Tuesday, November 12, 2013

Entiti misteri muncul dalam Filem Sunshine (2007)

Sunshine (2007) merupakan Filem genre sains fiksyen pengembaraan mendebarkan yang diarahkan oleh Danny Boyle.  
Filem ini diadaptasi dari buku yang ditulis oleh Alex Garland mengenai kru kapal angkasa dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan matahari yang dikatakan 'nazak' pada tahun 2057, anak-anak kapal akan dihantar pada misi untuk meletupkan satu sisi pada matahari dengan bom nuklear dengan jisim sama besar dengan Bandar Manhattan agar pusingan orbitnya kembali normal.  
Skrip adalah berdasarkan cerita para saintis dalam perjalanan psikologi yang mengagumkan. 
Pengarah menjalankan rutin latihan hidup bersama dan belajar tentang topik yang berkaitan dengan peranan mereka sebelum menjalankan pengambaran. 
Antara barisan pelakonnya ialah Cillian Murphy, Chris Evans, Rose Byrne, Michelle Yeoh, Cliff Curtis, Troy Garity, Hiroyuki Sanada, Benedict Wong, Chipo Chung, dan Mark Strong.

OK, cukup la kot pasal intro... kat sini nak cerita pasal kemunculan beberapa gambar secara misteri semasa menonton filem tersebut dalam DVD.. tak tahu la pulak semasa tayangan dalam pawagam ada ke tidak sbb saya tak sempat tgk wayang masa filem ni ditayangkan.

Sebenarnya secara accidently je tergerak nak tgk smua filem2 hebat lakonan Datuk Michelle Yeoh, so gugel la film list lakonan dia.. Filem Sunshine adalah salah satunya.

Jika anda perasan pada minit ke 00:49:21, ada satu gambar muncul tiba2 dalam bentuk flash, iaitu kurang drpd 1saat...


printscreen flash face on 00:49:21
Masa tu babak Kapal mereka bernama Icorus II baru bercantum dengan Icorus I dalam sesi jejak kasih sebab Icorus I merupa kapal misi pertama yang gagal dan hilang dari radar tapi Icorus II secara tidak sengaja telah menjumpai mereka.

Namun, flash face tersebut makin banyak yang keluar pada minit2 berikutnya...


printscreen flash face on 00:49:32

printscreen flash face on 00:49:40

printscreen flash face on 00:50:42

printscreen flash face on 00:50:42 juga

printscreen flash face on 00:50:47

Jika kamu baru nak tonton, silakan tgk balik... mula2 saya perasan macam seram sejuk jugak.. tu siap gugel rupanya mmg smua salinan filem ni mmg ada...

Yang paling seram masa hampir2 babak akhir.. muncul gambar ni..

printscreen flash face on 01:13:07

berikut antara komen2 pada forum yang sempat gugel...


Friday, November 8, 2013

Isu Insya Allah yang kononnya dibangkitkan oleh Dr Zakir Naik

Isu Insya Allah yang kononnya dibangkitkan oleh Dr Zakir Naik




Soalan :

Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?


Jawapan :

Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah


insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.

Wallahua'lam

Tambahan :

Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah

Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah

(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)

Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.

Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Antara fatwa mengenai Dr Zakir Naik klik di sini.

Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini  Sila klik gambar untuk besarkan:

 
 
 

Thursday, October 10, 2013

Bukit Belacan.. yes aku membesar di sini...

Mungkin namanya agak pelik tapi memang nama ini dah lama digunakan bagi kawasan Taman Air Terjun di pinggir Ampang nih.. malahan kampung tempat aku membesar pun namanya Kampung Bukit Belacan, tapi dalam alamat tak guna lak.. so Bukit Belacan (BB) ni sebenarnya nama sungai rekreasi yang telah pun dirasmikan namanya sebagai Taman Rimba Ampang.. masa tu aku kecil lagi so aku tak pasti bila tarikh perasmian ini sebenarnya..

kat sini la aku pun byk kali diving cam ni gak.. bese r cabar mencabar budak2 kan..
kalau korang peminat senario (Kumpulan artis pelawak), ada scene dalam filem Senario lepas wahid kene tempak ngan air longkang oleh AR Badul, diaorang cleaning balik kat sini la..

Pintu Gerbang..
Pintu gerbang ni masa aku pindah tak ada pulak.. naik selepas aku pindah ke kajang la kot..

