Thursday, November 28, 2019

Family Day Hj Abu Samah & hjh Aminah - D-day


as promised.. we came to D-day atau dalam bahasa melayunya Hari kemuncak la.. adoyai kang ada yg pm aku tanye apa tu dday? kenapa dday? mampus aku tak jwb.. hahaha

aku intro dgn video tu..
bdk2 ni dh set alarm kat kepala.. kepala tau bkn gadjet.. nak bangun pagi mandi kolam.. mampoo???
siap somersault tu rasanye ammar kot... hahaha

oh aku lupa, original plannye aku nak pakai caterer je tapi nak cari yg dlm bajet la tp ntah la tak jumpa plak.. so mkn minum aku handle sambil2 minta tolong wife and adik2.. Bila aku sendiri pi beli bahan mentah, baru faham kenapa caterer mahal.. ku ingatkan kawasan kampung harga makanan murah2, rupa2nye bahan mentah pun bleh tahan wei... adoyai...

so subuh2 ni aku masak nasi lemak.. ye aku masak k.. see the leg la.. cuma aku kesuntukkan masa nak outing gi bli bahan bbq mlm kang so wife aku take turn masak nasi lemak tu.. tinggal tanak nasi je, sambal, telur rebus, timun smua dh siap dengan teh tarik skali dh siap...

Mak dgn along starter sarapan... lain2 tgh zzzz kot.. anak2 je semangat bangkit awal

roti and spread ni mmg aku beli letak je stby, habis - top up.. utk alas2 perut gitu
so, basicly aku tak pernah host atau lead atau assist program mcm ni.. tp jadi peserta byk kali.. so dari situ je aku jadikan pengalaman.. sambil2 tgk pakcik gugel and youtube..

Grup foto dulu sebelum semua penat and basah...

so 8am mcm tu terus dgn senaman ringan atau warm-up dulu.. ini pun saje2 je sbb bukan nk buat sukan extreme pun tp alhamdulillah menjadi.. dengan mak pa (aku pye parents la, kalau anak2 kami panggil atok nenek la ye) skali join...





Banyak sisi video yang shoot tp aku amik 2 je la share sini..

Alang2 di kawasan lapang tu terus main sukaneka.
nama2 sukan ni aku main letak je ikut citarasa aku k.. kot korang nak bangkang, korang yg bermasalah, bukan aku...

aku cuba ikut jadual aturcara yang dh disusun...

Menatang Gelang Emas
satu pasukan dibentuk dengan 3 ahli atau lebih (secara adil), pindahkan 1 unit gelang emas (getah pengikat) kepada pasukan secara bergilir-gilir menggunakan straw di mulut, proses berulang-ulang namun hanya 1 gelang sahaja boleh dipindahkan setiap kali. setelah muzik dimatikan, kumpulan mana paling banyak kumpul emas, menang


Dahi ke Mulut
biskut letak atas dahi, tanpa menggunakan sebarang bantuan anggota lain, gerakkan biskut ke mulut dan terus makan. siapa masuk semua biskut dalam mulut dulu, dia menang.






Bagi team bapa-bapa kita buat rally 2 games..


1. basmi 'kuman'
post it akan dibekalkan 30 helai, tampalkan pada anggota badan peserta (ditampal oleh urusetia), jatuhkan post it tersebut (kuman) dengan goncangan atau tarian, tidak boleh gunakan tangan atau geselan pada objek lain, setelah selesai jatuh semua terus ke game ke-2


2. Guli Sardin
Keluarkan guli dari dalam botol dengan cara apa pun tak kisah sehingga selesai.







Terus ke game ibu-ibu, juga rally..


1. letusan puaka
setiap org diberi 3 belon kecik, tiup hingga meletop, terus ke game berikutnya


2. Jigsaw Puzzles
Selesaikan jigsaw puzzle yang disediakan, siapa selesai dulu dan betul, adalah pemenang



Itu sahaja sesi paginya.. lebih2 tu santai je menunggu lunch..


Lunch nasi putih, asam pedas ayam, pakchoi tiram and telur dadar (not seen in pic)

jam 2.30pm sambung game semula..

Lambungan Kasih
disebabkan game ni agak popular dan ramai dh tau, kita ubah skit.. 1st step sama je lambung belon isi air, siapa pecah dia out. Kelainannya lambung serentak 2 belah.. mampoo???




