Ayah kami..
kami adik2 gelar ringkas je, Pa.. as in papa but half.. pa
Yes mmg diakui pa agak bengis, garang dan baran. Mak selalu pujuk kami balik bila lepas kene marah ngan pa yang pa ex-askar.. mmg ex-askar mcm tu..
Pa dulu askar pembangkang menentang rejim polpot (korang google, tau la kejam mana polpot nih)
aku membesar dgn rasa gerun terhadap pa.. mak je slalu boleh jadikan 'kawan'
can u spot my pa?? hehehe |
dipendekkan cerita, setakat kene rotan tu normal.. tapi tak pernah la sampai tahap parah kalau pa menghukum kami adik beradik.
Tapi aku ada sejarah gak kene sepak terajang oleh pa. haaa.. jgn korang fikir dera mendera lak sbb mmg salah aku.. aku ponteng sekolah masa tu darjah 4.
aku ponteng pun bukan gi bandar ke, mall ke mcm bdk2 skrg.. tapi nyuruk kat taman permainan.. aku ponteng pun sbb slalu jadi mangsa buli.. takut nak gi skolah..
diskriminasi sebab aku anak kemboja sangat kritikal masa tu.. tapi pa tak tahu, dan aku pun tak bgtau mak.. cikgu pun join sisihkan aku.. sbb tu aku tak kuat nak gi skolah masa tu..
bila pa tanye kenapa ponteng, jawapan popular aku of course la ada anjing kejar (mmg aku Cynophobia)
But after all, alhamdulillah aku berjaya tamatkan sesi persekolahan dengan jayanye.. cewahhh
kalau nak cerita pengorbanan pa, mmg tak tertulis.. satu yang aku boleh share, taraf kewarganegaraan aku.. yes aku Warganegara Malaysia. Pada asalnye akau hanya layak dapat taraf penduduk tetap walaupun lahir di Cherating, Pahang.
Masa tu mak dan pa adalah pelarian drpd rejim polpot dan ditempatkan di kem pelarian sementara, di situ lah aku dilahirkan dengan mak dan pa tiada sebarang dokumen diri.
Tapi semangat pa untuk aku dpt taraf warganegara mmg aku sanjung, ini pun mak yg cerita balik sbb masa tu kan aku ni kategori kanak2 riang lagi, mana fikir sgt masalah2 dunia nih..
ke hulu, ke hilir pa gi dapatkan sokongan, merayu untuk aku dapat taraf warganegara. Alhamdulillah usaha pa tak sia2 walaupun masa aku amik UPSR dan PMR, belum ada ID.. hanya ada surat penyataan ID aku dalam tindakan JPN (warna kuning).
Peraturan mengambil masa exam tu, ID kene ada atas meja sepanjang masa, aku lak gedabak surat warna kuning tu.. kalau pengawas exam yang lalu and singgah tpt aku mesti akan tanye
"mana IC awak?".
Aku pun cerita la serba ringkas.. kalau 10 pengawas, 10 kali la aku repeat explaination tu.. hahahah
Alhamdulillah mmg skrg aku akui nikmatnya jadi warganegara Malaysia. Aku kerja pun dalam sektor awam skrg, menabur bakti balik apa negara dah bagi kat aku dan keluarga aku.. heheh propa tak??
Berbalik pada pa, aku hampir2 tak pernah tgk pa menangis.. ye la ex-askar kalau menangis, buruk wei.. hahaha
Tapi, insiden hitam dalam keluarga aku masa arwah adik bongsu aku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke sekolah.. Arwah adik Zakaria bin Abu Samah pergi meninggalkan kami setelah 4 hari koma di hospital.
Masa tu baru aku nmpak pa menitiskan air mata sambil sedu2 minta semua org doakan agar adik selamt. Tapi, Allah lebih sayangkan adik.. kami sekeluarga pasrah
Masa tu baru kami adik beradik ni faham, pa ni sayang juga anak2 dia..
