Wednesday, October 31, 2018

Kalendar Kuda 2019 (tanpa gambar kuda dan TBC khinzir)

Simply click the pic...


disclaimer: Kalendar adalah custom made by me, maaf kalau ada khilaf yang tak disengajakan..

purple sky a sign of natural disasters?

Langit ungu (purple sky)

hari ni aku ulang tayang filem 2010 China bertajuk 'Aftershock' iaitu berkisarkan tragedi Gempa Bumi dahsyat di Tangshan, China pada tahun 1976 yang mengorbankan lebih daripada 240 ribu nyawa.. boleh google kalau nak tahu lebih lanjut.

Hari ni bukan nak nukilan sangat cuma tertarik dgn awal babak filem di mana bermulanya gegaran gempa bumi, watak seorang lelaki yang terjaga akibat gegaran dan terus tengok langit dan nampak warna langit berwarna ungu.

babak yg dimaksudkan.. Aftershock (2010)
Sumber wikipedia.. Tangshan earthquake

terus terdetik nak tahu apa maksudnya dengan langit ungu nih dengan bencana alam, so apa lagi terus google...

and this is the results..
Sumber carian google...


scary tak..??

kalau betul ia petanda malapetaka, mungkin boleh membantu kita kelak untuk berjaga-jaga kalau nampak langit ungu terutama kemunculannya pada waktu malam.. tapi takut shubhah plak.. takut jatuh khurafat or what so ever...

nak godek2 lagi tak faham.. so drpd kepercayaan umum, umum tau.. majoriti.. seolah-olah langit ungu ini memang satu petanda malapetaka dahsyat akan berlaku...

bagaimana pula menurut pandangan islam? ada siapa2 tahu?? boleh share.. tq

Monday, February 5, 2018

Aku iras public figures... sbb diaorg ni bkn artis.. hahaha


Dulu zaman sekolah, kwn ada ckp rupa saya mcm Alex Yoong, ms tu terpinga2 siapa lak si Yoong ni? hahaha serius tak kenal, tp act mcm kenal la, tak nak dikecam katak bawah kaca lak kan... 

balik cari kat megazine/paper bagai kat umah, br kenal Yoong, br tersentak siap berbisik dalam hati "hensem gak aku ni ek.." sejenak kemudian, bandingkan ngan gambar Yoong seblah2 ngadap cermin, trus sentakan gelombang ke-2 datang bagai petir.. ðŸŒ©️⛈️ baru tersedar diri...

"oops jap, oh tidak!! ini merupakan 1 kecaman yang hebat.." #jauhpanggangdariapi menangis bucu katil sorang2.. ðŸ˜‚

so til now tak pasti ia kecaman or pujian.. pape pun segala puji bagi Allah.. tetibe hahahaha

back to recent, menyertai Kursus yang menemukan warga daripada pelbagai jabatan/agensi.. setelah selesai sesi pecah air batu, terus dapat soklan seakan2 la... #petirmenyambar nostalgia..

"encik saleh ni ada keturunan engku emran ke?? sebab ada rupa similar la.." tanya salah seorang ahli kumpulan.. siap majoriti mengiyakan ada rupa sama... i just gave them a bitter smile and act like nothing happen hahaha

trus capai smartfon and googling, (sib baik zaman dh canggih) mana la tau kot ada engku emran lain selain ex-erra tu... tgk la sendiri, siap letak gambar seblah2...

korang rasa?? ðŸ˜…🤣🦖 #mohonkecamberjemaah

personally, tak nampak hensem pun engku nih (suka2 kutuk org hahaha) more to nerd je... am i too???

Thursday, January 4, 2018

Sesi Pendidikan Awal Anak.. Tadika Kemas dan Pusat Anak PERMATA Negara

Selamat Tahun Baru 2018

Tahun ni merupakan tahun saya mula bz sikit ngan anta and jemput anak.. walaupun pun di tahap pendidikan awal, tetap memenatkan..

