Tuesday, July 31, 2012

Cuba-cuba Ketuk-ketuk Ramadan. Masak Nasi Goreng Tom Yam

Makan kat 1 restoran kat Alamanda, Putrajaya ni.. tak nak sebut nama sebab tak ditaja.. kene bayar dulu hokey... huhu

sedap pulak nasi goreng tomyam dia. Tergerak nak tanye chef kat restoran tu tapi logikillinya mesti diaorg tak kan bagi kan?? kata resipi masing2 kan.. 

so apa lagi tanye kawan yang pakar memasak r.. mcm2 cara dan resipi aku dgr so ni yang aku compile'kan dan aku jadikan resipi aku.. hahaha no chiplak2 hokey..

Tapi nama apa yek??
 
Nasi Goreng TomYam Salleh.. eee.. buruk nau bunyinye!!!

Nasi Goreng TomYam Simple.. boley la.. sedap sikit bunyinye.. kan??

Nasi Goreng TomYam Simple (Hidangan untuk 3 Orang)



 Bahan-bahan

  • Ayam 300g (Isi sahaja - dipotong dadu)- bleh ganti daging dan sunnah nabi tak makan campur makanan darat dengan makanan laut.. motif bgtau kat sini???
  • Nasi 3 Mangkuk - anggaran
  • bawang putih (cincang) - 2 ulas
  • Bawang besar (potong dadu) - 1 ulas
  • Serai (titis) - 2 batang
  • pes tom yam - 1 sudu
  • daun limau (hiris) - 2 helai
  • lobak merah, kobis, tomato (potong kecil atau dadu - ikut suka)
  • minyak masak - 3 camca besar
  • sos cili - 1 Piring kecil
  • sos tomato - 1 Piring kecil
  • sos tiram - 1 piring
  • Perasa (ajinomoto) - 1/2 camca teh
  • garam - 1 camca teh
  • 3 biji Telur Ayam - digoreng
  • Hirisan timun - hias dan makan 


Contoh Hidangan

 Cara-cara

  1. Panaskan kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan ayam dadu dan masak sehingga sedikit garing, masukkan serai , gaul dan biar dalam 1minit.
  3. Maukkan pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam, perasa dan bawang besar.. masak sehingga sebati
  4. masukkan nasi serentak dengan sayur, daun limau.. gaul sehingga sebati
  5. Boleh hidang dengan Hirisan timun dan Telur goreng mata jika mahu.. 





so total up masa diperuntukan hanya 15 minit tidak termasuk tanak nasi le.. aku makan sedap le.. air tangan aku.. takat ni kwn2 pn ckp sedap.. segala pujian hanya untuk Dia, kalau tak sedap.. eh, kurang sedap (sopan sikit ayat) maap la ye.. selamat mencuba..

Thursday, July 26, 2012

Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012


PUTRAJAYA - 6 Ramadan 1433

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menganjurkan  Jualan Terus dari Kilang "Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012".. segala maklumat ada pada banner di atas

Lepas Berbuka Puasa bersama rakan sepejabat di Bangi, trus meng'exercise'kan diri jalan2 di sana.
perghhh.. hamba Allah punya la ramai.. main rugbi (berlaga bahu) la jugak kat sana..!!

Jaz sempat buat breakdance welcoming.. hahaha.. candid je ni.. al-maklum le, perut baru diisi..

Anip, pemandu pelancong..
Macam2 ada kat sana, Agen Astro je tak ada kat sana.. huhu
Kami semua tak ada plan nak beli apa pun, bak orang kata tengok selera kalau kene, baru beli..
Yang aku tau susu "Nestle" atau "Dutch Lady" memang wajib akan ada, so ada la plan secara kasarnye nak beli pakej yang ada nanti. Tu pun kalau berbaloi le..

Kalau aku nak list'kan brand2 yang ada kat sana, aku bkn tau sgt pun.. non-shopperholic
Ada brand aku kenal, ada brand aku tak kenal.. so kalau orang nak tipu aku ngan brand cap ayam pun, mungkin aku boleh tertipu.. "katak bawah kaca" btul!!.. huhu

 Anip memang ada plan nak beli ni.. murah je.. RM39.90.. bundarkan titik perpuluhan kehadapan..

