Doktor mengesahkan Xiao Zhao dalam keadaan stabil di hospital (Gambar: CEN) |
Xiao Zhao kini digelar "Bayi Ajaib" selepas pulih daripada kecederaan dan tidak mengalami sebarang trauma.
Polis di tempat kejadian di Xiamen , China, melaporkan bahawa bayi seberat 4.2kg ditemui terbaring tiga meter dari badan ibunya apabila mereka tiba.
"Apa yang kami dapati dari saksi dan keluarganya bahawa wanita itu, Wang Zhau, 40 tahun yang sedar dia sudah sampai masa bersalin telah pergi ke tempat kerja suaminya, Mao Zhau, 42 tahun pada jam 8:30 pagi. Suaminya yang cemas terus membawa isterinya yang sarat dengan motosikal ke hospital tanpa menunggu ambulans". Jelas jurucakap hospital Chan Chien .
Beberapa saksi mendakwa bayi itu telah lahir sebelum perlanggaran dan ibunya telah mencampak keluar bayinya itu dengan harapan bayinya akan selamat. Manakala, ada juga yang mendakwa bayi itu terpelanting saat keluar dari rahim ibunya.
Bayi ajaib ini menjadi tajuk utama semua akhbar di China. Xiao Zhao akan diserahkan kepada waris apabila disahkan sembuh.
IbuBapa Xiao Zhao bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital akibat pendarahan. Orang ramai yang simpati menyumbangkan perkakasan bayi dan wang tunai untuk bayi yang yatim piatu disaat kelahiran itu.
Polis mengesahkan mereka telah menahan pemandu lori berkenaan yang berusia 45 tahun untuk soal siasat..
No comments:
Post a Comment