-Kakak Efa akan ke TADIKA KEMAS Cawangan Daisy, Blok 1C, Fasa 1, Presint 9 Putrajaya
-Kakak Sara akan ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)
-Baby Soffiya baru 5 bulan.. sekolah di Rumah.. hehehe


Pendaftaran TADIKA KEMAS
-Dibuka sekitar September tahun sebelum.. so kak efa nak sekolah sesi 2018, so booking pada sept 2017. Lepas saringan, terpilih.. alhamdulillah
-Pendaftaran dan taklimat kepada ibubapa biasanya di hujung tahun.. Tadika efa ni buat pada 26 Disember 2017
-Yuran dikena sebenar RM122 tapi ada plus2 termasuk baju (uniform dan sukan) dan alat tulis jadi RM189.. berbaloi sangat2 la bagi golongan marhain macam kami ni
-Yuran bulanan tiada, cuma dikenakan yuran PIBG RM30/bulan.. pun ok, still mampu.. hehehe
-Waktu operasi 4 jam (8.00am - 12.00pm) kecuali bila ada aktiviti tambahan
-Makan 2 sesi, sarapan dan minum pagi

Pendaftaran Pusat Anak PERMATA Negara
-Dibuka sekitar Julai tahun sebelum.. booking nama dulu.. disaring. Jika terpilih, akan dihubungi
-sesi pendaftran dan taklimat biasanya pada awal sesi tahun berkenaan. Kak sara daftar pada 2 Januari 2018 dan orientasinya adalah next day.
-Kuota murid 60 (termasuk semua peringkat umur 1-4 dan 4+)
-Golongan pendapatan seisi rumah rendah dan sederhana diberi keutamaan. Jika kuota belum penuh baru buka kepada pendapatan tinggi (Mungkin dikenakan yuran bulanan)
-Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIDB) sebanyak RM10 sebulan.
-Uniform Tshirt rm30 sepasang. Mungkin berubah design setiap tahun. So anak yang tahun lepas mungkin kena beli juga yang baru tahun ni.. (ala RM30 je sepasang)
-Waktu operasi 8.30am - 4.30pm.. Gate open 7.30am.. Last amik anak 5.30pm.. Klau lewat, ada denda.. Sejam atau sebahagian awal (sehingga 6.30) dikenakan rm3, jam2 berikutnya rm5.. Byr on the spot.. So klau amik 8.30pm, kena rm13 camtu la (3+5+5)
-Nap hour - lelaki tidur di hall, kipas siling.. Girls tido dlm bilik aircond (galakkan anak stby long sleeve buat tido)
-Makan 4 sesi (sarap, minum pagi, lunch, minum petang)

Kak Efa di TADIKA KEMAS Daisy
Nak pergi sekolah dah.. Tadika sebelah blok je.. jalan kaki seminit..


muka ada senyum.. namun masa nak hantar, drama bercucuran air mata
*Gambar di Tadika adalah ehsan Cikgu Erin.. terima kasih cikgu


Kak Sara di PAPN

keperluan diperlukan di PAPN
Jadual PAPN untuk 4 Tahun
tu teacher grup sara.. teacher syidah
sesi lunch
disiplin setiap aktiviti, kena beratur...


Wednesday, January 3, 2018

Barang yang hilang, dikembalikan... (selamat poket aku.. alhamdulillah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

eh, intro macam nak balas emel rasmi lak... apa nak buat, alang bisa tegar biasa.. hahahah

Saje nak kongsi cerita not so interesting ni, cerita lama.. 2016 pye.. saje nak terobek.. kalau sudi baca la, kalau tak.. ok bai

Cerita bermula masa aku digalaskan tanggungjawab menyelia penggunaan aset elektronik mudah alih di pejabat ni.. sebuah projektor atau dalam bahasa surat beranak dia alat pandang atau alat pemancar .. kot2 la kalau korang2 ada yang tak tahu gak, gi la tanya mr.G... siapa mr.G tu?? kalau tu pun tak tahu, gi duk dalam gua... huh

tapi kan, aku cuba gak buat carian mr.G ni.. gambar ni lak kluar.. ngeeeee :p

Ini la projektornye... tapi ini band la ngok... PROJECTOR BAND.. kumpulan penyanyi...
kalau ini yang hilang, gi lapor polis dah 24 jam... nyawa orang wei... saaayaaaangg aku kau lupa, aku kau buang.... dah, dah.. merepek daaa

ok, back to topik.. gambar di bawah ni adalah gambaran sebenarnya alat itu... huh

Lebih kurang mcm ni pye la.. exact Brand

bende buat wayang la senang cakap...

Aku sign agreement amik bende ni jadi 'anak angkat' sekitar februari 2016 (tak ingat sangat la tp kat surat beranak tu ada, malas la nak belek just nk mention sini...huh)

selang sebulan kemudian, Big boss aku nak pinjam guna dalam bilik dia, tu pun thru kwn ofis sejawatan ngan aku ni dtg mintak.. tanpa rasa curiga dan ragu, aku bagi je la.. tak rekod plak tu sbb based on trust je..

lepas tu diam.. at the same day kata nak collect, tp boss kata esok still pakai lagi.. so biar je la dlm bilik tu, lagi pun bilik bos berkunci.. so dengan tenang, aku bagi je la..

selang 2 mgu kemudian, baru terfikir "lama pulak bos pakai projector nih..??" so aku gi la tgk2 apa cerita projector tu.. jumpa PA bos je sbb bos outstation masa tu..