Jalan yang diTarkan... senang sikit..

Teringat zaman tu kami kengkawan lebih suka jalan kaki je ke BB ni... ye la umah dekat kan.. dalam 15min je.. aku sempat merasa masa jalan ni tanah merah lagi.. sampai la pihak kerajaan la kot, bubuh tar kat tanah merah tu so, senang la skit. kadang2 tu tgh jalan kaki, suka2 tahan lori yang lalu, minta tumpang ke BB ni.. sporting gak la driver2 masa tu.. panjat je blkg lori tu.. kalau la org zaman skrg ni nmpak, mesti kene marah sbb tak amalkan ciri2 keselamatan.. hahaha.. masa tu gak tak terfikir lak kalau2 kene culik ke hape ke.. Alhamdulillah masa tu tak ada la desakan hidup melampau mcm skrg ni, siap penculik bersepah bagai..

Pernah gak aku buat jahat, lepas exam end year, masa tu rasanye darjah 4@5.. kluar umah camtu je ngan baju biasa.. tak bawa beg skolah sbb mmg bagitau mak ujung2 tahun cam ni tak blaja dah, tgu abih sesi skolah je trus balik.. so, aku kluar trus gi melepak ngan kawan kat BB spjg waktu persekolahan.. senang kata memonteng la.. tu pun syukur tak ada apa2 kejadian buruk berlaku.. terjun sungai ngan baju tu gak, pastu balik jalan kaki.. tup2 sampai umah dah kering... best siot masa tu.. kadang2 kalau rajin masa balik tu main tangkap2 cicak kubing atau mengkarung..
Carian Mr.G

OK, udah2 la entri pengenalan yang panjang berjela nih.. aku nak cerita sebenarnya pasal isu semasa BB nih.

Tahun lepas aku ada gi jelajah kampung lama aku BB ni.. saje nak mengimbau kenangan.. tapi masa sampai tu, tengak tapak rumah lama mak aku pun dah berlalang.. tak ada orang duk dah, sayu je tgk rumah yg mana aku pnh makan, tidur mcm2 lagi la dalam tu makin mereput. Tapi apa kan daya, nasib sertinggan.. tak bawa kamera lak nak snap masa tu..

so trus shoot gi BB lak.. terkejut gak tgk pintu gerbang dia dah kene seal siap ada notis NO ENTRI..
so agak tak puas hati, balik2 je aku trus google.. makin terkezut aku tgk maklumat2 sebegini..

Air yang dulunye jernih kini macam "nescafe"

ni lak macam susu basi

Jalan dah rosak teruk..

Sunyi sepi macam taman Hantu

Playground yang dulu pnh jadi port shooting klip video kanak2

Loji tapisan.. had di mana pengunjung bleh mandi-manda sampai sini je

another capture of jalan rosak..

sini pun aku pnh mandi.. sayu sey.. sedih

Apa yang dah berlaku kat sini sebenarnye?? mohon jgn politikkan soalan nih.. tak kisah la siapa yang bertanggungjawab tapi pendapatan peribadi aku, tersangatlah sayang tempat riadah yang dulunye riuh ngan suara kanak2 riang, tempat warga kota boleh rehat2kan minda, hilangkan stress akhirnya jadi macam ni..

Maaf la kalau2 sekarang BB ini sudah dibaiki ke belum. Aku tak amik port dah sejak kali terakhir aku melawat sana.. kalau dah cantik balik, nak gak gi lagi sana..

K sekian

Monday, October 7, 2013

Perkembangan anak sulongku...

Tak ada apa2 nak update sangat... Just enjoy raising up my baby... the greatest gift from Him..

2 Bulan...

3 Bulan

3 Setengah Bulan

5 Bulan.. bersama adik jagaan.. ada la peneman dan penriuh rumah...

With Ahmad... anak ex-boss.. wife amik upah sitter

Barisan sepupu sepapat masa Aidilfitri 2013 / 1434


With another cousin.. Muhaimin.. if im not mistaken


Makan esroom


Perancangan untuk Masa depan...

Siar2..

