sini la kak Nab tu sesi soal menyoal ngan aku..
”Oh, jadi kamu la salleh..nak
akak isi juga ke?” tanya Kak Nab.
”akak tak nak isi ke? Tak pe
la kak” . Aku menjawab dalam nada bergurau.
”ye la, akak isi.. mana nak
isi ni?” balas Zainab sambil minta tunjuk muka surat
yang patut dia isi.
Aku pun terpaksa la berlakon
seperti tiada apa-apa yang terjadi semalam atas saranan semua kawan-kawan.
Selepas itu, kelas diteruskan seperti biasa sehingga petang.
Riadah bola tampar pun
terbatal lagi gara2 insiden semasa tu, kononya ”kediaman” Jin yang merasuk
Zainab ada di Padang Bola Tampar. Hmmmm k ok bai. Arghhhh!!!
Malamnya, situasi menakutkan
(meracau) itu berlarutan di bilik Zainab tapi aku dan beberapa kawan bercadang
untuk study group di bilik perbincangan untuk memberi tumpuan lebih pada ujian
esok pagi tanpa mengambil tahu sangat pasal Zainab kerana ibunya ada di IKWAS
untuk menemani Zainab.
Sah2 la ibu Zainab sepatutnya
tahu bagaimana untuk mengatasi masalah Zainab itu.
Intermission...
Detik jam 10.15 malam,
tiba-tiba aku didatangi penghuluwati atau panggilan mesranya Fara memberitahu
aku yang ‟Tok‟ Zainab menyeru nama aku dan nama beberapa kawan dan ingin kami
diarah untuk mengadap dia (Tok).
Agak berderau gak la darah ni
sebab ini pertama kali aku secara tak langsung terlibat dalam situasi dengan
alam ghaib.
Dengan langkah berani dalam
takut (keliru dengan perasaan sendiri) aku terus menuju ke bilik Zainab dengan iringan beberapa kawan termasuk
penghuluwati.
Sesampainya aku di pintu bilik
Zainab, dengan lafaz bismillah aku melangkah masuk dengan sapaan
Assalamualaikum..
“Waalaikumussalam” Salam
aku dijawab oleh mak Zainab dan Kak Del yang ada bersama-sama di dalam bilik
itu.
“Assalamualaikum” Tok
(dalam jasad Zainab) pula bagi salam.
“Waalaikumusalam, Tok”. aku
menjawab salam Tok.
Sampai bila daa sesi salam bersalam...??
“Kau, Mahamad Shalleh (Mohd Salleh)?” tanya
tok
“ye saya..” jawab
aku ringkas
“Adakah
kau mau berkahwin?”. Tok memulakan pertanyaan.
“Mau..” jawab
aku ringkas
Gila kau siapa tak nak kawin??
Di usia aku ni dh kira miang dah, Cuma rupa jodoh tu tak nampak lagi... zabar
je le..
Tertanya juga mcm mana dia
boleh tahu nama aku? adakah dia benar-benar makhluk ghaib yang tahu serba-serbi
kejadian sekeliling melalui deria ghaibnya?
Tiba-tiba aku teringat yang
Zainab ada melihat biodata aku di dalam buku biodata ringkas yang aku sediakan
di kelas pada sebelah paginya membuatkan aku terfikir adakah Zainab ini sedang
berlakon? Atau dia benar-benar dirasuk?
”tapi belum rancang lagi Tok” sambung
aku dengan sengaja.
Saja nak kelirukan Tok sambil
terdetik untuk menguji sama ada Zainab ini berlakon atau tidak.
“Tetapi naluri manusia seperti
kau ingin berkahwin bukan?” sambung Tok lagi.
Aku hanya mengangguk sambil
mengiyakan dan sedikit meyakinkan aku bahawa Zainab ini sedang berlakon
memandangkan jawapan yang diberikan adalah umum..
“Adakah kau sadar yang kau
telah melakukan kesalahan?” Tok trus sambung soalan.
