SWCorp telah menganjurkan Program Kempen Kitar semula iaitu Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) funwalk pada 18 Nov 2017 (Sabtu) di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
Poster hebahan |
So aku pakat la ajak ipar duai join.. memeriahkan..
pulun la smua untuk memenuhi syarat no 3 tu.. habis clean smua laman rumah dikumpul botol2.. hahaha ada positif impak di situ.. bersih
so, dh siap kumpul and daftar awal, kami pulun la pulak gi tuntut t-shirt dan kupon awal yang dibuka 16 Nov 2017, 2 hari sebelum hari kejadian. Elok juga buat mcm ni, elakkan sesak di hari kejadian nanti..
Siap masuk lensa SWCorp and post FB mereka... jangan tanye Siapa mamat tengah yg jeling tu? kami tak kenal :p |
dapat la kaut set hampir 20 T-shirt ngan kupon and lucky draw slip..
18 Nov 2017
Kononnya boleh la bangun awal siap2, and terpacak kat floria tajam 7am.. hampeh.. ngan siapkan puteri2 ni masyaallah.. akhirnya tiba lewat gak dalam 7.15am di tapak program..
dengan parkingnya yang limited, dah sedia maklum pun kalau buat event besar macam ni kan.. hadap.. dengan main masuk je ruang parking sementara yg berbecak, hampir2 sangkut tayar dalam becak tu.. istigfar panjang aku doa harap2 tak sangkut, jenuh nak minta tolong org tolak nanti.. alhamdulillah main drift la gak tayar dalam becak tu, tp aku paksa tekan minyak sampai berjaya keluar.. hahaha
adik2 lak gerak daripada Kajang, sbb dh diaorg org kajang, so dari kajang la mereka bertolak.. tak tau pukul brp gerak yg penting diaorg lagi awal dari kami yg pemastautin putrajaya nih.. hahahah
so set up stroller soffiya and bergerak la kami ke tapak program.. masyaallah lautan manusia berbaju putih.. adik2 aku pula pandai ikhtiar buat penanda kumpulan dengan mengenakan cap merah.. syabas.. layan la beberapa keping gambar yg sempat snap sewaktu ketibaan ni..
Screen shot Whatsapp.. misi mencari group.. hahaha perlu ke?? |
ni baru beginning dah kelam kabut mak bapak nak kontrol anak2.. sekejap tu hilang, sekejap ni hilang.. nasib la kalau anak ramai.. hahaha all need to keep eyes on each others...
so sesi warm up yg suam2 suku sebab kami di baris blkg sekali.. antara dengar tak dengar MC depan berucap.. tau2 dh start kemuncak utama program iaitu funwalk 2km..
sama2 berjalan ada la beberapa ketul maskot2 yang join.. tapi sayangnya kami terserempak Mickey and Miniey Mouse je.. katanya ada Ironman, Ultraman, Didi and Friends tp smua di checkpoint 1km... kami tak sampai pun sebab slow ya amat.. and marking ko sampai checkpoint, dapat popcorn dalam balang 120g.. ada la team bdk2 daripada grup kami dapat, sementara masih cergas, pergi la nak... hahaha
Selesai berjalan, back to base utk sesi cabutan no bertuah pulak.. sesi awal kami smua yg hadir ni tak bertuah langsung... so selingan pulak program yg macam dlm poster tu.. ada persembahan, games tp kami santai je tepi padang.. adik lak bawa tikar, apa lagi tebar and enjoy.. while anak2 naik funride and free games disediakan.. bak kata org, berbaloi habis la kalau datang.. terutama budak2 memang enjoy habis... ada giant bubble, fishing games, giant trampolin.. sayangnya smua tu tak teringat nak snaps.. huh
dapat snap gambar train drum je.. kena la dengan konsep kitar semula kan.. tong2 besar tu jangan buang, kumpul cukup korum boleh kreatif jadikan kereta api mcm tu.. hebak2..
pameran2 pun tak sempat snap sebab so crowded... lemas.. ni ada la amik dr sumber2 terbuka terutamanya fb SWCorp sendiri.. smua ni asalnya daripada pertandingan, kiranya hasil ciptaan pemenang2 la ni..
