Wednesday, November 27, 2019

Family Day Hj Abu Samah & hjh Aminah - Intro

Assalamualaikum... bersawang dah blog nih.. maklum la so-sial media ada utk updtae aktiviti harian so kita hanya ber'blog bila ada event2 khas sahaja..

Jadi, kali ni kena la ngan intro tu.. nak 'patah'kan jari jap menaip cerita Family Day sulong kami yang berlangsung selama 3h2m iaitu pada 25-27 Nov 2019 di Vila Inderaloka, Masjid Tanah, Melaka.

Kita intro daripada Sebelum program iaitu perancangan..

Idea ini tercetus daripada keluarga baru kami iaitu Syaz, suami kepada Runiza (anak sedara) yang baru juga selesai aktiviti familyday mereka.

Jadi, terus bincang ringkas kalau nak buat, simple.. semua kena kerjasama.. mcm tu je smua jawab boleh, ok.. so it is on.. to be exact planning ni start selepas hari raya 2019.

berikut adalah iklan di whatsapp grup family kami


Assalamualaikum...

👨‍👨‍👧‍👦 FamilyDay Hj. Abu Samah & Hjh. Aminah 👨‍👨‍👧‍👦

Tarikh : 25-27 Nov 2019 (Isnin - Rabu minggu pertama cuti sekolah akhir tahun) 

Tempat: Villa Inderaloka, Masjid Tanah, Melaka 

Yuran : RM500/keluarga (3 dewasa, unlimited child) 

Yuran menggunakan konsep kutu bulanan RM100/bulan mulai April 2019

Yuran adalah untuk:
1. Penginapan 3h2m
2. Makan minum (*TIDAK TERMASUK BBQ) 
3. Tshirt (seragam printed)
4. Doorgifts
5. Kelengkapan sukaneka dan hadiah
6. Kit kecemasan
7. Lain-lain dirasakan perlu

Yuran hendaklah diselesaikan sebelum/pada 30 Sept 2019 bagi memudahkan kerja2 keurusetiaan dan persiapan sebelum event... Terima kasih*

*Untuk eratkan silaturrahim antara kita sekeluarga, sesi BBQ akan melibatkan smua yg ada nanti.. Kita akan sama2 sediakan bahan, alat dan berkongsi menu BBQ. Menu akan menggunakan konsep potluck iaitu 1 family perlu membawa 1 menu BBQ (ayam, daging, seafood, sayur dll).
List menu akan menyusul kemudian. Insyaallah akan lantik seorang sbg ketua bbq nti.. Insyaallah berkat

Urusan pengangkutan termasuk segala jenis kos perjalanan ke tempat program di hari kejadian kelak adalah tangungjawab masing-masing.

Untuk bayaran kutu, boleh terus ke akaun maybank tett

Maklumkan bayaran yang berjaya ke www.wasap.my/tett

Semoga Familyday sulong ini berjalan lancar dan sempurna.. Amin
_________________________________________________________________________________

Mula2 nak lantik AJK tapi bila difikirkan balik tak perlu la formal sangat, nanti kat sana je main tunjuk2 siapa kene kereja huhu.

so background job aku la yang mengapalai.. daripada deraf paperwork, eh ada ye paperwork jangan ingat aku nak hafal semua.. smua ada rekod, senang nak track.. lps tu design logo, banner, tempah t-shirt, fitting.. tak apa penat, janji smua happy.. sepenat2 aku, bini la jadi tempat lempias.. hahahaha ksian bini aku wei...xde la, gurau2 je

ni je la stail paperwork aku.. tak ada format formal k.. tibai je, janji ada track nak follow... 

Jadual kutipan, ala2 kutu.. aku bapa kutu k
senarai ahli keluarga, jenuh wei nak ingat.. ku gagahi jua.. list tak penuh sebab tak muat nak print screen
Design T-shirt.. custom k.. amatur je, jadi la.. tak ada seni sgt
Senarai perbelanjaan.. sama tak penuh, tak muat
Aturcara.. dah edit ikut kejadian sebenar
Senarai sukaneka, juga dah edit ikut kejadian sebenar

disebabkan aku sekarang asyik diserang lenguh2 dan sakit belikat, ni je la aku intro dulu... next on 2nd part - Arrival...

insyaallah

No comments:

Post a Comment