“eh, maaf saya kurang jelas
Tok...” Tanya aku sengaja pada hal aku tahu apa salah
aku.
“Kau telah mendatangkan aib
pada putriku (Zainab) ini... kau telah membuat rakaman pada kejadian semalam
bukan?” Sambung Tok lagi. Aku hanya angguk bersetuju.
“sesungguhnya perkara ini
boleh menggugat dan mendatangkan aib pada putri tunggalku dan keturunannya.
Adakah kau sadar semua itu?” sambung Tok lagi.
Aku pun terus mengangguk tanda
setuju tanpa suara.
“Aku minta maaf kerna aku
terpaksa meminta kau, Mahamad Shalleh.. agar kau segera musnahkan rakaman dan
salinan yang ada! Jikalau tidak, selepas detik 12 malam ini kau akan merasakan
bisa yang telah aku hantar ke dalam badan kau. Kau juga jangan tidak tahu yang
kau boleh terjun dari tingkat 3 tanpa sadar dan sabab (sedar dan sebab)...
blah.. blah...” berjela-jela Tok mengugut aku.
Aku tak ingat sangat smua
dialog Tok tu... angguk2 geleng2 je...
Tapi aku terus terang sikit
pun aku tak takut sebab dalam hati aku kata si Zainab ni berlakon untuk aku
hapuskan rakaman itu kerana ketika kejadian rasukan itu, memang terdapat
situasi di mana aurat Zainab terdedah.
Aku hanya ingat Allah s.w.t
sahaja dan Dialah satu-satunya yang aku takutkan.
Bila keluar dari bilik Zainab
tu, rupa-rupanya majoriti peserta lelaki sudah berada di sepanjang koridor
menunggu dengan perasaan ingin tahu apa yang terjadi di dalam bilik Zainab.
Setelah aku ceritakan apa yang terjadi di dalam bilik itu, mereka pula yang
lebih takut atau bahasa pasarnya lebih ”mengelabah”!!
Tapi aku sanjung dan berterima
kasih pada semua yang ada ketika itu, kerjasama yang mereka berikan sangat
baik.
”Ok, kau.. kau.. kau bawa
beberapa kawan pergi ke koridor sana. Kau pula bawa kawan gi tingkat atas. Kau
pulak gi tingkat bawah.. ketuk semua pintu tanya siapa ada ambil salinan
rakaman video tu terus padam on the spot ok.” Johny
sahabatku ketika itu memainkan peranan memberi arahan agar membantu aku
bertindak dalam kumpulan menurut permintaan Tok demi keselamatan aku.
Terharu juga la aku yang
kawan2 ketika itu benar-benar mengambil berat tentang aku. Aku juga turut
bersama-sama Johny dan Ejan pergi ke semua bilik untuk pemeriksaan kali ke-2
(double-check). Aku juga ditegah untuk bersendirian kerana risau aku akan
terjun dari tingkat 3 seperti mana sumpah Tok tadi.
Detik jam menunjukkan 11.45pm,
dalam erti kata lain lagi 15 minit sahaja masa aku untuk pastikan salinan
rakaman video itu terhapus atau aku akan merana. Macam filem seram suspen pulak
rasanya. Masa ni aku nak kata takut tak takut la tapi ada juga teringat dengan
keluarga terutamanya mak... nak telefon mak nanti dibuatnya risau mak tu, dia
sanggup datang Johor malam tu juga... lepas itu, teringat pula kawan aku di
Putrajaya, mana tau dia boleh tolong bagi tips apa-apa yang patut dari
Putrajaya tapi baru nak telefon, masa tu juga bateri telefon aku
habis...adoyai! memang Suspen habis... Sekejap lepas tu Tok memanggil aku
semula.
“bagaimana perkembangan kau?” tanya
Tok.
“dengan segala kudrat yang
saya ada, semua salinan video itu telah saya cuba padamkan namun lagi 2 lagi
tidak sempat saya sampaikan pesan untuk memadam salinan rakaman yang ada pada
mereka kerana mereka keluar kampus”. Jawab aku yg tiba2 bunyi
bahasa bugis gak..