Meneman ayah ibu shopping

Monday, July 8, 2013

Ucapan Ramadhan yang tak berapa sesuai... 18NX

Kepada pembaca blog saya, sedar tak sedar Ramadhan sudah pun menghampiri..
Sebagai hamba Allah yang lemah, saya meniatkan apa yg tertulis dalam gambar dia atas iaitu print screen dari wall FB saya

Namun, jika berbalik kepada tajuk entri kali ini bukan berdasarkan gambar itu, cuma mukadimah sahaja.. Bak perumpamaan dalam karangan adalah pendahuluan/pembuka kata.

yang saya maksudkan adalah print screen berikut

Jadi, apakah pendapatan anda tentang ucapannya yang sangat matang itu??

Untuk makluman anda, hamba Allah ini juga la telah banyak menabur fitnah dan reka cerita palsu untuk menjatuhkan saya.. antaranya :
  • Saya ini "kaki perempuan"
  • Saya mengumpat/memburukkan dia
  • Saya membuat mak dia menangis sebab mengutuk dia
  • Dll
Namun, alhamdulillah Allah itu maha adil.. bukan saya kecundang malah semakin maju.. hidup saya makin bahagia.. hubungan kluarga tunggal ngan mertua termasuk ipar2 smua tiptop..

sekarang anda nilai dari sms yg diucapkan kepada saya... saya tak akan bahas/bantah apa yg dituduh itu.. sebagaimana saya sarankan kepada kenalan saya, gunakan akal n minda anda.. silakan siasat sekiranya benar apa yang dituduh itu.. Saya sudah penat (ayat bidas mengalahkan retis.. heheh) menjawab gossip2s murah camni.. heheh

Selamat Berpuasa...

Peringatan ringkas...



"Hukum menjelaskan anak lelaki tetap bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya. Manakala seorang perempuan hanya perlu taat kepada suaminya."

Allahuaklam...

Tuesday, May 28, 2013

Benarkah 100Plus bukan lagi minuman tenaga?

Tergerak nak cari/tgk kandungan gula dalam isotonik drinks, terjumpa maklumat ni.. betul tak betul, tak pasti..mungkin anda lebih mengetahuinya...

Semenjak Nov 2011, kerana tamak haloba sykt F&N Malaysia tidak lagi mengunakan beberapa ramuan electrolyte yg penting utk orang yg deman, cirit birit & suka bersukan.  Sykt tersebut tidak lagi memasukkan 4 ramuan electrolyte ke dlm minuman 100plus iaitu Citric Acid, Sodium Citrate, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate. 100plus bukan lagi minuman isotonik yg sebenar.

Ramuan Asal 100Plus:
Carbonated Water, Sucrose, Glucose, Citric Acid, Sodium Citrate, Sodium Chloride, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate.

Ramuan Sekarang:
Carbonated Water, Sucrose, Glucose,  Sodium Chloride,
Ramuan yg telah dikeluarkan:
Citric Acid, Sodium Citrate, Potassium Phosphate and Calcium Phosphate.


Edisi UK ade pulak ramuan tu...

PS: Aku dah check botol 1.5L 100Plus yg aku baru beli kat Jusco, memang sah & betol ramuan tersebut dah tiada dlm 100 Plus. Cuba korang check pulak 100plus yg korang bli.


Gambar 100 plus dgn ramuan yg asal
Gambar Sekarang pada botol 1.5L dgn ramuan baru

Tonton Video YouTube ini

Nauzubillah.. Allahuaklam.. kepada yang nak siasat lanjut.. dipersilakan..

Sunday, May 19, 2013

ePsikologi: Perasaan Hasad Dengki Manusia


1. Perseteruan dan Kebencian - Ianya merupakan sebab yang paling kuat dan paling jelas. Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana yang menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

"Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya..." ( Surah Ali Imran : Ayat 120 )






2. Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan - Iaitu terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya. Jika ada di antara mereka yang setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada pangkat atau ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.

3. Angkuh (Takbur) - Angkuh serta meninggi diri dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab Jahiliah.

4. Ta'ajub - Rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dan sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya ( suka diampu). Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya.

5. Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai - Perasaan ini terkhusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau cita-cita yang yang sama, seperti adik-beradik yang berhasad dengki sesama mereka bagi mendapatkan kepercayaan bapanya. Perasaan ini juga banyak terdapat di kalangan orang-orang politik yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan pengaruh daripada pemimpin atasan. Jika sampai ke tahap orang lain itu boleh menyekat cita-cita ataupun menghalang matlamatnya, maka hasad dengki akan menguasai dirinya bagi membolehkan dirinya berjaya dan pesaingnya gagal.




