17 Mac 2017 - Sambungan selepas Pakej Snorkeling 3H/2M di Mutiara Beach Resort, Redang, kami peruntukan setengah hari lagi untuk jalan2 pusing2 Kuala Terengganu, walaupun tak banyak premis buka sebab hari itu adalah hari Jumaat, hari cuti umum bagi Negeri Pantai Timur.
1st port is of course Makan.. Lunchy.. mak lak gastrik, tak leh tunggu lama2.. tapi pusing punya pusing, payah juga nak cari kedai makan yang buka hari Jumaat nih.. Alhamdulillah tak sampai setengah Jam pusing, jumpa pun kedai makan Haji Basir, tapi tak shoot pic la masa tu, smua lapar tahap gaban... so melahap la kami semua kat situ.. sedap gak la lauknye, asal mak leh makan tu kira ok la... sbb kalau ikut aku, tak tahu menilai, bedal je.. hahahaha
2nd port lepas lunch kami ke Pasar Payang (aka Central Market kat Terengganu) lak.. as i mention before, banyak premis tutup or half day hari jumaat ni.. Tapi gagahkan juga masuk dalam, mana tahu ada rezki..
ada la juga berapa kerat kedai yang buka... |
"ATM bank" bergerak Leha, cucuk je bila perlu... hehehe |
some of pics tak tahu kenapa tiba2 ter set up date advanced lak... tarikh sebenar ialah 17 Mac ye...
Lepas menyopping, gi Hi-Tea kat Ikan Celup Tepung di D’Coconut, Pantai Teluk Ketapang.. Nama je hi-tea tapi smua minum Air Batu Campur or Coconut Shake, maklum la panas kot petang2 nih..
dah kenyang, terus menuju ke Masjid Trademark pulak.. Sejid Kristal la.. apa lagi...
Kiri mak mertua, Kanan mak kandung.. kira bestfriend Biras la nih... |
Lepas solat Maghrib di Masjid Kristal, apa lagi.. balik la.. tapi disebabkan keletihan semua kami tak dinner kat kedai, tapau je.. singgah gerai tepi jalan je, kat sini kami diuji lak oleh Allah.. order 5 bungkus tapi tunggu 45 minit... dah tu sampai Homestay Serai Kayu kami tempah tu, mmmm makanannya kurang memuaskan lak.. Allahuaklam... tapi kami dh lapar tahap gaban, balun je le... rezeki kan...
OK thats all pengalaman kami (mostly mine) holiday ke Terengganu 3H/3M bermula 15 Mac 2017 sehingga 17 Mac 2017... selepas bermalam di homestay, kami bertolak balik ke Selangor pagi 18 Mac 2017...
Great experiences... thanks sudi baca ya...
No comments:
Post a Comment