“Benar..? mereka ke mana?” Tok
terus menanya aku.
“Maaf Tok saya tak tahu”. Jawab
aku
“Tidak mengapa kerna aku tau
kau memang bersungguh-sungguh ingin memadam rakaman itu kerna aku sentiasa
mengekori kau!” jelas Tok lagi.
“Sekarang aku memaafkan kau
dan aku berniat untuk mengeluarkan balik bisa yang telah aku hantar ke dalam
tubuh kau...sekarang kau duduk, kaki ditegakkan dan tangan letak di lutut.
Ingat, mulut jangan berhenti dari mengucap dua kalimah Shahadah, 3 Qul dan ayat
al-Qursi”. Terang tok sambil memberi arahan.
Aku pun menurut sahaja
kehendak Tok itu atas dasar menghormati Zainab. Mak Zainab yang ada di situ
juga gesa aku agar aku buat semua permintaan Tok. Lalu mula lah upacara
membuang bisa pada tubuh aku, mulut aku juga terkumat-kamit membaca apa yang
disarankan oleh Tok itu.
Aku dibelakangi Zainab jadi,
aku tidak tahu apa yang Zainab buat... adakah dia bersilat? Bertapa? Entah
la... Sekejap aku rasa badan aku dilibas dengan selendang hijau Zainab yang
mempunyai tulisan Ayat-ayat suci al-Quran itu, sekejap kepala aku diusap dan
ada juga sekali pinggang belakang aku ditepuk dalam upacara membuang bisa yang
memakan masa dalam 5 minit itu.
Setelah selesai, Tok minta
agar pintu bilik dibuka lalu memberi nasihat kepada semua yang
sedang ‟meyaksikan‟ upacara
membuang bisa ketika
itu agar patuh
dan tunduk pada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya.
Bila semuanya selesai, Mak Cik
(Mak Zainab) pun mula bercerita... katanya memang terdapat kes sebegini terjadi
di kampungnya suatu ketika dahulu dan sumpahan Tok itu didakwa benar-benar
terjadi.
Mak cik (Mak Zainab
membahasakan diri) juga sempat menceritakan pengalaman pelik ketika melahirkan Zainab, ketika itu
jam 1 pagi dengan cuaca hujan ribut petir. Zainab agak susah untuk keluar
(bersalin) ketika itu sehingga terdapat seekor katak besar sebesar penumbuk
tangan (dijangka kodok) melompat dan duduk betul-betul di atas perut mak cik barulah
Zainab senang dilahirkan.
Terdapat juga katak-katak
kecil berada di sekeliling rumah mak cik ketika itu seolah-olah memagari rumah
mak cik. Aku pun kurang pasti bagaimana nak membayangkan kejadian itu.
Allahuaklam.
Tiba-tiba... Ejan agak
terkejut sebab tiba-tiba dia perasan terdapat 3 tompokan titisan darah tercalit
pada bajunya. Namun, aku menyejukkan hati dia dengan menegaskan bahawa itu
hanyalah darah nyamuk.
Sebelum tidur malam itu, kami
digalakkan untuk berwuduk dan solat hajat memohon pada Allah s.w.t agar
dilindungi
Detik
12 Malam
Detik jam 12 malam pun tiba, mmg
saje je la nk gak tunggu tgk apa jadi, aku dpt ada gak la bbrp SMS dari
beberapa kawan menanyakan tentang keadaan aku termasuklah ibu Zainab.
Aku pun membalas perkara yang
sebenar yang sememamangnya aku biasa-biasa sahaja.. Alhamdulillah, tidur pun
nyenyak dan sihat wal-afiat sehingga hari ini (ketika menaip cerita ni la).
Disebabkan aku, Ejan dan bbrp
kawan lagi tak boleh tido, kami keluar kampus untuk hangout and supper.
Sekitar 3am kami balik kampus,
aku terus menuju ke bilik berseorangan tanpa rasa takut kerana aku yakin Allah
ada dan sentiasa melindungi hamba ini.