6. Gilakan Nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang Tertentu - Seperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjungi dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikan, jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ianya lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan yang dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpa ada tandingan atau saingan.

7. Busuk Hati - Hasad yang berpunca daripada busuk hati ini sukar untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirinya. Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lainpun beliau sanggup mempertikaikan Allah kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.




KESIMPULAN: Jika dalam diri kita bermaharajalela hawa nafsu yang berpunca daripada ketujuh-tujuh sebab ini, maka akan lahirlah perasaan hasad dengki dan khianat dalam diri kita. Jika ianya tidak dapat dihindarkan ataupun kita tidak berusaha untuk menepisnya keluar dari dalam hati kita, maka hasad dengki dan khianat ini akan sebati dalam darah daging kita. Justeru, cara merawatnya supaya sifat hasad dengki ini terhindar dalam diri kita ialah dengan kita melakukan tindakan-tindakan positif yang bertentang dengan maksud ketujuh-tujuh punca kejahatan yang disebutkan di atas.

Saturday, May 18, 2013

Mak menangis lagi...

Tajuk macam lari skit.. saje je tarik minat pembaca.. jgn marah ye...

Ini cerita sebenarnya:

Saya pernah difitnah menjadi punca perbalahan dia dengan ibubapa dia pdhal dia yg cari pasal dgn ibubapa dia hanya sebab x sukakan saya,

dia x sukakan saya pn hanya sbb penyakit was2 yg ekstrem sampai menuduh saya buat salah dgn dia. (saya buat siasatan sendiri mmg ada isu kebetulan yg terjadi.. kebetulan..)

Dia cuba pulak memfitnah saya tatkala berpeluang bersemuka dgn mak saya kononnya mak saya akan memarahi/membenci saya,

kuasa Allah itu sangat besar dan adil.. bukan setakat mak tidak percaya dgn tuduhan2 dia malahan mak kesal sehingga menitis airmata yang rupanya selama ni mak menyanjung dan memberkati persahabatan saya (anak) dgn dia yg nmpak baik dan alim, rupa2nya berhati busuk dan jahat..

Gambar carian dan curian dari Mr.G


semua pertuduhan dia terhadap saya adalah tidak benar tetapi, teramatlah jelas dia la yg sedang melakukannya.. kesian..

saya masih marah dan benci terhadap dia bukan atas apa yg dia buat terhadap saya, tapi terhadap mak saya..

"kau dah gaduh besar ngan mak ko, ko nak aku pn gaduh ngan mak aku... how crazy is that???"

Kalau dgn mak saya pn dia berani conference n accuse me WRONGLY.. saya x tau la apa dia tuduh saya kepada kwn2 lain.. so, terpulanglah kpd kwn yg mendengar itu sm ada nak percaya dia atau tidaK..

maap lak kpd yg kurang berkenan dgn status ni.. Mungkin ada yg tuduh saya tidak matang post bende2 camni.. mmg dia pn slalu marah atas insiden2 lain yg menampakkan ketidakmatangan saya, but to me its better tidak matang asalkan tidak menipu.. the insiden almost a year ago but tersentap jap ekoran isu afiq muiz..

*UAI pn menegakkan kebenaran diri tatkala diri difitnah... he motivated me.. huhu

Sunday, May 12, 2013

Kelopak mata kananku bergerak-gerak...


Assalamualaikum warahmatullah,

Dah seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kanan asyik bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan aku... Ramai orang kata itu adalah petanda... antaranya:

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Tapi korang jangan caya bulat2 benda camni syirik K...aku rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan aku mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang aku jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress. Di sebabkan itu rupanya....Maknanya adakah aku stress kebelangkangan ini? hihihi....






Semoga mata aku cepat sembuh. Di bawah aku  sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang tua dulu-dulu  memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

  •     Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  •     Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  •     Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  •     Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  •     Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  •     Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  •     Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  •     Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  •     Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  •     Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  •     Bibir bawah bergerak = akan menangis
  •     Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  •     Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  •     Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  •     Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  •     Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  •     Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  •     Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  •     Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  •     Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  •     Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  •     Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  •     Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  •     Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Hah......korang pernah tak mengelami situasi sebegini?.......Wallahu‘alam....


Note:
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

Wednesday, May 1, 2013

Songkok tu dah hilang... Maafkan saya pak cik!!

