Thursday, July 3, 2014

Sindrom Kaki Resah

Restless Leg Syndrome
(Sindrom Kaki Resah)

Juga dikenali sebagai Sindrom Wittmaack-Ekbom merupakan sejenis sakit saraf yang boleh dikenalpasti melalui rasa inginnya menggerakkan bahagian badan untuk melegakan rasa tidak selesa atau rasa yang janggal di bahagian badan berkenaan. Ia selalunya berlaku di kawasan kaki, tetapi boleh juga berlaku kepada lengan, badan dan kaki kudung. Menggerakkan kaki (atau bahagian yang berkenaan) dapat mendatangkan kelegaan buat sementara waktu sebelum ketidakselesaan itu berulang kembali.


Sekadar Hiasan

Sindrom Kaki Resah ini boleh disamakan dengan rasa gatal atau seperti digeletek di dalam otot kaki, seolah olah rasa gatal yang tidak boleh digaru atau 'rasa digeletek yang tidak boleh dihentikan'. Rasa gatal atau geli geli ini bermula dan memuncak sewaktu dalam keadaan sedar (terjaga) seperti sewaktu sedang berehat, membaca, belajar, atau sewaktu cuba untuk tidur. Sebagai tambahan, kebanyakan individu yang menghidapi masalah ini mempunyai tindakan reflex pada kaki sewaktu tidur, yang merupakan satu petanda besar bagi masalah ini yang juga selalunyai disertai oleh masalah sukar tidur. Bagi individu tertentu, masalah ini mungkin lebih serius berbanding individu yang lain kerana simptom simptom bagi individu yang berbeza adalah berbeza.

Masalah ini boleh berulang sekiranya seseorang itu berhenti bergerak (serta merta atau setelah beberapa ketika). Sindrom ini boleh bermula pada mana mana peringkat umur, termasuk kanak kanak dan boleh menjadi bertambah teruk sewaktu meningkat dewasa, dan bagi sesetengah yang lain, masalah ini boleh hilang dan secara tiba tiba datang kembali. Dalam survey yang dilakukan terhadap pesakit yang menghidap sindrom ini, dikenalpasti sebanyak 45% pesakit yang menghidap masalah ini mengalaminya sebelum umur 20 tahun.

„Rasa perlunya bergerak, selalunya disebabkan rasa sangat kurang selesa yang terjadi terutamanya di kaki, tetapi kadangkala boleh berlaku di lengan dan juga tempat tempat lain“
Pesakit pesakit sindrom Kaki Resah ini sukar untuk menggambarkan tentang kesakitan yang dialami kerana kepelbagaian di antara individu individu. Walaubagaimanapun, selalunya mereka akan menggambarkan masalah yang mereka alami adalah seperti „semut bergerak“ di dalam otot, elektrikal, sesuatu menjalar, rasa sakit, gatal yang tidak boleh digaru, rasa sesuatu mencucuk cucuk seperti jarum atau pin, rasa seperti ditarik tarik, dan rasa kebas. Ada juga individu yang tidak menampakkan tanda tanda seperti yang diatas, tetapi sebaliknya juga mempunyai rasa/ keinginan untuk menggerakkan kaki bagi melegakan rasa yang kurang selesa tersebut.
Antara gejala lain yang juga disebabkan masalah ini ialah otot sukar untuk relaks, yang diekspresikan oleh pergerakan kaki yang perlu untuk melegakan keinginan untuk menggerakkan kaki tersebut.

Pergerakan selalunya dapat melegakan masalah ini, walaupun hanya buat sementara waktu sahaja. Selain daripada berjalan, antara aktiviti yang dapat melegakan masalah ini ialah menggeliat (di kawasan kaki), dan yoga. Individu  yang menghadapi masalah ini juga melegakan rasa kurang selesa yang mereka alami pada bahagian kaki dengan meggerak gerakkan kaki sewaktu duduk (menggetarkan kaki).

