Thursday, March 27, 2014

Surprised by Coincident events

Tanggal 17 Feb 2014, genap la umur Efah anak sulong ayah 1 tahun... banyak la hadiah efah dapat... mostly baju2 yang cantik2 dan comel... macam model dah Efah almari penuh ngan dress and gaun...

Sambutan serba serbi ringkas kat umah nenek Efah di Kajang
Banyak2 hadiah, ada 1 hadiah tu agak mushkil pembalutan dan pembungkusannya... Hadiah daripada Pak Tam dan Mak Tam Efah...
Motif? Ulangtahun Efah bagi Susu Ibu Mengandung???

Tau tak hadiah itu tidak diendahkan selama 2 hari sebab memang nekad kata dalam tu sampel pek susu untuk ibu mengandung..

"Apa adik abang ni nak ayang mengandung ke??? ke dia ingat ayang dah mengandung ke?" borak santai aku dan isteri..

"Entah la bang, orang dah bagi, amek je la...." Jawab isteri agak sempoi

Kotak tersebut dibiar dalam kereta terus di bawa ke Melaka, Kampung Isteri..
Makanya di sini baru la tergerak nak buka kotak tu, sebabnya baru terfikir

"apsal kotak susu, tapi ringan plak" detik hati aku...

Taraaaa...!!!!




Hampasgas tul.. rope2nye kotak je cover, dalamnye memang hadiah Efah... heheheh... Terima kasih Mak Tam and Pak Tam...

Comel tak modeling...
Tapi... Ceritanya belum habis lagi... Klik Read more kat bawah ni untuk baca selanjutnya...

Tuesday, March 25, 2014

Penerbangan MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.


Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.

Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.

"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung.

Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Dalam kenyataan ringkasnya, Najib berkata butiran terperinci akan diumumkan pada sidang media esok.

Tambahnya, maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan atas rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.

Najib juga memaklumkan bahawa anggota keluarga sudah diberitahu mengenai perkembangan tersebut.

"Bagi mereka, beberapa minggu yang lalu amat menyayat hati. Saya faham berita ini lebih sukar diterima. Saya menyeru pihak media menghormati privasi mereka, dan memberi mereka ruang menghadapi saat-saat sukar ini," kata Najib.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan rancangan sedang diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia, menurut laporan Sky News.

Sumber yang dipetik Sky News berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, selepas beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Manakala BBC memetik khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh MAS kepada keluarga terlibat, yang memberitahu bahawa tiada penumpang yang terselamat.

"Dengan penuh rasa kesal, Malaysia Airlines percaya bahawa tidak syak lagi MH370 hilang dan tiada yang terselamat,"‎ kata SMS sepertimana dipetik badan penyiaran Britain itu.

Petang tadi, Putrajaya mengesahkan pasukan penyelamat Australia sedang bergegas ke sebuah kawasan terasing di lautan untuk cuba mendapatkan serpihan yang dilihat sebelumnya.

Serpihan yang berbentuk bulatan dan segi empat itu merupakan peninggalan pertama penerbangan MH370 yang ditemui setelah 17 hari usaha mencari dan menyelamat yang paling besar pernah diadakan untuk sebuah pesawat.

Misi pencarian pesawat MH370 merupakan yang paling lama dalam sejarah penerbangan awam moden.

Rekod tempoh pencarian sebelum ini adalah 10 hari iaitu dalam nahas Boeing 737-400 milik PT Adam Skyconnection Airlines, yang hilang di perairan Sulawesi pada 1 Januari, 2007. - 24 Mac, 2014.

Seorang anggota keluarga penumpang MH370 tidak dapat menahan emosi dan terjatuh di sebuah eskalator di Hotel Lido, Beijing, selepas mendengar pengumuman terbaru yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines tersebut telah berakhir di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi. - Gambar Reuters, 24 Mac, 2014.

Wednesday, March 19, 2014

Soal Jawab: Berdosa Jika Berprasangka Buruk Ke Atas Suami Seperti Intip SMS, WhatsApp Dan Facebook

Sikap tak percaya boleh rosakkan hubungan


Soalan:
Berdosakah saya ustaz kerana tanpa pengetahuan suami sering mengintip beliau. Saya juga sering melihat mesej pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp juga Facebook beliau melalui telefonnya.

Suraya Sulaiman, Ipoh, Perak




Jawapan:
Berprasangka buruk terhadap orang lain adalah salah dan berdosa. Apa lagi sekiranya dilakukan terhadap suami sendiri. Sikap buruk sangka ini hanya merosakkan hubungan suami isteri yang sepatutnya dibina atas dasar kepercayaan.

Perbuatan mencari kesalahan suami dan memikirkan perkara negatif terhadap suami adalah dilarang seperti peringatan Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 12. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhi kebanyakan berprasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.”