Hikmah kami dapat pa yang garang, bengis and baran ni la, kami anak2 dia smua jadi 'orang' skrg.. alhamdulillah..
lebih2 lagi semua kami dh jumpa jalan hidup masing2, dah berkahwin dan alhamdulillah juga semua dikurniakan zuriat. so boleh la kami lak merasa jadi mak ayah pula.
sedikit ringkasan kerjaya pa:-
Kerjaya la sangat...!! lebih pada sumber periuk nasi kami sekeluarga la...
lepas keluar drpd kem, pa kerja di bidang buruh kasar pembinaan, of kos la kan.. mcm korang nampak bangla2 or indon2 skrg ni, haa mcm tu la..
Sekadar hiasan - Sumber mr.g |
lepas ada modal sikit pa beli motor, jual aiskrim kon tu dgn motor. kling3.. masa tu seposen atau duaposen je..
Sekadar hiasan - Sumber mr.g |
tak ingat brp lama sbb aku budak lagi masa tu kan, pa dpt kumpul modal beli kereta plak.. tak ingat sangat brand and model apa, tp lebih kurang mcm dlm gambar nih..
lebih kurang la... |
masa ni pa berniaga bersama ngan mak, kami smua ni nama je ikut gi meniaga, bkn menolong tapi lebih kpd mengacau.. fhm2 la kan bdk2.. hahaha
masa tu jual popcorn ngan apam balik.
lps beberapa tahun kemudian, dapat lak buat downpayment van.. van nissan vanette biasa tu.. masa ni mak and pa tukar bisnes lak, jual pakaian.
alhamdulillah bisnes pakain menjanjikan pulangan lumayan sehingga la dapat tukar van kepada toyota hi-ace... plus 1 lagi kereta lain buat kegunaan umum.. skrg dh jadi trend kan.. kena ada 2 kereta dalam 1 masa.. 1 kereta guna rasmi, 1 kereta guna umum... THERBAEK...
Mak and Pa kekal jual pakaian sampai la pencen dah skrg ni, bisnes ni skrg passdown kat adik bongsu aku tuk teruskan legacy..
Usaha dan keringat pa ngan mak yang menampakkan kami sekeluarga mcm orang senang skrg nih, start drpd zero hokay.. sendiri bangkit..
Kami anak2 ni pun alhamdulillah tak merasa kekurangan walaupun masa mula2 tu mmg mak and pa susah sangat.. org skrg gelar miskin tegar la masa tu.. tapi makan minum cukup, tempat teduh (rumah) selesa, walaupun setinggan..
kalau hal penjagaan hakmilik pula.. pa ni jenis jaga gak harta dia, maklum la ssh kot nak dapat kan??.. sbg contoh sebelum ni pa pakai kereta Honda City, memang rapi beb, 10 tahun dah kereta tu macam masih baru beb..
Sekadar hiasan - Sumber mr.g |
Sekadar hiasan - Sumber mr.g |
Bila kami balik pulangkan kereta, terus pa buat inspection.. hebat tak??
kalau ada calar sikit.. siap la siapa yg pinjam last tu.. hahahaha
aku pun pnh kene wei, calar kat skirt, sib baik mak ada and beckup masa tu..
"abg tu yg pakai kereta tu last kan? buat2 lupa lak.. mana abang parking sampai tercalar nih..?" mak mengayat power kat pa.. heheheh
lps tu mak siap bisik kat aku..
"lps ni, pandai2 la korang ye, mak dh tak sanggup nak terus tipu ayah kau tu.. no more beckup2 OK" jelas mak sambil bisik kat aku..
aku just senyum lebar je la tanda "BEREH"... hahahaha
Sekarang ni macam aku mention td, mak and pa dah pencen tidak bergaji.. Insyaallah kami anak2 pula akan tanggung mak and pa.. mak and pa doakan supaya kami dimurahkan rezki dan sihat walafiat..
ok tu je la serba serbi ringkas pasal pa (mak diselitkan gak sikit2.. hahaha)
or lebih kepada tajuknya "antara kereta yang pernah pa miliki..." whatever la, janji cerita pasal pa... heheheh
Terima kasih pa atas segala2nye, mmg tak terbalas walau apa pun kami bagi.. Insyaallah doakan kami berjaya di dunia dan akhirat.
Len (bermaksud 'saya' dlm bahasa ibunda kami) akan doakan semoga pa sentiasa sihat, sejahtera di dunia dan akhirat
#sayasayangkeluargasaya
#sayasayangayahsaya
thanks kpd yg sudi baca..