Tuesday, May 27, 2014

Salahkah aku...? (Bahagian 1)

Hari ini, ada insiden yang buat aku teringat semua yang pahit2 belaka..
Jadi, maafkanlah aku kalau aku nak luahkan di sini...

Salahkah aku???
Bukan nak menegakkan benang yang basah, cuma para pembaca cuba hayati sendiri olahan persepsi aku ni... *maaf kerana aib hamba Allah mungkin terdedah... kalau tak minat mengorek atau terasa berdosa membaca, berhentilah di sini ye... terima kasih



Cerita ni masa mula2 aku kenal seorang mamat ni, aku gelar shj dia sbg A...
(dalam entri2 sblm ni pun byk pasal dia gak, saje je reintro lik.. hahaha)
Seorang lelaki yg aku nmpak mcm boleh dijadikan kawan or sahabat... setelah aku mendekati dan menjadi rapat... alhamdulillah.. di awal perkenalan mmg sangat manis.. dia bercakap ke arah keagamaan (Islam itu best).. mengajak aku ke ceramah2.. selalu ajak berjemaah di rumah2 Allah... ayat yang simple aku leh describe, bahagia la berjumpa dgn kwn sedemikian.. yg mengajak ke arah kebaikan...



tapi... jeng jeng jeng... semua itu hanya sandiwara... in the end, semua kebaikan dia itu, cuba korang negatifkan... ha, cam tu la, sejibik je apa yg korang bayangkan... but dia bkn gay ok, kot2 ada yg terfikir ke situ gak...
maksud aku, setelah beberapa lama kenal, dia mula tunjuk diri dia yg sebenar, ego, bongkak, paling annoying bg aku iaitu dia suka or terlampau2 dan teramat2 bersangka buruk terhadap kawan2... Atas tiket luahan hati kepada kawan (aku le masa tu), dia tabur fitnah dan umpat hampir semua kwn2 dia... ha, nanti la aku olah slow2..

hari ini (Masa menaip ni..) aku terkenang kenapa la aku sanggup bertahan dgn dia pdhal sebenarnya aku dh dapat bau dan baca, 1 hari nanti, aku akan berada di tempat kwn2 dia itu... Just nak maklum, dah jadi pun...
ok la, nak intro je, terpanjang la story mory... meh baca insiden pengalaman aku ni... sementara aku tgh rajin mengingat dan semangat nak menaip...

Cerita 1
Gagal guna kuasa veto, salahkah aku?

1 hari si A ni ajak kami sekawan 4 orang ni termasuk aku ke jamuan doa selamat pak cik dia di Muar, Johor.. biarla aku gelar kwn ni B dan C.. si B ni girl ok... kami semua sejabatan, bahagian je lain2...

si C lak ada kereta dan katanye nak balik Muar, kebetulan orang Muar juga... jadi aku bawa kereta aku sebab kami pye plan balik lain2... so ada 2 kereta la akan ke rumah Pakcik A ni...

si B ni lak dah nak kawin masa tu.. alang nak ke Muar, si B ni ajak la kami semua singgah ke Tangkak sebentar kot2 bleh bli skit2 barang persiapan kawin nanti... setelah singgah di rumah keluarga A, letak luggage dan kami jalan2 la sebentar. Singgah makan RnR mana ntah, dah tak ingat... si A ni acap kali menunjukkan resah gelisah takut tak sempat ke jamuan pakciknya jika kami singgah ke Tangkak.. Jam menunjukkan 10am... Tangkak pula, 10min drive je lagi ke depan..

Di sini la A mula meninggi suara kepada B...

A: Plan asal kita ke sini buat apa? Aku rasa tak payah la pergi Tangkak tu, plan lain kali je...
B: Ala, depan tu je dh nak sampai pun alang2... tinjau2 sejam, sempat pe gi umh pakcik ko tu...
A: Ni yg aku malas ajak perempuan ni, pentingkan diri je..
B: Ye la, lain kali tak payah la ajak aku kalau dah rasa mcm tu...

Jadi, B mula menitis air mata atas sindiran A tu... aku dgn C lak senyap je la, diam membisu sbb bkn isu kami pun... mgkin la salah aku tak cuba nasihat or tegur 2 org tu...

Ingatkan A ni ada perikemanusiaan kot nak pujuk balik, masuk je dalam kereta...

A: Dah la B oi, tak payah la nak berlakon nangis2 pulak... aku tetap nak gi rumah pakcik aku.. itu plan asalnya...
B: Mmg sial kan mulut kau!! ko nak pergi umah pakcik ko tu, ko je la pergi.. aku dah tak ada mood.. aku nak balik... on the spot...
A: ok je, ko cari la kereta lain, ni kereta salleh... salleh, ko nak umah pak cik aku tak???
Salleh: aku mmg nak pergi, tapi kalau B nak balik, aku rasa baik aku hantar dia... sbb dia kan perempuan, aku dah bawa dia datang.. aku rasa tanggungjawab aku untuk jaga keselamatan dia...
A: fine, berhentikan aku kat tepi... aku nak naik kereta C gi umah pakcik aku...

A terus call C untuk tukar naik kereta C di hadapan...

A: Cepat la berhentikan aku kat sini, aku belum nak balik...
B: Sabar la sial, pukimak... aku berhenti kat bastop depan tu...!!

sejurus B turunkan A, terus drive untuk pulang ke rumah A... nak ambil luggage and terus shoot balik Putrajaya..

dipendekkan cerita... selang beberapa hari kemudian.. aku dan A berjumpa semula.. cuba postmortem apa yang telah terjadi semasa di Muar... haaa... tgk dialog aku dan A ni

A: aku marahkan ko leh (Salleh short form)... sepatutnya kuasa di tangan ko sbg tuan kereta masa tu... tetapkan arah tuju... kalau nak ke rumah pakcik aku, ke sana je la diutamakan... ni kau senyap, mcm tak ada akal..
Salleh : @#$%^&**&^%$#@ (dalam hati) diam seribu bahasa membenarkan A menang..

Dialog tu aku shortkan sbb A ni tak nak mengalah... sepanjang2 postmortem tu, pi mai pi mai tetap dia faktakan kesalahan kat aku... so, aku nak buat mcm mana lagi... Salahkah aku???
Mungkin...

Cerita 2 nanti entry baru...

No comments:

Post a Comment