Save the Water
Family (Mixed Dewasa 2, kanak2 balance'kan smua campur2) pindahkan air membelakangkan ahli menggunakan cawan dengan memegang menggunakan 2 belah tangan dan wajib melintasi kepala masing2, ahli akhir akan masukkan air ke dalam botol, siapa penuh dulu dia menang



last game is..


Iman adalah Mutiara
pindahkan guli menggunakan sudu merentasi kolam. siapa paling byk atau selesai dulu, adalah pemenang.




itu sahaja games yang mampu dianjurkan.. sebenarnya ada 1 lagi game yang memerlukan kretiviti mak ayah.. tapi mcm tak dan dan tak sesuai dgn lokasi.. basah..

ingat nak sambung game Uniform Surat Khabar mcm ni..

sumber google
nanti next program insyaallah..

Jadi, tamat lah sesi sukaneka kita pada hari kemuncak..

Sesi penyampaian hadiah dan hamper..





so malamnya apa lagi berbeku (BBQ)

kalau tgk pengalaman semalamnya (25 Nov 2019) hujan lebat ya amat.. risau je mlm ni hujan gak, rosak program bbq kami.. tapi perancangan Allah itu adalah terbaik..

malam ni cerah je langit, cantik pulak tu... maka berbahagia la kami berbbq.. makan sampai muntah hahahaha





Maka cukup la aktiviti malam ini... sukaneka selesai, bbq selesai.. apa lagi? tido...

alhamdulillah malam ni tido nyenyak.. mungkin sebab senang hati dh.. semua selesai seperti dirancangkan...

terasa beban kat bahu ni hilang serta merta, ringan je langkah kaki... huhu

still nak up 1 lagi post.. tajuk finish up stay tune

Family Day Hj Abu Samah & hjh Aminah - Arrival


OK kita sambung story

semakin dekat dengan hari kejadian, semakin gusar aku...
siapa tak gusar, bila kau jadi ketua program, risau itu risau ini..
risau tak jadi, risau tak cukup... mcm2 la faktor..

Tup2 musibah pula yang melanda..

jadi, izinkan up skit insiden yang berlaku sebelum program berjalan.

Maaf kat sini mungkin sebak sikit nak taip.. tp gagahi jua.. utk kenang2an

sepertimana di post part 1 atau Intro, perancangan telah pun bermula pada April 2019 lagi.. jadi nak menunggu sehingga November 2019 ni, banyak pula musibah melanda keluarga kami. Antaranya...

Pemergian Arwah Saffi

Anak ke-2 along tahir telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah koma 3 hari di hospital kajang pada 23 Julai 2019.. kirimkan al-fatihah kepada arwah.


insiden amatlah sama seperti yang terjadi kepada arwah adik aku.. mcm mana tuh, tak perlu la aku up sini kang panjang ceritanya.. so kalau mampu, kirimkan al-fatihah juga kepada arwah adik aku..


akibat pemergian arwah saffi ni boleh kira tamparan paling hebat buat kami. Dia anak lelaki sulung (abg ngah sebab yg sulong perempuan) dalam keluarga, terasa kehilangan... masa koma di hospital, tak putus2 kami doa moga diberi keajaiban, tapi Allah lebih sayangkan saffi.

Akibat insiden ini juga, kami hampir2 batalkan program family-day ni.. tapi aku hanya mampu berdoa moga dipermudahkan urusan... keluarga along tabah dan hadapi ujian ini dengan hikmah..

selang beberapa minggu kemudian, aku up semula kepada keluarga arwah adakah mahu teruskan atau tidak.. alhamdulillah semua setuju je teruskan.. yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan hidup.. yang pergi sentiasa diingati



Anak Nasihah (pre-mature born 7 month) Meninggal dunia.

Aafiyah pula 'pergi' pada 31 Oktober 2019 setelah bertarung nyawa di NICU Hospital Kajang akibat komplikasi dan kelahiran pra-matang.

Doktor dah 'warning' awal pasal kondisi arwah, jadi Ibu dan Ayah Aafiyah terpaksa akur dengan takdir. Mungkin ada hikmahnya.. Takziah kepada firdaus dan nasihah ye..



Makcik pula sakit dan meninggal dunia di Phnom Penh, Cambodia.