Berjaya beli susu...

blur pulak.. kusyen malas.. sedap landing.. RM199
Posing je.. belinya idok..
Macam kat rumah tak leh tgk..??

Kanak2 riang beli baju raya
Tak mau kalah jugak...
Nasib le meneman kaum hawa shopping.
Masih tawar menawar setelah hampir 45 minit
 
Pusing lagi..
Mai pilih..
siap peace!! kedai nak tutup dah woi...

shomel sgt le tiew...

Jaz risau benau nmpak... 20 tahun kemudian le kalau dah tak cergas.. huhu
macam ada zombie je... sunyi sepi dah..

Akhirnya.. the lady's jumpa pun pintu keluar..
setelah 3 jam pusing2...





dapat beli Twister Oren Sari.. RM5 sebotol..






























Aku susun gambar ntah pape ntah.. penat dah, al-maklum le br buat blog ni.. idok reti sgt teman..
korang layan je la k..
Sekian...

Tuesday, July 24, 2012

RedWok.. Steambot + Sizzling.. katanye

Seminggu sebelum puasa hari tu ada lah sahabat sorang ni sudi belanje kami makan2 sempena menyambut ketibaan Ramadan 1433

Sebulat suara pilih di Restoran RedWok Bangi.. Bab2 intro ni malas skit nak taip.. yang penting halal suda..

nah a few snap pics...

Asri aka abglong.. sebut je nama, pemandu teksi lari.. hahaha

ni la menu steambot + sizzlingnye.. sup tomyam.. tu vegiball bentuk ala2 bawang..

kaut2.. buffet lak tu.. apa lagi.. kenyang mcm ular

biar berbaloi.. seafood je lak tu..

50% proses melahap.. tak abih lagi ni.. gi top up..
alhamdulillah dan terima kasih kpd sahabat yang berkenaan.. Moga murah rezeki, panjang umur dan cepat temu jodoh.. nanti belanje lagi ek.. ngeeee :p

Adam Darwisy...

saje je tak de keje post anak sedara second bongsu ni main belon..




pastu belon meletop.. apakah yang terjadi kepada adam????

Friday, July 20, 2012

Misi Ramadhan Tahun ini...

Tak seswai gambar ala2 patriotik tapi wish puasa.. hik hik.. jadik le...

 

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat, pembaca/follower blog, para sahabat handai, rakan sekerja, rakan rakan artis dan saudara mara jauh atau dekat.

Semoga di bulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT.Insyaallah

 

Tazkirah ringkas... 

 

Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang ke 1433 ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya.

Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.


Sama-samalah kita berdoa:


Bismillah...


Ya Allah ya tuhan kami,

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,

Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,

Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

Misi sampingan aku.. tuk kurangkan ni..

bacaan BMI aku di akhir Syaaban 1433... (click gambar tuk besarkan.. tq)

makesure buat perbandingan sebelum dan selepas ok...

Selamat Berpuasa semua....


Wednesday, July 18, 2012

Bersangka Baik..


 Mukadimmah...

curian mr. google..

 “Tersebut kisah dari negara Antah Berantah, Si bapa dan si anak berjalan memasuki sebuah pasar yang sibuk. Si bapa menaiki keldai, manakala si anaknya berjalan. Maka di kritiklah oleh segolongan manusia di pasar, alangkah tidak bertimbang rasa si bapa membiarkan anaknya berjalan. Maka si bapa turun menyuruh anaknya menaiki keldai itu. Setelah berjalan beberapa langkah, maka berkatalah manusia lain pula, alangkah kurang ajarnya si anak tadi tidak menghormati orang tua. Maka si anak turun dari keldai itu dan kedua-keduanya berjalan tidak menaiki keldai. Maka di kritik pula oleh segolongan manusia lain, apa gunanya keldai itu kalau tidak dinaiki. Maka kedua-dua si bapa dan anak itu menaiki keldai itu, akan tetapi malangnya dikritik lagi oleh segolongan manusia yang lain dengan kata mereka; alangkah zalimnya 2 orang menaiki keldai, menyeksa haiwan.”



Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja, kita akan bersangka sama ada jalan sesak atau tidak. Ketika membeli makanan di kedai, kita akan bersangka sama ada sedap atau tidak dan sebagainya.  Bersangka terbahagi kepada dua, iaitu buruk dan baik. Sudah semestinya semua tahu apa itu buruk dan apa itu baik. Akan tetapi, dalam banyak sangkaan kita itu, berapa banyakkah sangkaan baik dibandingkan dengan sangkaan buruk?

