Sekadar hiasan |
Susulan viral kes ibu bapa kedekut dengan anak-anak tetapi tidak berkira membeli barang yang tidak penting seperti sport rim dan sebagainya.
Aku nak cerita yang mak aku kedekut! Semasa berada di darjah 5, beg sekolah aku koyak dan tak boleh zip. Aku telefon mak pada pagi itu dan tak nak pergi ke sekolah sebab malu beg koyak. Gila! Memang taklah mak nak bagi ponteng sekolah. Terpaksalah pergi sekolah sambil tangan memegang beg yang disandang untuk cover koyak itu. Kebetulan pula dah dekat hujung tahun, dah nak cuti sekolah. Jadi memang taklah mak nak belikan beg sekolah baru. Sebulan jugalah pergi sekolah dengan beg koyak. Mula-mula memang malu tetapi lama kelamaan dah tak rasa apa-apa dah.
Itu sebagai satu contoh nak beritahu yang mak aku kedekut. Banyak lagi peristiwa yang lain. Baju baru setahun sekali saja, itu pun pada waktu raya. Makan di kedai dah dikira sebagai mewah walaupun nasi lemak ayam dan laici ais. Itu pun merasa sebulan sekali saja. Kadang-kadang KFC sebulan sekali, tetapi budak-budak kan, sedap gila kot walaupun makanan sempoi je. Tak ada Nandos, tak ada Shell Out, tak ada TGI Friday. Mak-mak sekarang? Shopping online saja-saja setiap bulan. Makan di kedai seminggu sekali kan?
Waktu kecil dulu aku fikir mak kedekut tetapi, mak sebenarnya sangat tegas dalam soal menyimpan wang. Dia bukan kedekut, tetapi dia menyimpan untuk yang lebih perlu.
Kami bercuti setahun sekali (dalam Malaysia) wajib!. Walaupun tidur di motel bajet, tapi kami pusing satu Semenanjung. Kami pergi muzium, tempat-tempat bersejarah (okay, mak skema).
Mak tak pernah tukar perabot, shopping baju setiap bulan seperti mana yang dilakukan oleh mak-mak moden pada zaman ini. Bonus kerja yang kerajaan bagi setiap tahun mak tak pernah gunakan untuk berjoli tetapi disimpan dalam akaun Tabung Haji anak-anak dia.
Kalau kita? Tak tahu dah ke mana duit bonus itu pergi. Tahu-tahu saja sudah habis digunakan.
Antara contoh lain, duit simpanan mak yang aku fikir dia kedekut selama ini, disalurkan ke tempat yang lebih perlu. Anak-anak mak 4 orang, masing-masing sudah memiliki kereta sendiri. Downpayment kereta 10% mak yang sponsor. Insurans, Road Tax tiap-tiap tahun? Mak juga yang bayarkan. Anak-anak dah kerja tetapi mak yang banyak tolong. Kau ada mak seperti ini? Hahaha!
Bila aku nak beri duit setiap bulan, dia tak nak terima.
"Simpan sajalah, kau tu banyak nak guna duit," kata mak.
Allahu, mak tak pernah senang, jarang mak shopping untuk diri sendiri. Anak-anak dah besar nak hulurkan duit pun dia tak nak terima. Terpaksalah aku bank in secara senyap-senyap.
Aku kongsi cerita ini bukan apa, tak baik cakap mak ayah kita kedekut. Kita tak tahu mereka bekerja dan mereka nak juga ganjaran untuk diri sendiri. Kita sebagai anak-anak ini, terima sajalah. Mereka lebih tahu yang mana lebih penting. Bila dah dewasan nanti barulah tahu kenapa kan?
Terima kepada abah juga sebab kebanyakan duit mak pun datang dari abah juga. Mak tolong simpankan saja. Hehe! - Nurul Izzah
No comments:
Post a Comment