Ini pun aku terpanggil untuk selitkan.
Semasa terima berita pemergian Aafiyah, terus dpt berita makcik belah mak pula yang berada di kemboja iaitu kakak ipar mak pula tiba2 koma. Kejadian pada 31 Oktober 2019 di mana di sini sedang menguruskan jenazah Aafiyah.

bayangkanlah back to back musibah.. tarikh family day 3 minggu je lagi nih..
mak pula menangis teresak2 nak pi tengok kakaknya, takkan kami nak larang..
so terbanglah mak dan pa ke sana dalam minggu itu juga..
sesampai di sana, makcik masih koma dan mak ambil peluang utk menjaga dan mengurus keluarga di sana.
Selang 3-4 hari kemudian mak call bagitahu tak dapat balik awal ke Malaysia sbb tak sampai hati nak tinggalkan keluarga mcm tu je, sedang musibah..

kami anak2 dan cucu cicit hanya mampu pasrah jika mak pa tak dapat balik, terpaksa la kami teruskan program tanpa mak pa.. kami di Malaysia hanya mampu berdoa semoga urusan keluarga di sana dipermudahkan dan makcik sembuh segera...

Namun, Allah juga sayangkan wakde (gelaran kami panggil makcik), tanggal 11.11.2019, pa call maklumkan makcik telah pun meninggal dunia.

Maka terpaksalah kami lupakan hasrat program ni sekali lagi.. tunggu mak pa selesaikan urusan di sana dan balik ke Malaysia.. Alhamdulillah, setelah selesai urusan di Cambodia, mak pa setuju balik Malaysia pada 15.11.2019.. Ini bermaksud sempat la mak pa join family day.
Cuma apa2 pun kena tanye pendapat mereka juga.. alhamdulillah sekali lagi urusan kami dipermudahkan.. mak pa setuju teruskan saja.. nak buat mcm mana lagi, bukan dpt hidupkan balik makcik, kata mak.. kita sedekahkan doa semampu boleh.. insyaallah

cukup la bab sedih ye.. kalau nak cerita lengkap, panjang ceritanya!!



Perjalanan ke Vila (25 November 2019)

OK kita sambung ke tajuk sebenar iaitu family day.. kali ni story sampai la hari check-in vila ye..

Maka, setelah mak pa pulang dari seberang, ada la dalam cukup seminggu lagi sebelum Family Day, so pulun la kami buat last minit check apa2 yg patut... daripada carpool, ye la ada kereta kecik tapi barang banyak.. alhamdulillah dlm family ada 2 family ada van hi-ace so ada 2 van akan konvoi.. total up 5 kenderaan (2 hi-ace, 2 mpv dan 1 sedan).. aku pula supir paksa MPV mak iaitu Grand Livina.

Konvoi team.. sedan Proton Pesona tunggu di Highway Plus
Kami bertolak tepat Jam 9am.. setengah jam lewat drpd aturcara.. tp mmg sengaja buat aturcara awal, nak bagi semua terpusu-pusu skit.. mcm biasa janji melayu kan..eh, ye ke, eh..

Perjalanan memakan masa 1jam 40 minit sebab turun ke selatan exit Jasin bertujuan melawat rumah kami yang sedang dlm proses PBT utk serahan tunggal.. tunggu kunci la senang cakap...

tapi permandangan ni plak family aku dpt tgk..

Siling jatuh.. mmm no word to speak

sinki plak... mmmmmm

tak apa, belum terima kunci kan.. nti diaorg repair la kot.. so simpan sini.. kot2 esok2 bleh buat rujukan...




selesai tinjau rumah, terus naik utara sikit menuju ke Bukit Katil, Melaka iaitu kawasan rumah mak mertuaku.. tapi tak sanggup nak bawa rombongan singgah rumah mertua woi.. ramai ya amat.. so kami pinjam food court berhampiran sahaja untuk singgah lunch secara potluck.. foodcourt situ aktif sarapan sahaja so waktu lunch tak aktif, tak ada kedai yg buka pun so boleh la kami tumpang makan.. aku sefamili pula boleh la singgah umah mertua jap hai hai bai bai.. cewah.. tu pun sempat petik mangga lemak ko.. kelassss.. hahaha




Setelah lunch, kami solat pula di Masjid Rhaudatul Jannah, Bukit Katil.. Masjid sejarah buat aku sebab di situ la aku sah mengisterikan bini aku.. eh, btul ke tatabahasa aku nih?? arh lantak la.. hahahah

selesai solat terus shoot ke Perigi Hang Tuah pula, sengaja habiskan masa dan shopping goodies dan jajan di situ.. ye la, check-in vila jam 3pm, masa ni baru 1.30pm..

shopping buah tangan
snap dari jauh skit..



ni la rupa Perigi Hang Tuah.. jakun smua

nah zoom in skit..
mcm pelancong luar ko bergambar...

nak gambar perigi tau.. katanye.. hahahah
Ni la rombangannya.. tgk la mata aku tu.. oh my dark circle..

