Wednesday, January 3, 2018

Barang yang hilang, dikembalikan... (selamat poket aku.. alhamdulillah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

eh, intro macam nak balas emel rasmi lak... apa nak buat, alang bisa tegar biasa.. hahahah

Saje nak kongsi cerita not so interesting ni, cerita lama.. 2016 pye.. saje nak terobek.. kalau sudi baca la, kalau tak.. ok bai

Cerita bermula masa aku digalaskan tanggungjawab menyelia penggunaan aset elektronik mudah alih di pejabat ni.. sebuah projektor atau dalam bahasa surat beranak dia alat pandang atau alat pemancar .. kot2 la kalau korang2 ada yang tak tahu gak, gi la tanya mr.G... siapa mr.G tu?? kalau tu pun tak tahu, gi duk dalam gua... huh

tapi kan, aku cuba gak buat carian mr.G ni.. gambar ni lak kluar.. ngeeeee :p

Ini la projektornye... tapi ini band la ngok... PROJECTOR BAND.. kumpulan penyanyi...
kalau ini yang hilang, gi lapor polis dah 24 jam... nyawa orang wei... saaayaaaangg aku kau lupa, aku kau buang.... dah, dah.. merepek daaa

ok, back to topik.. gambar di bawah ni adalah gambaran sebenarnya alat itu... huh

Lebih kurang mcm ni pye la.. exact Brand

bende buat wayang la senang cakap...

Aku sign agreement amik bende ni jadi 'anak angkat' sekitar februari 2016 (tak ingat sangat la tp kat surat beranak tu ada, malas la nak belek just nk mention sini...huh)

selang sebulan kemudian, Big boss aku nak pinjam guna dalam bilik dia, tu pun thru kwn ofis sejawatan ngan aku ni dtg mintak.. tanpa rasa curiga dan ragu, aku bagi je la.. tak rekod plak tu sbb based on trust je..

lepas tu diam.. at the same day kata nak collect, tp boss kata esok still pakai lagi.. so biar je la dlm bilik tu, lagi pun bilik bos berkunci.. so dengan tenang, aku bagi je la..

selang 2 mgu kemudian, baru terfikir "lama pulak bos pakai projector nih..??" so aku gi la tgk2 apa cerita projector tu.. jumpa PA bos je sbb bos outstation masa tu..

Aku: Kak, ada nampak projektor bos pakai tak dalam bilik??
PA: ada dalam tu, amik la kalau perlu dulu..

setelah 3 minit round bilik...

Aku: kat mana kak? tak nampak pun!!
PA: aik, takde ke? rasanya ada je tercongok atas meja kecik tu...

PA dan aku sama2 masuk dan cari... result TAK JUMPA.. PA saran tunggu bos balik esok2 kita tanye..

2 hari kemudian, boss pun masuk pejabat.. 

Aku: Bos, mana projektor saya yg bos pinjam tu..?
Boss: eh, masa saya outstation ada je atas meja ni.. tak usik pun..
Aku: (dh mula gelisah.. 30%) sudah..! smlm saya ngan PA bos dh round setiap ceruk bilik ni, tak jumpa..
Bos: PA! ada kamu nampak sesiapa masuk bilik ni amik projektor kat sini?
PA: tak de pulak bos, tak tahu la kalau ada yang masuk masa saya takde.. ye la gi toilet ke apa ke..
Bos: bilik ada buka ke sepanjang ketiadaan saya? (memang PA ada pegang duplicate key)
PA: takde pulak bos..

aku duk tepi dinding dengar je dialog bos and PA dia..

Bos: saleh, cuba kamu pergi tanye team2 mgu lepas, kot ada yang terpinjam ke...
Aku: ok, baik bos..

pergi la aku tanye sorang demi sorang team bos yang 5 org tu.. sah smua jawab tak amik..

kat sini aku dh mula gelisah 65%.. mcm sah2 hilang je ni..

apa lagi, cari kawan aku yg bagi pihak pinjam tu, sama2 bertanggungjawab.. huh

dia mmg dare skit, dia minta round lagi bilik bos.. bos lak siap open dan buka smua locker2 yang berkunci utk CSI bilik tu..

ceruk sekecil2 lubang tikus pun kami selongkar.. SAH, hilang tanpa radar!!!

aku terasa macam gelap pandangan kejap... minggu depan nak gi kursus team building lak ni.. boleh ke aku gi kursus dengan tenang dan enjoy kalau duk mikir barang nilai ribuan ringgit hilang nih??

memag tak boleh buat apa.. siap shoot emel rasmi ke group bahagian (smua warga sama bahagian akan dpt emel tu) pertanyakan kot2 ada yang terambil or terpinjam... selang 1 hari, krik2..krik2.. tak ada makluman.. so memang SAH.. SAH..SAH SESAH-SAHNYE HILANG!!!

Minggu berikutnya

Pergi jugak la kursus, konon boleh hilangkan rasa gundah gulana ni hati ini.. tangan ni dh gatal nak post kat fb tp cuba bertahan.. pendam sambil berdoa, hanya Dia boleh magic'kan segalanya..

Doa termakbul 

masa kat kursus lagi tgk fon ada misscalled daripa PA bos.. tak call balik, kononnya merajuk.. huh

so balik kursus dan minggu berikutnya baru naik keje.. member aku yg pinjam bagi pihak tu konon nak prank, dh bincang ngan bos nak sama2 tanggung kerugian.. tanggung kerugian 1 hal, rekod nama aku lalai tu sorang2 je tau.. nama aku je busuk, nama ko ngan bos tak babit.. huh..

tp dr misscalled PA bos tu aku dh 'terbau' berita baik pun.. "mesti projector aku dh jumpa balik.." bisik dlm hati..

rupa2nya betul, doa aku termakbul.. ok, here's the misteri bout that.. aku dh post fb, so aku screen shot je la..

see it? hilang di situ, undetected di situ but found it also di situ...

majoriti dh bagi spekulasi and trus aim siapa suspeknye.. kalau korang lak yg expert, siapa yg korang rasa2 yang ambil and pulangkan projector tu??? any suspect? hahahaha

Tapi post aku ni terpaksa delete sebab bos arahkan.. katanye nanti menganggu emosi si peminjam tanpa izin tu.. dia dh pulangkan tu kira selesai la kes ni.. tak usah ungkit2 lagi..

to me, i need to dokumentasikan cerita ni.. buat pengajaran dan pelajaran kelak..

No comments:

Post a Comment