Situasi 1:

Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, ‘Ali ni nak berlagak bawak gula-gula ke?’ atau ‘Ish, mana boleh makan gula-gula di sekolah’.

Situasi 2:

Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, ‘Eh, Ali membawa gula itu kenapa ye? Mungkin kerana mahu memberi kepada rakan-rakan’ atau ‘Alhamdulillah, Ali membawa gula itu kerana cikgu memesannya membawa untuk diberikan hadiah kelak tatkala quiz dilakukan’.




(sekadar hiasan) sedap pulak aku tgk..!!!

Yang mana satu situasi kita? Sejujurnya bagi diri saya, posisi saya di Situasi 1, kerana saya juga kadangkala terdetik sangkaan buruk di fikiran ini. Akan tetapi, saya tahu, ramai lagi yang memilih Situasi 2 kerana itulah yang sebaiknya. Bersangka baik.

Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi terdapat banyak keburukan dalam bersangka buruk. Contohnya, ia boleh membuahkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. Malah, ia akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk daripada orang lain.

Apakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan zahirnya mereka melakukan perkara baik? Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya melihat dari segi fizikalnya sahaja. Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Hanya Allah yang berhak menilai seseorang kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik.

Oleh itu, saya juga sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca supaya bersangka baik dalam apa jua tindakan. Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan satu perkara yang kurang enak pada pandangan kita tetapi tidak menjejaskan orang lain.

Tiada hamba yang sempurna dan kita perlu sentiasa mencari seribu satu jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke masa. Apabila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri, hati dan perbuatan kita.


Mari Belajar Bersangka Baik..








image
ha.. korang fikir apa???


Tengok je.. Jangan fikir apa apa.. Terlalu banyak kemungkinan yang ada ..

BELAJAR BERSANGKA BAIK .. PERSOALANNYA , MAMPUKAH KITA BERFIKIRAN BEGITU  ? 
 
Bersangka baik bila tengok gambar ni .. Mungkin dia sedang tukar duit ? Atau jumpa kawan dia yang kerja di sini ? atau mungkin dia non-muslim..?? Haa.. Jangan fikir bukan-bukan yer ..
Susah kan ? so, Istighfar la banyak-banyak.. Kan itu lebih mudah.. tapi kalau korang kenal dia, dan jelas2 dia mmg salah, dengan bukti kukuh atau pengakuan jelas, menegur adalah tanggungjawab kita..

Avan said....
Lately mmg aku suka mengenengahkan tajuk bersangka baik ni sebabnya adalah jelas. Aku ada kawan yang suka bersangka buruk ni, ditambah lak dengan ego + selalu nak betul + bongkak + sosial phobia =_______ ??

so, dengan sikap mcm tu, korang rasa boleh tak kalau kita tegur dia???
nak kene pelempang boleh le.. dia kan slalu je betul.. ko tu salah memanjang.. :(
Aku pasrah je atas beberapa situasi, dia pun sangka aku buat camtu camni yang dia tak suka..
another sangkaan buruk pada aku..
walhal semasa akrab berkawan pun, acap kali dia tegur perilaku aku camni:

"kenapa ko buat camtu?? mamat tu tak suka tau tak..?dia sensitip??"
bila aku rapatkan diri dan kenal betul2, mamat ni ok je.. dia pn gurau kasar kot dari aku..

"ewah2, bukan main baik lagi ko layan bos ek?? 'kipas' la tu? tau la dia baru hadiahkan ko Blekberry..."
kalau aku kuangajau kang.. kene tuduh kurang sopan...

"kenapa ko tak bagitau mamat tu kita berdua yang nak pergi tolong dia?? ko cakap ko je.. ko je la dapat nama.. ko suka kan??" 
(padahal dlm kete yg sama, mmg dh berdua pun dan otw ke tempat untuk menolong kwn tu?? WtF) 


Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Mungkin aku akan dituduh pengadu domba, pengumpat, atau pengecut.. terpulang la.. Jika insan yang dimaksudkan baca entri ni, aku harap dia dpt bersangka baik seperti bambar di bawah ni..

dapat dari FB.. thanks pada hamba Allah yang create n posting..
p/s : kenalah rajin dan banyak membaca dan mengkaji. Seronok kalau banyak ilmu dan mengajar serta menerangkannya pada orang lain. Tapi jangan riak pula. Niatlah dalam hati kerana Allah untuk perkongsian ilmu tersebut, nescaya dapatlah ganjaran kasih sayang di sisiNya.

