Macam biasa la aku balik kampungku yang jauh di sana, Kajang... daripada rumah aku amik masa 15 minit la jugak drive ke sana tu... almaklum la dh jadi pemastautin Putrajaya ni..
Walaupun jumpaan tiap minggu dengan family, keterujaan masih ada..
Pagi tu aku balik awal sebab nak bekfast ngan adik-beradik, kononnye padahal aku tau adik aku Atam tu balik kampung jemput kluarganya ke sini... baru dapat anak ke-2.. katanye.. lari tajuk jap..
Mak aku lak tetiba nak bagi pasu and benih pohon ulaman... mmg plan dh lama pn tp nanti dapat rumah baru nak buat.. maklum la skrg ni duk apartment koters, mcm leceh la nak bercucuk tanam...
Tp mak aku ni lak terlebih positip lak pagi tu... "aku kata boleh, boleh la.. kalau tak boleh, kita bolehkan ia..!!" Kata mak... so aku pasrah la...
Tiba masa si Efah nak tito... Wife aku yang tidurkan.. dalam menjengah anak dah tido ke belum, aku buka la sematfon aku ni.. tak ada internet koneksyen.. so niat saje2 register data plan untuk 1 minggu nk tgk perkembangan semasa dlm fb, tweeter (yg aku tak aktif sangat pun tu) tp yang masuk/incoming chat kat wasap terutama dlm grup OD6 aku ni pasal flight went missing on air... "ehmm.. teknikal problem la tu.. sat lagi jumpa la balik tu..." kata hati aku bersahaja...
Dalam chatting tu juga ada la kwn yg mngaku ada kwn MAS, AirAsia, Malindo, Black Hawk, British Air, Dubai Airways... macam2 lagi la.. pastu kejap kata dah jumpa, kejap kata pelesu, kejap kata selamat, kejap kata terhempas..
Time ni baru aku tergerak nak tgk TV... Perghhhh!! Terferanjat aku... its a big crisis.. Internationally...
Aku tak berani nak cerita panjang.. ada gak ter'emo skjp..
Now, since entering 3 days lost yet not found the MH307.. it sadden me more... I know i got nothing to do with it but honestly its just really really gets me.
terkenang masa arwah adik "pergi".. cuma masa tu jelas2 la adik meninggalkan kami sekeluarga.. Dalam pasrah dan Redha... Sebak pilu melanda.. terutamanya mak, yang terlampau sedih hingga tiap maghrib mak melawat kubur arwah... So nak dibandingkan dengan Misteri MH307 ni.. TAK TERKATA... mak dgr berita MH307 ni pun menitis gak air mata...
Ye la.. Hilang macam tu saja.. tiada kabar berita.. perghhh!! tak tertaip apa aku nak taip lagi...
Cuma harap keluarga mangsa tabah dan bersedia dengan jawapan mendatang... Berserah kepada Allah s.w.t
This is some posts on sosial web across the globe... pyaring for miricles
No comments:
Post a Comment