Thursday, January 4, 2018

Sesi Pendidikan Awal Anak.. Tadika Kemas dan Pusat Anak PERMATA Negara

Selamat Tahun Baru 2018

Tahun ni merupakan tahun saya mula bz sikit ngan anta and jemput anak.. walaupun pun di tahap pendidikan awal, tetap memenatkan..

-Kakak Efa akan ke TADIKA KEMAS Cawangan Daisy, Blok 1C, Fasa 1, Presint 9 Putrajaya
-Kakak Sara akan ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)
-Baby Soffiya baru 5 bulan.. sekolah di Rumah.. hehehe


Pendaftaran TADIKA KEMAS
-Dibuka sekitar September tahun sebelum.. so kak efa nak sekolah sesi 2018, so booking pada sept 2017. Lepas saringan, terpilih.. alhamdulillah
-Pendaftaran dan taklimat kepada ibubapa biasanya di hujung tahun.. Tadika efa ni buat pada 26 Disember 2017
-Yuran dikena sebenar RM122 tapi ada plus2 termasuk baju (uniform dan sukan) dan alat tulis jadi RM189.. berbaloi sangat2 la bagi golongan marhain macam kami ni
-Yuran bulanan tiada, cuma dikenakan yuran PIBG RM30/bulan.. pun ok, still mampu.. hehehe
-Waktu operasi 4 jam (8.00am - 12.00pm) kecuali bila ada aktiviti tambahan
-Makan 2 sesi, sarapan dan minum pagi

Pendaftaran Pusat Anak PERMATA Negara
-Dibuka sekitar Julai tahun sebelum.. booking nama dulu.. disaring. Jika terpilih, akan dihubungi
-sesi pendaftran dan taklimat biasanya pada awal sesi tahun berkenaan. Kak sara daftar pada 2 Januari 2018 dan orientasinya adalah next day.
-Kuota murid 60 (termasuk semua peringkat umur 1-4 dan 4+)
-Golongan pendapatan seisi rumah rendah dan sederhana diberi keutamaan. Jika kuota belum penuh baru buka kepada pendapatan tinggi (Mungkin dikenakan yuran bulanan)
-Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIDB) sebanyak RM10 sebulan.
-Uniform Tshirt rm30 sepasang. Mungkin berubah design setiap tahun. So anak yang tahun lepas mungkin kena beli juga yang baru tahun ni.. (ala RM30 je sepasang)
-Waktu operasi 8.30am - 4.30pm.. Gate open 7.30am.. Last amik anak 5.30pm.. Klau lewat, ada denda.. Sejam atau sebahagian awal (sehingga 6.30) dikenakan rm3, jam2 berikutnya rm5.. Byr on the spot.. So klau amik 8.30pm, kena rm13 camtu la (3+5+5)
-Nap hour - lelaki tidur di hall, kipas siling.. Girls tido dlm bilik aircond (galakkan anak stby long sleeve buat tido)
-Makan 4 sesi (sarap, minum pagi, lunch, minum petang)

Kak Efa di TADIKA KEMAS Daisy
Nak pergi sekolah dah.. Tadika sebelah blok je.. jalan kaki seminit..


muka ada senyum.. namun masa nak hantar, drama bercucuran air mata
*Gambar di Tadika adalah ehsan Cikgu Erin.. terima kasih cikgu


Kak Sara di PAPN

keperluan diperlukan di PAPN
Jadual PAPN untuk 4 Tahun
tu teacher grup sara.. teacher syidah
sesi lunch
disiplin setiap aktiviti, kena beratur...


No comments:

Post a Comment