Mirip je mudah.my cuma corousell ni upgraded skit method yang ada, sebagai contoh boleh direct Chat dengan penjual dan ada sistem rating and review untuk memudahkan pembeli lain buat pilihan.
ok, sebagai pembuka cerita, saya ada menang basikal biasa (unbranded) dalam cabutan bertuah (ada pada post sebelum ni).. so dah post kat mudah then ternampak iklan pasal carousell ni kat tv, terus cuba market.. selesai daftar bagai saya post la basikal tu.. alhamdulillah sambutan menggalakkan, ramai chat berminat basikal tapi akhirnya saya jual pada pembeli daripada mudah.my.
antara barangan saya berjaya jual.. |
Jualan basikal agak smooth, pembeli adalah lelaki.. test ride pusing2 trus confirm.. bayar duit, akad dan selesai, tutup buku..
beberapa hari kemudian, carousell pm katanye untuk stay aktif, kena post sekurang2nya 3 lagi barangan jualan or servis.. so, mula la aku ngan wife korek stor tgk apa yg boleh let go..
so ada la bbrp barangan terpakai yg boleh let go..
salah 1 barang iaitu water kettle (Pemasak air elektrik) jenama Amber (tak fofular pun) kapasiti 2L.. beli RM49.90 tapi dah lama tak pakai and masih elok saya letgo la 50.05% iaitu RM25 kat Carousell (rujuk gambar di atas)..
info smua dah lengkap seperti cara jual beli yang dipilih adalah Bersua muka, di Mamak (also known as Nasi Kandar) Darussalam Terowong sebab walking distance je dari rumah saya.
ni saya crop part 'getting this' (cara jual beli) |
now cerita bad experience'nye, alhamdulillah (alhamdulillah pulak, kata bad experience... huh) ada pembeli sanggup datang self collect Amber water kettle ni.. masalahnya dia kata dia bukan orang Putrajaya, but ada urusan di Putrajaya so dia panjang kaki ke sini.. mamak darussalam.
untuk pengetahuan semua mamak darussalam ni ada 2 bijik, tidak termasuk pasaraya ye.. yes ada 1 pasaraya nama Darussalam gak kat Presint 9, Putrajaya nih.. Ok 2 Mamak Darussalam tu yg 1st known as Mamak Kembar (sebab bersebelahan dengan mamak al-Naz Maju) and 2nd one known as Mamak Terowong sebab bersebelahan dengan satu2nya terowong di Putrajaya iaitu sempadan Presint 9 dan 11. Jarak antara 2 mamak Darussalam ni, ada la dalam 10 minit drive (plus traffic lights bagai)
here explaination by pictures:
Mamak Terowong.. tak boleh nak appearkan sebaris rupa kedai and terowong (bulatan merah).. |
Mamak Terowong: The best view captured from google maps (disclaim: Mamak yusuf A Razak tu dah bertukar nama, tak pasti) |
Mamak Kembar.. on the left is Darussalam (blue table) |
Jarak antara 2 mamak Darussalam, Presint 9.. 12 minit jalan kaki kata kau.. (FYI Pasaraya Darussalam sebelah Mamak Kembar je) |
so dalam 10-15 minit, pembeli/pelanggan saya ni pun sampai decoy daripada mamak kembar tadi... but with attitude... Yes ATTITUDE.. or in malay should i say berlagak.
as usual, saya biarkan diri saya rasa bersalah, saya layankan dan lebih banyak diam.. biar la saya gelar dia sbg Alisa (bukan nama sebenar).
alisa dah mention dia berbaju merah, bila seorang gadis berbaju merah lalu depan saya saya pun panggil "cik alisa?!!"
alisa hanya jawab "haaa" dengan mimik muka stress.
Tanpa dialog lain, alisa terus keluarkan duit, letak atas meja dan grab kettle yg saya letak atas meja mamak tu dengan gaya nak terus blah.. tapi saya hold alisa and saran untuk check dulu barangan.. siap yakinkan dia yg saya dah double checks operational water kettle tu sebelum keluar ke mamak, memang berfungsi dengan baik.
saya cuba la berborak ringkas masa alisa buka kotak check barang,
Saya: Cik bukan org sini kan. Org mana?
Alisa: sebab saya bukan org sini la saya tak tahu yang mamak Darussalam ni ada 3 sebab saya google, keluar 3 tempat..!
see.. attitude..ish answer. Tu pun mungkin dia include pasaraya Darussalam.
saya cuba google sendiri "darussalam presint 9" memang jelas google cadangkan 3 tempat tu..
Kalau google "Darussalam terowong" as i mention in Getting This kat atas tu, akan appear 2 cadangan by google.
And kalau tgk yg dalam foursquare.com tu, ada byk gambaran sekitar mamak terowong ni..
kalau tanye orang sekeliling Putrajaya pun (mostly), surely akan pointing ke sini.. mmg popular guna 2 nama ini sahaja.. mamak kembar or mamak terowong.. if u do a bit more research, surely ull know which mamak im reffering to.
so, selesai check barang, sempat lagi pesan dengan saya "u should put exact address there next time".
saya pun balas "ok, sorry sebab dh susahkan u.." that it..
Tak apa la, boleh la nak kata salah saya pun sebab bagi landmark je, bukan alamat penuh.. Maaf sekali lagi sebab susahkan cik Alisa ye..
Moral: malu bertanya, sesat jalan
Tp memang u salah jugak
ReplyDeleteya, tak dinafikan... saya mohon maaf dah...
Delete