Penganjur ada sediakan sarapan percuma iaitu roti gardenia perisa vanilla and butter scotch. air pula mineral water spritzer.. amik la byk mana pun, terbuka je..
bila jam menunjukkan 9.15am, baru terfikir nak redem kupon yang diberi iatu RM10 (divided with rm2, rm3 and rm5)
tengah beratur kononya nak heavy breakfast, roti je mana kenyang beb.. tgk que dia je masyaallah..
aku pun tak tahu que apa aku beratur, sebab terserempak rakan pejabat, beratur je la join dia.. lompat2, tinjau2 baru confirmed line nasi ayam penyet Surabaya. As we all know nasi ayam penyet ni mmg originalnya daripada indonesia kan... so mesti sodap.. so gagah la aku statik beratur situ.. adik2 ada la gi line foodtruck lain..
aku ingat jelas start beratur 9.25am.. dapat makanan, sekitar 11.55am.. korang bayangkanlah.. adik2 aku lain beratur nasi lemak, kebab kejadah smua tu tak kesampaian merasa makanan yg diberaturkan itu (rosak bahasa hahaha). sama ada diaorg surrender sebab panas atau kehabisan stok.. contoh adik aku si atam, beratur kebab, sadis bila penjual jerit "Kebab habis!!!".. tak ada rezki ko la tam.. si aini lak (adik perempuan) beratur kat nasi lemak kampung pandan, dimaklumkan hampir pitam.. suami dia aka adik ipar aku suruh surrender je.. makan nasi ayam penyet je la smua.. hahaha
nasib baik aku statik beratur kat nasi ayam penyet, mula2 plan 8 bungkus.. tiba2 yg cancel and stok habis td tu kumpul order kat aku makan nasi ayam penyet ni gak.. kumpul2 smua kupon order 15 bungkus nasi ayam... sebungkus RM12x15unit=RM180.. Kupon seorang RM10 je.. so kena Plus RM2.. tapi dah namanye rezeki, ada member tak sanggup stay, hulur kupon ke aku.. dapat la tokok tambah.. memang tak plus pun RM.. ok la kan.. hahaha
Ini line utk Nasi Ayam Penyet Surabaya |
Ini la hasil beratur lebih 2 jam di bawah matahari.. nasib baik sedap.. alhamdulillah |
1st Grand prizes iaitu TV Samsung 49inci and Mountain Bike dah pun ada pemenangnya... bukan rezeki kami...
tanpa diduga nombor aku terpilih untuk dapat basikal dewasa.. nombor 1002..
see any brand printed?? tak kisah la.. janji basikal.. rezeki.. hahaha
mmg tak pernah aku dpt grand prize sebelum ni mana2 program cabutan bertuah.. sekali tu masa perhimpunan pejabat, dapat la tupperwear kecik kalau nak diamik kira pun... hahaha
alhamdulillah
see the number on that bike? 15... basikal ke 15 which means basikal terakhir... hahah tapi aku sebenarnya dapat yang ke-13, warna merah.. ini tukar suka sama suka dgn pemenang bertuah no 15 je sebab warna biru... hehehe
Terkesima gak tgk adik2 lain menunggu dengan penuh harapan untuk menang cabutan bertuah hari tu.. tapi tu la tak ada rezki.. program lain mungkin... insyaallah
bukan itu sahaja rezeki aku hari tu.. masa nak balik, alang2 dengar no cabutan untuk 180 hadiah lain tu, terdengar macam nombor aku kena lagi.. 3499.. boom.. memang betul.. dapat pulak water kettle (Jug elektrik untuk jerang air) jenama Philips 1.5L (siap lengkap info.. hahaha)
harga di Lazada.. sempat lagi mencari harga hahahaha |
Alhamdulillah, double strike luckydraw aku hari tu.. well, amnya itu bukan nombor aku... yg basikal tu pun ada 6 nombor standby (sefamily 6paxs), mungkin itu nombor wife, mungkin nombor anak, tapi bapak kaut smua.. hahaha
Nombor yang dapat kettle tu pun to be honest, bukan nombor aku sebenarnya, tapi nombor member yang balik awal tu..hahaha.. bertuah sungguh tangan dia.. nanti hulur la lagi ye.. :P
OK itu je la nak cerita.. bab nak bawa balik basikal macam mana, biar la rahsia sebab ada adegan aib di situ hahahaha
pape pun harap SWCorp boleh buat annually program macam ni.. selain kempen kesedaran alam sekitar iaitu pengetahuan barang2 yang boleh kitar semula dan idea2 tercetus daripada barang2 tersebut, program ini juga mengeratkan lagi silaturrahim antara kami... syabas saya ucapkan..
Sijil Penyertaan untuk anak2 yang sekolah... |
No comments:
Post a Comment