Tetiba teringat zaman kanak2 dulu... berkaitan songkok

Masa darjah 4 (1992) aku sekolah kebangsaan agama sebelah petang, masa tu mak ayah aku tak de la semampu skrg ni.. set pakaian sekolah aku 1 tu je.. cuci sekali seminggu..

pada 1 hari, aku cam biasa berjalan kaki ke sekolah dalam 4/5km dr rumah.. siap lalu shortcut celah2 rumah org, lalu laman belakang, lintas longkang, semak samun.. mencabar jugak.. dan selalu akan lintas 1 rumah buruk yang seakan2 tak ada org tinggal.. tapi mmg org bercerita ada seorang pak cik agak uzur tinggal keseorangan dalam rumah tu, cuma aku tak pernah nampak je..

Tup2 hari tu, bila aku lintas rumah pak cik tu dan baru jejak kaki kat jalan tar yang tak berapa jauh dari rumah dia, pak cik tu panggil aku dari depan tangga rumah...
Mula2 gerun jugak.. ye la cerita budak2 masa tu juga kata rumah tu ber"tettt" la, apa la.. mcm2 gak la cerita aku dgr..

"nak, oh anak muda... mari!! mari sekejap!!" pak cik tu memanggil aku

kebetulan masa tu ada jiran depan tgh pungut sidaian kat ampaian, dia pun menggalakkan aku pergi je jumpa pakcik tu..

"pak cik tu panggil kamu la dik.. tak pe, pergi je.. tak ada apa2 la.. pak cik tu baik orangnya..." Jelas akak jiran tu

so dengan bertemankan akak yg aku tak berapa kenal tu, aku pun pergi la berdepan dengan pak cik tu.. ye la at least ada org nampak aku menuju ke rumah usang tu.. bukti.. hahaha (konon masa tu nak berlagak la aku berani.. hahahaha)

so aku pun bersalaman dengan pak cik tu, dan kami sempat borak ringkas.. cuma aku kan jenis tak reti sgt bborak dgn org tua  masa tu.. malu, segan..

"anak ni nak pergi sekolah ke nak balik?" tanya pak cik tu
"nak gi sekolah, pak cik" Jawab aku..
"rumah kat mana? tiap hari pak cik nampak anak lintas sebelah rumah pak cik ni" tanya pak cik
"kat BB pak cik" Jawab aku.. (Bukit Belacan)
"ohh BB, tak jauh la... sebenarnya pak cik berkenan sangat tgk kamu.." Pak cik bercerita lagi

Tapi lepas tu pak cik tu termenung je, tak cakap apa2 sambil usap2 kepala dan belakang bahu aku.. aku pulak merelakan aje la.. ye la kot2 dia teringat anak dia ke, cucu dia ke.. agak pelik dan bercampur2 gak perasaan aku masa tu.. lepas tu dia tegur songkok aku yang agak keperangan tu lak.. memang songkok aku agak keperangan sbb byk kali basuh kot.. dah lama..

"Ini songkok bila ni nak...? dah tak hitam pak cik tengok" tegur pak cik
"Ini songkok dari mula sekolah dulu pak cik, dari darjah 1..." Jawab aku
"ooo, mak ayah tak belikan yang baru ke???" tanya pak cik tu lagi
"tak.." aku jawab ringkas je..
"anak nak yang baru???" tanya pak cik lagi
"nak.." aku jawab ringkas lagi..

al-maklum la masa tu terjujur ya amat lak.. budak2 la katakan.

"sekejap ye, pak cik ambil 1 songkok ni, rasanya muat kepala anak ni..." jelas pak cik sambil bingkas bangun untuk mengambil songkok

2 minit kemudian pak cik muncul dgn songkok baru siap dalam kotak lagi... terus pak cik tanggalkan songkok lama kat kepala aku ni dan sarungkan songkok yg dia bawa tadi... terkejut gak mmg ngam2 songkok muat ngan aku...

"haaa.. muat la dengan anak" jelas pak cik sambil tersenyum..

aku lak diam je...