Tindakan mengintip dan mencari kesalahan suami dengan memeriksa telefon bimbit, e-mel dan akaun Facebooknya juga adalah perbuatan yang salah dan tidak amanah. Selain ia melanggar hak peribadi suami, tindakan itu juga menggalakkan pergaduhan antara suami isteri. Tidak hairanlah Rasulullah SAW sangat membenci perbuatan ini.

Sabda Baginda: “Berhati-hatilah kalian daripada tindakan berprasangka buruk kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan.

Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling intip-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Berkenaan perbuatan tajasssu atau mengintip kesalahan orang lain, seorang sarjana Islam, Abu Hatim bin Hibban al-Busti menjelaskan dalam kitabnya Raudhah al-‘Uqala’: “Tajassus adalah cabang daripada kemunafikan, seperti sebaliknya prasangka yang baik adalah cabang daripada keimanan.

Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mahu membuatnya sedih dan berduka, sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita.”

Justeru saya menasihatkan puan agar beristighfar dan bertaubat daripada perbuatan dan kesalahan yang puan lakukan. Ia bukan saja bagi membersihkan dosa yang dilakukan, tetapi juga mengembalikan ketenangan dalam hati.

Ini kerana prasangka buruk terhadap suami pasti menyebabkan jiwa puan sering tertekan dan merana. Oleh itu hentikan segera perbuatan ini dan bertaubatlah.

Sekiranya ada sebarang isu berkaitan suami, sebaiknya puan berdepan sendiri dengan suami dan mendapat jawapan terus daripadanya. Jika berlaku krisis, carikan orang tengah yang mampu mendamaikan kedua-dua pihak.

Monday, March 10, 2014

MH370... Where are you???!!

-8 Mac 2014-

Macam biasa la aku balik kampungku yang jauh di sana, Kajang... daripada rumah aku amik masa 15 minit la jugak drive ke sana tu... almaklum la dh jadi pemastautin Putrajaya ni..

Walaupun jumpaan tiap minggu dengan family, keterujaan masih ada..
Pagi tu aku balik awal sebab nak bekfast ngan adik-beradik, kononnye padahal aku tau adik aku Atam tu balik kampung jemput kluarganya ke sini... baru dapat anak ke-2.. katanye.. lari tajuk jap..

Mak aku lak tetiba nak bagi pasu and benih pohon ulaman... mmg plan dh lama pn tp nanti dapat rumah baru nak buat.. maklum la skrg ni duk apartment koters, mcm leceh la nak bercucuk tanam...
Tp mak aku ni lak terlebih positip lak pagi tu... "aku kata boleh, boleh la.. kalau tak boleh, kita bolehkan ia..!!" Kata mak... so aku pasrah la...

Tiba masa si Efah nak tito... Wife aku yang tidurkan.. dalam menjengah anak dah tido ke belum, aku buka la sematfon aku ni.. tak ada internet koneksyen.. so niat saje2 register data plan untuk 1 minggu nk tgk perkembangan semasa dlm fb, tweeter (yg aku tak aktif sangat pun tu) tp yang masuk/incoming chat kat wasap terutama dlm grup OD6 aku ni pasal flight went missing on air... "ehmm.. teknikal problem la tu.. sat lagi jumpa la balik tu..." kata hati aku bersahaja...

Dalam chatting tu juga ada la kwn yg mngaku ada kwn MAS, AirAsia, Malindo, Black Hawk, British Air, Dubai Airways... macam2 lagi la.. pastu kejap kata dah jumpa, kejap kata pelesu, kejap kata selamat, kejap kata terhempas..

Time ni baru aku tergerak nak tgk TV... Perghhhh!! Terferanjat aku... its a big crisis.. Internationally...
Aku tak berani nak cerita panjang.. ada gak ter'emo skjp..

Now, since entering 3 days lost yet not found the MH307.. it sadden me more... I know i got nothing to do with it but honestly its just really really gets me.

terkenang masa arwah adik "pergi".. cuma masa tu jelas2 la adik meninggalkan kami sekeluarga.. Dalam pasrah dan Redha... Sebak pilu melanda.. terutamanya mak, yang terlampau sedih hingga tiap maghrib mak melawat kubur arwah... So nak dibandingkan dengan Misteri MH307 ni.. TAK TERKATA... mak dgr berita MH307 ni pun menitis gak air mata...

Ye la.. Hilang macam tu saja.. tiada kabar berita.. perghhh!! tak tertaip apa aku nak taip lagi...

Cuma harap keluarga mangsa tabah dan bersedia dengan jawapan mendatang... Berserah kepada Allah s.w.t

This is some posts on sosial web across the globe... pyaring for miricles