Thursday, March 9, 2017

Hot BR1M 2017, Salah siapa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hot isu semasa #BR1M2017

Untuk makluman Saya juga merupakan salah seorang penerima BR1M  tanpa gagal sejak ia mula diperkenalkan oleh PM. Terima kasih kerana sedikit banyak, tidak dinafikan sumbangan itu membantu saya dan keluarga. Ye saya memang dikategori miskin bandar, wife surirumah dan hanya mengambil upah jaga baby. #mohonjangankecam

Namun, bagi keputusan BR1M Tahun 2017 ini, sikit sebanyak telah merosakkan perancangan kewangan saya bagi bulan Februari 2017. Status permohonan saya adalah sama seperti status kebanyakan iaitu 
'TIDAK LULUS - perlu pengesahan pendapatan (ssm)' 

Saya telah over spend gaji Februari 2017 dan bersangka BR1M can cover up later. Sadly, kena korek tabung.. Sib baik la ada tabung.. 😊 

Di sini sengaja saya nak highlight kenapa mostly pemohon yg gagal (TIDAK LULUS) agak marah dengan keputusan itu hanya kerana alasan daftar ssm. 

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula memberi kenyataan tegas bahawa pendaftar ssm bukanlah tidak layak terus menerima BR1M tahun ini kerana ia bukanlah kriteria utama untuk menentukan kelayakan pemohon. Mereka cuma dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan lanjutan dalam tempoh Rayuan dibuka kelak.

Tapi, tak boleh juga nak salahkan Pemohon semata kerana punca salah anggap ini lebih tertumpu kepada pihak LHDN sendiri. kenyataan yang agak berani saya luahkan.. ini kerana secara jelasnya keputusan atas talian yang terang dan nyata iaitu
'TIDAK LULUS' (Perlu pengesahan pendapatan ssm).

Kenyataan (NOTA PENERANGAN) di bawah keputusan itu juga jelas menyatakan maksud masing2.. seperti di baris akhir bawah sekali iaitu
TIDAK LULUS - PERMOHONAN TIDAK LULUS/TIDAK BERJAYA (full stop).
Maksudnya tak layak terus, nak merayu airmata darah pun, tak guna dah non..

Maksud saya di sini jika perlu pengesahan lanjutan, bukankah keputusan yg sepatutnya dipaparkan adalah 'DITANGGUHKAN'?
Fikir2kan la ye...

Satu lagi yg agak personally terkena, yg juga mungkin telah menyuntik pertambahan kemarahan pemohon lain iaitu Tarikh/Tempoh Pembayaran BR1M yg boleh dianggap telah kompromi.. Janji bayar bulan Feb, tapi result saja br kluar awal Mac. So tarikh pembayaran dah jelas2 lari dr tarikh yg telah dijanjikan.

Walaubagaimanapun, saya menyeru (tu dia macam ketua kampung) agar smua pemohon yg seangkatan dgn saya mengambil langkah keterbukaan dalam kes ni. Kesilapan may occur becoz we r indeedly humans.. 

Sistem eBR1M tu pun dibangunkan oleh manusia kan...

Insyaallah kalau dah tertulis rezki, tak ke mana...

Now MoF pun dah umum berita baik kan? Adakah kita tersenarai dalam senarai 700 ribu itu? Insyaallah
#jommenabung
#suruhanjayasyarikatmalaysia
#lembagahasildalamnegeri
#kementeriankewangan
#BR1M2017

No comments:

Post a Comment