Apa yang boleh menambah burukkan lagi rasa kurang selesa pada kaki ialah duduk diam. Duduk atau berbaring (menonton tv, membaca, sewaktu dalam kapal terbang), dapat menambahburukkan keadaan individu yang menghhidapi masalah ini. Keseriusan masalah bergantung kepada jenis sindrom Keresahan Kaki yang mereka alami.

Punca masalah Keresahan Kaki:
Hipotesis yang kukuh mengatakan bahawa, punca masalah ini adalah disebabkan oleh ketidak aturan sistem Dopamine dan zat besi dalam badan dan otak. Hipotesis ini dirangka berdasarkan ujikaji ahli sains yang mendapati individu yang diberikan rawatan menggunakan zat besi dan levodopa (pro-drug bagi dopamine) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier (pemisah antara tisu otak dan darah), (yang ditukar di dalam otak menjadi Dopamine) boleh merawat pesakit yang menghidapi masalah sindrom ini. Levodopa merupakan ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Parkinson yang disebabkan oleh kurangnya hormon dopamine dalam otak. Segelintir individu yang mempunyai masalah sindrom kaki resah ini sedikit sebanyak menunjukkan kekurangan zat besi di substantia nigra (bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap masalah parkinson).

Antara masalah yang selalu menyebabkan sindrom ini ialah kurangnya zat besi (ferritin dalam badan kurang dari 50 microgram/L). Masalah kekurangan zat besi merupakan 20% daripada punca penghidap sindrom Kaki Resah. Kondisi lain yang boleh juga menyumbang kepada masalah sindrom ini ialah:

Varicose vein
Kekurangan folate
Kekurangan Magnesium
Fibromyalgia
Tidur terganggu oleh pernafasan tersekat
Uremia
Diabetes
Masalah kelenjar tiroid
Parkinson
Sjogren disease.

Ubat ubat tertentu juga boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih rumit:

Ubat anti-dopamine (anti muntah)
Ubat antihistamine yang tertentu
Antidepressant tertentu
Antipsikotik
Kurang gula dalam darah (hypoglycemia)
Berhenti dari dadah opioid (Morfin)

Sindrom ini boleh menjadi bertambah teruk dengan sebarang pembedahan. Selain daripada itu, kemalangan di bahagian belakang badan juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Tiga Jenis sakit lain yang mempunyai tanda tanda dan simptom yang hampir sama ialah:
Peripheral neuropathy, radiculopathy and krem di bahagian kaki.

Rawatan bagi sindrom ini ialah mengambil ubat, yang mana ubat tersebut sememangnya boleh menyebabkan muntah muntah atau loya. Ini dinyatakan oleh wakil Mayo Clinic:

An algorithm created by Mayo Clinic researchers and endorsed by the RLS Foundation, provides guidance to the treating physician and patient, including non pharmacological and pharmacological treatments. Treatment of primary RLS should not be considered until possible precipitating medical conditions are ruled out, especially venous disorders. RLS Drug therapy is not curative and has side effects such as nausea, dizziness, hallucinations, orthostatic hypotension and daytime sleep attacks. In addition, it can be expensive (about $100–150 per month for life), and needs to be considered with caution

A meta-analysis published November 2007 combined previous 6-12 week long placebo-controlled studies done for ropinirole which was the first medication to receive Food and Drug Administration approved labeling for use in RLS and pramipexole to indirectly compare adverse reactions and efficacy. It found that while both drugs had the same efficacy, pramipexole had significantly lower incidences of nausea, vomiting and dizziness. This led the authors to conclude "differences in efficacy and tolerability favouring pramipexole over ropinirole can be observed."

Sebagai langkah awal yang semulajadi, pastikan kita mengambil zat besi secukupnya untuk mengelakkan kekurangan zat besi dan masalah pembentukan dopamine di otak.

No comments:

Post a Comment