"anak pakai la songkok ni, yang tu bagi mak simpan ye..." jelas pakcik sambil tuding kat songkok lama aku

sekadar hiasan

aku bingung gak masa tu, tertanya2 pakcik ni bagi songkok baru ni kat aku ke???
Aku pun tanggal balik dan serah semula kepada pak cik tu, tapi pak cik tu mmg nak bagi kat aku

"eh eh, tak apa, pak cik sedekahkan songkok ni kepada anak ye.. yang lama tu anak simpan.." Jelas pak cik
"Pak cik bagi saya ke?" tanya aku lagi utk jelas
"ye nak, pak cik bagi kamu.. ye la simpan lama2 pun bukan boleh buat apa pun.." Jelas pak cik
"terima kasih pak cik... saya dah lambat ni, saya pergi sekolah dulu ye" ucap balas ringkas aku

so, aku salam pak cik tu dan terus menuju ke sekolah... kebetulan masa tu aku terserempak dgn kawan aku yg tgh jalan kaki juga menuju ke sekolah.. Meor Arif

"Ko buat apa kat umh pak cik tu???" tanya Meor
"Ntah, dia panggil aku nak bg songkok ni" jawab aku
"eh, nape tiba2 dia bagi ko???" tanya meor lagik
"Ntah, orang bagi, aku amik je la" jawab aku

So, disebabkan ghairah dgn songkok baru, sesampai je kat sekolah aku tukar balik ngan songkok lama, kononnya nak simpan tunjuk kat mak dulu.. disebabkan takut kemek renyuk songkok baru ni jugak, aku tak simpan dalam beg sebaliknya simpan dalam laci je.. tau2 la kan laci meja sekolah tu, ala2 mulut dumdum..


Kebetulan masa tu pulak bdk2 tgh musim main pingpong di masa lapang, terutama bila ustaz/ustazah tak masuk kelas.. Pingpong segera la katakan, susun 4 meja belajar tu dan guna songkok susun sebagai nett...
Aku tak main sangat tapi kwn aku ada ambil songkok pak cik bagi tu pinjam jadikan nett pingpong.. aku mcm x nk bagi tapi dah kwn tu grab n trus guna, tak nak la kacau game diaorg kan..

so bila ustazah sampai, kelam kabut susun balik meja dan pakai songkok masing2, dan masa tu la dugaan melanda.. songkok pak cik tu ilang ntah ke mana.. melilau aku cari dan bertanya, tak seorang pun mengaku mengambilnya.. aku agak sedih tak berair mata.. terasa amat kesal tak menghargai pemberian org..

Mulai hari tu, aku tak berani lintas rumah pak cik tu lagi.. takut2 kalau pak cik tu tanya mana songkok dia bagi.. sampai la aku pindah ke Kajang sekitar 1997..

21 tahun telah berlalu dan aku masih ingat dan kesal atas kelalaian aku... aku tak tahu kenapa aku rasa mcm teringat je muka pak cik tu.. Dah la tak sempat nak jumpa nak minta maaf.. Aku pun masih tertanya2 kenapa pak cik tu sedekahkan aku songkok???

Mungkin pak cik tu nampak aku ni mcm anak atau cucu dia ke?
Mungkin pak cik tu beli songkok tu utk adiah ke anak cucu dia tapi tak kesampaian ke?
Mungkin pak cik tu tak ada rezeki zuriat tapi berkeinginan ke?

Aku cukup kesal.. Berdoa moga Allah tak balas kejadian ni kat aku kelak dan memberi rahmat kepada pak cik tu.. Entah pak cik masih idup atau sudah menhadap Dia, aku pun tak pasti.. Rumah dia pun dah berubah peta, 21 tahun dah wei..

Maafkan saya pak cik..

Tuesday, April 16, 2013

Perkembangan Efah pada usia 2 bulan

Senyuman awalan yang sebenar


Efah

"Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan, memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur".

Bagi Saya, senyum pertama dari anak perempuan saya yang berumur enam minggu hampir menyebabkan air mata bergenang. "Hari itu banyak masalah di tempat kerja, Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya, dan terlintas di fikiran saya, 'Dia mengenali aku' – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting."


Minat berkembang terhadap desain yang kompleks


Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu.
 

Tidur bagi tempoh yang lebih panjang

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.
 

Pergerakan yang kurang janggal

Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar, dan lebih membulat. Bayi dua bulan anda kini juga sudah boleh menyambar objek dengan sedar, walaupun melepaskan objek itu belum lagi dipelajari. Semasa hari-hari awal dahulu, bayi menyambar dengan didorongkan oleh naluri.
 

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.