OK kita sambung story
semakin dekat dengan hari kejadian, semakin gusar aku...
siapa tak gusar, bila kau jadi ketua program, risau itu risau ini..
risau tak jadi, risau tak cukup... mcm2 la faktor..
Tup2 musibah pula yang melanda..
jadi, izinkan up skit insiden yang berlaku sebelum program berjalan.
Maaf kat sini mungkin sebak sikit nak taip.. tp gagahi jua.. utk kenang2an
sepertimana di post part 1 atau Intro, perancangan telah pun bermula pada April 2019 lagi.. jadi nak menunggu sehingga November 2019 ni, banyak pula musibah melanda keluarga kami. Antaranya...
Pemergian Arwah Saffi
Anak ke-2 along tahir telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah koma 3 hari di hospital kajang pada 23 Julai 2019.. kirimkan al-fatihah kepada arwah.
insiden amatlah sama seperti yang terjadi kepada arwah adik aku.. mcm mana tuh, tak perlu la aku up sini kang panjang ceritanya.. so kalau mampu, kirimkan al-fatihah juga kepada arwah adik aku..
akibat pemergian arwah saffi ni boleh kira tamparan paling hebat buat kami. Dia anak lelaki sulung (abg ngah sebab yg sulong perempuan) dalam keluarga, terasa kehilangan... masa koma di hospital, tak putus2 kami doa moga diberi keajaiban, tapi Allah lebih sayangkan saffi.
Akibat insiden ini juga, kami hampir2 batalkan program family-day ni.. tapi aku hanya mampu berdoa moga dipermudahkan urusan... keluarga along tabah dan hadapi ujian ini dengan hikmah..
selang beberapa minggu kemudian, aku up semula kepada keluarga arwah adakah mahu teruskan atau tidak.. alhamdulillah semua setuju je teruskan.. yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan hidup.. yang pergi sentiasa diingati
Anak Nasihah (pre-mature born 7 month) Meninggal dunia.
Aafiyah pula 'pergi' pada 31 Oktober 2019 setelah bertarung nyawa di NICU Hospital Kajang akibat komplikasi dan kelahiran pra-matang.
Doktor dah 'warning' awal pasal kondisi arwah, jadi Ibu dan Ayah Aafiyah terpaksa akur dengan takdir. Mungkin ada hikmahnya.. Takziah kepada firdaus dan nasihah ye..
Makcik pula sakit dan meninggal dunia di Phnom Penh, Cambodia.
Ini pun aku terpanggil untuk selitkan.
Semasa terima berita pemergian Aafiyah, terus dpt berita makcik belah mak pula yang berada di kemboja iaitu kakak ipar mak pula tiba2 koma. Kejadian pada 31 Oktober 2019 di mana di sini sedang menguruskan jenazah Aafiyah.
bayangkanlah back to back musibah.. tarikh family day 3 minggu je lagi nih..
mak pula menangis teresak2 nak pi tengok kakaknya, takkan kami nak larang..
so terbanglah mak dan pa ke sana dalam minggu itu juga..
sesampai di sana, makcik masih koma dan mak ambil peluang utk menjaga dan mengurus keluarga di sana.
Selang 3-4 hari kemudian mak call bagitahu tak dapat balik awal ke Malaysia sbb tak sampai hati nak tinggalkan keluarga mcm tu je, sedang musibah..
kami anak2 dan cucu cicit hanya mampu pasrah jika mak pa tak dapat balik, terpaksa la kami teruskan program tanpa mak pa.. kami di Malaysia hanya mampu berdoa semoga urusan keluarga di sana dipermudahkan dan makcik sembuh segera...
Namun, Allah juga sayangkan wakde (gelaran kami panggil makcik), tanggal 11.11.2019, pa call maklumkan makcik telah pun meninggal dunia.
Maka terpaksalah kami lupakan hasrat program ni sekali lagi.. tunggu mak pa selesaikan urusan di sana dan balik ke Malaysia.. Alhamdulillah, setelah selesai urusan di Cambodia, mak pa setuju balik Malaysia pada 15.11.2019.. Ini bermaksud sempat la mak pa join family day.
Cuma apa2 pun kena tanye pendapat mereka juga.. alhamdulillah sekali lagi urusan kami dipermudahkan.. mak pa setuju teruskan saja.. nak buat mcm mana lagi, bukan dpt hidupkan balik makcik, kata mak.. kita sedekahkan doa semampu boleh.. insyaallah
cukup la bab sedih ye.. kalau nak cerita lengkap, panjang ceritanya!!
Perjalanan ke Vila (25 November 2019)
OK kita sambung ke tajuk sebenar iaitu family day.. kali ni story sampai la hari check-in vila ye..
Maka, setelah mak pa pulang dari seberang, ada la dalam cukup seminggu lagi sebelum Family Day, so pulun la kami buat last minit check apa2 yg patut... daripada carpool, ye la ada kereta kecik tapi barang banyak.. alhamdulillah dlm family ada 2 family ada van hi-ace so ada 2 van akan konvoi.. total up 5 kenderaan (2 hi-ace, 2 mpv dan 1 sedan).. aku pula supir paksa MPV mak iaitu Grand Livina.