Aku mandi, solat Isyak
(terkandas sbb kena seru pye pasal) dan terus tidur lena... siap dengkur lagi
(Ejan yang cakap la). Malas fikir panjang tentang apa yang aku lalui malam itu
sebab nak hadapi ujian esok.
Hari ke-10 (Rabu) 23 Jun 2010
Hari terakhir kami berkursus
di IKWAS, seperti biasa sebelah paginya kami bersarapan sebelum memulakankan
kelas terakhir dan ujian bermula jam 10.10 pagi.
Alhamdulillah aku dapat
menjawab soalan dengan tenang tanpa diganggu oleh peristiwa yang berlaku di
saat-saat akhir kami berkursus itu.
Tapi jawapan ujian tu betul
atau tidak, tak pasti pulak..kihkihkih!! Selesai ujian seperti biasalah... Sesi
penutup plak...
perpisahan kali ini agak
janggal bagi aku kerana tiada tangisan atau kesedihan perpisahan kedengaran
seperti yang biasa aku lalui di kursus-kursus lain sebelum ini.
Sebaliknya aku lebih mendengar
“stay in touch ok...add me on FB (facebook)”.. ceh!!!
Setelah selesai
salam-menyalam, peluk-memeluk, cium-mencium (eh, ada ke..?), Aku pun terus
bergegas ke bilik, berkemas dan terus bersiap untuk pulang ke Putrajaya. Tak
sangka pula kami terserempak dengan Penghulu iaitu Jebat dan Penghuli pula Fara
(atau dah patut digelar bekas penghulu dan penghuli sebab kursus dh tamat..
heheh) di Hentian Rehat Pagoh untuk solat, apa lagi kami borak panjang sampai
tak perasan dah hampir 2 jam kami di situ. Selesai makan, borak dan solat kami
pun meneruskan perjalanan pulang.
Lepas drop Ejan di Putrajaya,
aku terus shoot balik rumah mak di Kajang.
Orang pertama aku ingin jumpa
ketika sampai di rumah semestinya ibuku... love you, miss you mom!!!
Alhamdulillah aku sampai di rumah jam 7.30 petang kerana berehat lama di
Hentian Rehat Pagoh tadi.
Sesampai di rumah, keluarga aku tiada
ketika itu kerana semua keluar berniaga dan pulang jam 11 malam. Tapi ada
kejadian agak pelik di mana ketika aku sampai di rumah, terdapat seekor katak
kecil sedang mengadap ke arah pintu dapur rumah mak. Aku malas nak memikirkan
perkara karut-marut, aku halau sahaja katak itu. Keesokkan paginya, katak yang
sama masih di depan pintu tetapi kali ini betul-betul katak itu berada di atas
kasut Crocs aku tu.
Hey... masih berfikiran
positif, aku angkat dan buang sahaja katak itu ke parit balakang rumah mak. Dan
selepas itu, semuanya menjadi seperti sediakala. Katak ini membuatkan aku
terfikir, adakah ini ada kaitan dengan cerita mak cik di saat Zainab dilahirkan
satu ketika dahulu...?? Anda Tafsirlah sendiri.
Penutup
Itulah pengalaman yang aku
sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai manis atau pahit.
Namun ia banyak memberi
pengajaran dan tauladan pada diri aku iaitu sentiasa menghormati hak orang lain
dan menjaga batas-batas sensitiviti kaum dan sesetengah pihak tertentu.
Aku juga ingin menegur sesama kita
termasuk diri agar jangan terlalu taksub dengan kuasa lain selain daripada
Allah s.w.t. kalau benar-benar ditimpa musibbah, itu hanyalah ujian dari Dia.
Hadapilah ujian dengan tabah dan bertawakal. Patuhi arahan-Nya dan jauhi
larangan-Nya, jaga Allah dan hak-Nya, insyallah Dia akan jaga kita…
mudah-mudahan… amin… wassalam..
Oleh : Mohd Salleh
No comments:
Post a Comment