Selesai urusan di Perigi Hang Tuah, terus konvoi ke vila.. tgh2 drive tu, dpt lak wasap drpd owner kawasan vila sedang mengalami masalah bekalan air.. ko ghase???

kot ada nak terberak, terkencing simpan nak buang kat vila, stby le... dh la aku baca wasap tu dlm 300m je lagi nak sampai.. kalau baca awal mungkin boleh singgah dulu petrol stesen ke buang apa2 yg patut kan.. gamak le...


Tapi owner sangat bertanggungjawab, lori tangki dalam perjalanan utk top up air dlm tong2 yg owner sediakan dalam vila.. and plus 2 kotak air botol 1.5lx12 untuk kegunaan sementara.. mmg rasanye 80% air botol tu gunanya ke toilet.. sbb mejoriti tgh tahan kencing berak masa sampai...


Check-In Vila Inderaloka

Ni copy gambar rasmi dari fb rasmi vila
kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh tgk2 kat fb.. https://www.facebook.com/vilainderaloka/

Memang puas hati la kami semua.. smua keperluan lengkap.. selesa..

minum petang express.. ada teh tarik tp tak snap.. jemput tgk

ni namanya welcoming wet.. 
bdk2 ni dh nmpak kolam tak fikir panjang tau nak terjun je.. kalau ko tgk Pakde tu atau semua lebih selesa panggil abi dh kuyup sbb jadi ala2 baywatch lifeguard terjun selamatkan beberapa anak2 yg mini drowning nih.. adoyai...

beberapa minit kemudian owner dtg topup plus lagi 6 kotak air 1.5lx12. lori air pun ada dh tgh top up air dlm tong2..

mmg agak kelam kabut waktu tiba tapi kami hadap takdir ini dengan tenang dan pasrah.. ye la masalah bekalan air ni bukan bidang kuasa owner pun kan.. alhamdulillah ahli keluarga pun faham..

Ditakdirkan pula malam tu hujan lebat ya amat.. apa lagi semua amik peluang tadah 'rezeki' daripada Allah ini.. semua alatan yg boleh tadah air kami gunakan..

mungkin leceh di mata korang.. ye la mesti ada yg cakap "bayar sewa vila mahal2 tapi air tak de.."
well as i said b4, ianya takdir kami... alhamdulillah kami positif sahaja, mungkin ada hikmah bagi kami.. siapa tahu kan.

Wan (aka pakcik) set up tong, tadah air hujan

apa2 alat boleh tadah air, terpaksa guna.. tanpa was2

Hujan lebat malam tu, tau2 je kami kekurangan air bersih.. hehe

malam tu pula air utk minum and masak alhamdulillah cukup buat kami.. kami masak tomyam campur and ayam goreng plus pula dgn lauk potluck lunch tadi masih elok.. alhamdulillah hari 1st kami boleh aku kelaskan agak lancar tanpa masalah sangat... smua kenyang.. mandi kolam.. Hujan mula reda je, trus diaorg sambung mandi kolam.. kecut ke apa ke tanggung sendiri ye.. hahahah

aku sendiri pula mlm 1st tu ssh tido.. tak tahu pasal apa.. mata pejam tp rasanye berjam2 tak mahu lena.. sakit plak hati.. mgkin sbb gusar utk jalankan aktiviti esoknya.. yg agak padat jadual.. plus ni 1st time kot aku lead program and aktiviti mcm ni.. mmg aku rasa tak tido pun mlm tu.. tup2 dh subuh.. ko ghase??

Alhamdulillah aku cuma amik pengalaman daripada program anjuran pejabat je.. tak ada rujukan pun.. kalau ada pun, pakcik gugel je la.. hahahah

Alhamdulillah juga bekalan air pulih lebih kurang jam 2am... so next day program should be smooth..
Terima kasih Encik Mat Noor, bertungkus lumus selamatkan program kami..

K la, itu dulu setakat ni.. esoknya boleh dikatakan hari kemuncak program.. so byk skit story morynya.. kita sambung je di part-3 atau D-day ok...