Konvoi team.. sedan Proton Pesona tunggu di Highway Plus |
Perjalanan memakan masa 1jam 40 minit sebab turun ke selatan exit Jasin bertujuan melawat rumah kami yang sedang dlm proses PBT utk serahan tunggal.. tunggu kunci la senang cakap...
tapi permandangan ni plak family aku dpt tgk..
Siling jatuh.. mmm no word to speak |
sinki plak... mmmmmm |
tak apa, belum terima kunci kan.. nti diaorg repair la kot.. so simpan sini.. kot2 esok2 bleh buat rujukan...
selesai tinjau rumah, terus naik utara sikit menuju ke Bukit Katil, Melaka iaitu kawasan rumah mak mertuaku.. tapi tak sanggup nak bawa rombongan singgah rumah mertua woi.. ramai ya amat.. so kami pinjam food court berhampiran sahaja untuk singgah lunch secara potluck.. foodcourt situ aktif sarapan sahaja so waktu lunch tak aktif, tak ada kedai yg buka pun so boleh la kami tumpang makan.. aku sefamili pula boleh la singgah umah mertua jap hai hai bai bai.. cewah.. tu pun sempat petik mangga lemak ko.. kelassss.. hahaha
Setelah lunch, kami solat pula di Masjid Rhaudatul Jannah, Bukit Katil.. Masjid sejarah buat aku sebab di situ la aku sah mengisterikan bini aku.. eh, btul ke tatabahasa aku nih?? arh lantak la.. hahahah
selesai solat terus shoot ke Perigi Hang Tuah pula, sengaja habiskan masa dan shopping goodies dan jajan di situ.. ye la, check-in vila jam 3pm, masa ni baru 1.30pm..
shopping buah tangan |
snap dari jauh skit.. |
ni la rupa Perigi Hang Tuah.. jakun smua |
nah zoom in skit.. |
mcm pelancong luar ko bergambar... |
nak gambar perigi tau.. katanye.. hahahah |
Ni la rombangannya.. tgk la mata aku tu.. oh my dark circle.. |
kot ada nak terberak, terkencing simpan nak buang kat vila, stby le... dh la aku baca wasap tu dlm 300m je lagi nak sampai.. kalau baca awal mungkin boleh singgah dulu petrol stesen ke buang apa2 yg patut kan.. gamak le...
Tapi owner sangat bertanggungjawab, lori tangki dalam perjalanan utk top up air dlm tong2 yg owner sediakan dalam vila.. and plus 2 kotak air botol 1.5lx12 untuk kegunaan sementara.. mmg rasanye 80% air botol tu gunanya ke toilet.. sbb mejoriti tgh tahan kencing berak masa sampai...
Check-In Vila Inderaloka
Ni copy gambar rasmi dari fb rasmi vila |
Memang puas hati la kami semua.. smua keperluan lengkap.. selesa..
minum petang express.. ada teh tarik tp tak snap.. jemput tgk |
ni namanya welcoming wet.. |
beberapa minit kemudian owner dtg topup plus lagi 6 kotak air 1.5lx12. lori air pun ada dh tgh top up air dlm tong2..
mmg agak kelam kabut waktu tiba tapi kami hadap takdir ini dengan tenang dan pasrah.. ye la masalah bekalan air ni bukan bidang kuasa owner pun kan.. alhamdulillah ahli keluarga pun faham..
Ditakdirkan pula malam tu hujan lebat ya amat.. apa lagi semua amik peluang tadah 'rezeki' daripada Allah ini.. semua alatan yg boleh tadah air kami gunakan..
mungkin leceh di mata korang.. ye la mesti ada yg cakap "bayar sewa vila mahal2 tapi air tak de.."
well as i said b4, ianya takdir kami... alhamdulillah kami positif sahaja, mungkin ada hikmah bagi kami.. siapa tahu kan.
Wan (aka pakcik) set up tong, tadah air hujan |
apa2 alat boleh tadah air, terpaksa guna.. tanpa was2 |
Hujan lebat malam tu, tau2 je kami kekurangan air bersih.. hehe |
malam tu pula air utk minum and masak alhamdulillah cukup buat kami.. kami masak tomyam campur and ayam goreng plus pula dgn lauk potluck lunch tadi masih elok.. alhamdulillah hari 1st kami boleh aku kelaskan agak lancar tanpa masalah sangat... smua kenyang.. mandi kolam.. Hujan mula reda je, trus diaorg sambung mandi kolam.. kecut ke apa ke tanggung sendiri ye.. hahahah
aku sendiri pula mlm 1st tu ssh tido.. tak tahu pasal apa.. mata pejam tp rasanye berjam2 tak mahu lena.. sakit plak hati.. mgkin sbb gusar utk jalankan aktiviti esoknya.. yg agak padat jadual.. plus ni 1st time kot aku lead program and aktiviti mcm ni.. mmg aku rasa tak tido pun mlm tu.. tup2 dh subuh.. ko ghase??
Alhamdulillah aku cuma amik pengalaman daripada program anjuran pejabat je.. tak ada rujukan pun.. kalau ada pun, pakcik gugel je la.. hahahah
Alhamdulillah juga bekalan air pulih lebih kurang jam 2am... so next day program should be smooth..
Terima kasih Encik Mat Noor, bertungkus lumus selamatkan program kami..
K la, itu dulu setakat ni.. esoknya boleh dikatakan hari kemuncak program.. so byk skit story morynya.. kita sambung je di part-3 atau D-day ok...
No comments:
Post a Comment