Monday, December 11, 2017

Bid at Chilindo.. is it worth it?

Tajuk je speaking english... post bahasa melayu k...

Pernah dengar laman web lelong Chilindo?


Chilindo ni originalnya di Thailand, kira baru juga la nak meluas pasaran ke Malaysia..

Kawan2 pejabat pula ada yang dah start main bidding, seronok sampai ketagih katanye.. mmmmm

So, terpanggil la aku utk mencuba... harap jangan ketagih, sudah...

1st time bid, ok la.. agak simple dan mudah (bukan sama ke maksudnye... lantak la), klik je bid tu byk kali sampai harga maksimum, klau ko menang, menang la.. nak ckp apa lagi kan..

tapi boleh buang barang yang berjaya bid tu.. ko pm kat facebook chilindo je, respon dia sangat pantas.. tapi make sure brg tu betul2 ko tak nak sebab sekali dh buang, tak boleh add balik melainkan kena bid semula.. OK

back to my story, 1st items bid tu rasa macam berbaloi dh tapi tetap was2. So aku google la review2 yg ada kat tenet, ada la pros and cons tp disebabkan aku byk baca cons, sehari lepas order 1st try, aku cancel plak order tu..

cer tgk ni...

Order yang aku cancel.. camne korang rasa? aku rugi atau chil rugi?
Namun, disebabkan kawan2 duk cerita dpt brg yg agak berkualiti, aku terpanggil tuk cuba juga sekali lagi.. bid and bid sampai lewat malam.. OK ini dikira ketagih tahap 2.5.. hahaha

ada 1 brg la yg aku aim bagi rasa berbaloi skit iaitu Bluetooth Smartwatch.. aku cuba aim and bid harga di bawah RM20 (Lazada pun paling murah RM29).. sekali termelekat la bid harga RM19.20 tapi plus services jadi RM21.12 plak.. jadi la, plus rm1 lebey je.. and bid brg2 lain alang2 tu.. tgk la bwh ni..

Barang yang confirmed order..
selepas order, barang sampai lusa.. Delivery RM8 tu fix ye.. maksudnya kalau nak rasa jimat, kena order byk2 sbb byk mana pun order, delivery (Penghantaran) harga tetap iaitu RM8..

Tada... Barang dah sampai

OK time for review.. it is after 1 week used...

1. Chair Back Support 
- tak mencapai expektasi plak, sebab cadang nak buat sandar kat kerusi pejabat, macam tak pakai je rasanye... tapi kita ni hidup kadang2 kena kreatif.. apa lagi 'kawin'kan dia dgn bantal sofa.. (mak hadiahkan ok).. mcm ni ha:

tada... alhamdulillah selesa pinggang.. boleh cobe

2. Stereo Headphone Yellow 
- Ok la.. 5 daripada 10 bintang sebab bass bunyi sedap cuba kena up volume skit and 1 more to say, agak kedap.. berpeluh gak la telinga.. (tak perlu gambar la ye..)

3. Universal Mobile Phone Holder White
- Yg ni terpaksa akui agak berbaloi dengan harga aku bid.. tak sampai RM2 pun.. grip pun kuat.. besi flexi je mgkin agak keras skit tp still managebale... worth it (juga tiada gambar.. guna dalam kereta)

4. Mobile Phone Ring Grip
- Yg ni memang tak pakai pun, cadang nak hadiah ke wife je.. quality pun so-so.. tp still agak berguna..

5. Bluetooth Smartwatch Black
- This is main attraction to me.. mmg aim yg ni tp harga murah.. alhamdulillah dpt dalam range yg dicadang.. OK la, sound kuat, blutooth lancar.. cuma setting agak blur skit sbb xde tutorial lengkap.. ada ringkasan je.. youtube je la nak pakai mcm mana.. for all, satisfy la gak..

Kesimpulannya, kalau nak lelong chilindo atau web lain yang sewaktu dengannya, cuba la cari harga pasaran sebenar. contohnya lazada or kalau terlebih rajin, gi la outlet2 yang berkenaan..

yang pasti, barang aku order ni mmg mur2 (murah-murah) drpd harga pasaran.. tu rasa la skit keberbaloian itu (rosak BM aku.. hahahah)

Ada juga yang review barang2 chilindo ni standard pasar malam je.. well, i grew up with my parents income from pasar malam.. so what the heck?? huh

1 lagi ni kalau nak ilmu tambahan la, baca dlu hukum membeli barangan lelongan daripada blog ni.. Klik Sini

tu je nak coret.. OK selamat melelong..

2 comments:

  1. Bluetooth Smart Watch baru sampai hari ini, pantas juga delivery. tapi tak boleh power on itu watch, kena charge 8 jam ke baru boleh on?

    ReplyDelete
  2. sama la sy pun bru dpt smart watch .tp xboleh on.awk charge pakai ape?

    ReplyDelete