Aku: Kak, ada nampak projektor bos pakai tak dalam bilik??
PA: ada dalam tu, amik la kalau perlu dulu..

setelah 3 minit round bilik...

Aku: kat mana kak? tak nampak pun!!
PA: aik, takde ke? rasanya ada je tercongok atas meja kecik tu...

PA dan aku sama2 masuk dan cari... result TAK JUMPA.. PA saran tunggu bos balik esok2 kita tanye..

2 hari kemudian, boss pun masuk pejabat.. 

Aku: Bos, mana projektor saya yg bos pinjam tu..?
Boss: eh, masa saya outstation ada je atas meja ni.. tak usik pun..
Aku: (dh mula gelisah.. 30%) sudah..! smlm saya ngan PA bos dh round setiap ceruk bilik ni, tak jumpa..
Bos: PA! ada kamu nampak sesiapa masuk bilik ni amik projektor kat sini?
PA: tak de pulak bos, tak tahu la kalau ada yang masuk masa saya takde.. ye la gi toilet ke apa ke..
Bos: bilik ada buka ke sepanjang ketiadaan saya? (memang PA ada pegang duplicate key)
PA: takde pulak bos..

aku duk tepi dinding dengar je dialog bos and PA dia..

Bos: saleh, cuba kamu pergi tanye team2 mgu lepas, kot ada yang terpinjam ke...
Aku: ok, baik bos..

pergi la aku tanye sorang demi sorang team bos yang 5 org tu.. sah smua jawab tak amik..

kat sini aku dh mula gelisah 65%.. mcm sah2 hilang je ni..

apa lagi, cari kawan aku yg bagi pihak pinjam tu, sama2 bertanggungjawab.. huh

dia mmg dare skit, dia minta round lagi bilik bos.. bos lak siap open dan buka smua locker2 yang berkunci utk CSI bilik tu..

ceruk sekecil2 lubang tikus pun kami selongkar.. SAH, hilang tanpa radar!!!

aku terasa macam gelap pandangan kejap... minggu depan nak gi kursus team building lak ni.. boleh ke aku gi kursus dengan tenang dan enjoy kalau duk mikir barang nilai ribuan ringgit hilang nih??

memag tak boleh buat apa.. siap shoot emel rasmi ke group bahagian (smua warga sama bahagian akan dpt emel tu) pertanyakan kot2 ada yang terambil or terpinjam... selang 1 hari, krik2..krik2.. tak ada makluman.. so memang SAH.. SAH..SAH SESAH-SAHNYE HILANG!!!

Minggu berikutnya

Pergi jugak la kursus, konon boleh hilangkan rasa gundah gulana ni hati ini.. tangan ni dh gatal nak post kat fb tp cuba bertahan.. pendam sambil berdoa, hanya Dia boleh magic'kan segalanya..

Doa termakbul 

masa kat kursus lagi tgk fon ada misscalled daripa PA bos.. tak call balik, kononnya merajuk.. huh

so balik kursus dan minggu berikutnya baru naik keje.. member aku yg pinjam bagi pihak tu konon nak prank, dh bincang ngan bos nak sama2 tanggung kerugian.. tanggung kerugian 1 hal, rekod nama aku lalai tu sorang2 je tau.. nama aku je busuk, nama ko ngan bos tak babit.. huh..

tp dr misscalled PA bos tu aku dh 'terbau' berita baik pun.. "mesti projector aku dh jumpa balik.." bisik dlm hati..

rupa2nya betul, doa aku termakbul.. ok, here's the misteri bout that.. aku dh post fb, so aku screen shot je la..

see it? hilang di situ, undetected di situ but found it also di situ...

majoriti dh bagi spekulasi and trus aim siapa suspeknye.. kalau korang lak yg expert, siapa yg korang rasa2 yang ambil and pulangkan projector tu??? any suspect? hahahaha

Tapi post aku ni terpaksa delete sebab bos arahkan.. katanye nanti menganggu emosi si peminjam tanpa izin tu.. dia dh pulangkan tu kira selesai la kes ni.. tak usah ungkit2 lagi..

to me, i need to dokumentasikan cerita ni.. buat pengajaran dan pelajaran kelak..