"Orang tua belum tentu matang fikirannya, orang muda belum tentu cetek akalnya.."




Perubahan Kehidupan mendadak..

Alhamdulillah...

Orang kata kalau selepas kawen, ada je rezeki datang.. so ada je mana2 rezeki, aku grab je..
alangkah bahagianya hidup aku.. moga berkekalan sampai syurga..
tapi disebabkan aku terlalu bahagia.. terdapat 1 perubahan besar dalam badan aku..
ada orang kata lagi ianya disebabkan perubahan hormon lepas kawen.. ish kepala hotak ko mengandung..!!
itu wife aku le.. pe hal aku yg menagndung lak..? kalau ada rezeki tak ke mana kan??
so korang doa2kan la moga2 ada ikatan (zuriat) yang mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri..
(apa aku merepek lak ni..??)by the way thanks pada semua yang menyokong dan mendoakan kami..
walaupun ada juga yang menentang.. eh, ada.. korang jgn ingat tak ada lak.. kita manusia biasa pasti akan ada yang tak puas hati ngan kita punye.. cuma kita doakan orang2 sedemikian dibukakan hati, diterangkan hatinya..

so berbalik pada perubahan aku.. ye la, aku ngaku la mungkin juga perubahan hormon.. serupa gak mcm org mengandung.. cer tgk gambo ni..

korang pilih la mana satu 'sebelum' dan 'selepas'...

warghhh.. aku terus terbayangkan aflin shauki.. tapi dia ok, comel type.. kalau aku yang macho ni tetiba badan mcm super mario... ieewww.. nak membayangkan pun siksa..

so Lusa dah mula la Ramadhan, alhamdulillah aku masih hidup untuk Ramadhan kali ini.. moga aku dan isteri dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan kembali ke rupa aku berbaju melayu hitam seperti gambar di atas.. korang pun doa2kan la ye..

"Ikat Mati, dikemas Cantik"

setelah Setahun lebih bergelar tunang orang, tibalah masanya, saat yang dinanti2 aku akan diijabkabul dengan Tunangku yang sekarang telah bergelar isteri..

Tapi untuk menempuh saat bahagia itu.. aku diuji dgn beberapa kejadian.. majlis pernikahan aku dijalankan serentak bersama adik iparku dengan suaminya.. tak payah la nak cerita panjang.. mmg kalau nak buat keramaian camni, wajib ada 1 atau 2 slek..

dalam kelam kabut aku nk ke masjid tu, singgah la kat umah mak andam.. kononnya nak minta dia ikatkan samping dulu.. tapi bila sampai mak andam tgh gubah sirih junjung so dia kata nanti kat masjid je la dia ikatkan.. padahal smua dah ready kat masjid tu.. tok imam, tok kadi, tok kampung, kluarga, sahabat handai smua dh ada.. aku pn turutkan je arahan mak andam tu.. bawa samping ke masjid, nanti dia datang and ikatkan..

sesampai je di masjid, tok kadi nak mula khutbah dah.. cer korang teka aku tertinggal mende???

samping...
adoiiii.. tertinggal kat umah mak andam tadi.. pastu abg ipar aku.. eh, masa tu bakal.. blum jadi apa2 lagi.. bakal abg ipar suh aku duduk atas tilam n dgr je khutbah jumaat.. eh, khutbah nikah..
so, bersimpul malu la aku duk di tengah2 org ramai ngan baju melayu sempurna tanpa samping..
hilang kemaluan aku... arghhhh

malu i.. fezal (biras) tu jeling2 lak...

Tapi atas berkat kesabaran, dan doa semua.. akhirnya.. jengjejeng..

samping aku pun sampai.. hahaha.. mak andam panggil aku sebentar tuk ikat samping di bhgn blkg masjid..
mak aku siap dtg pgg tgn aku, suh aku selawat la, baca doa tu, baca doa ni.. sambil curah2 airmata.. cam aku nak pi perang lak.. risau benau mak aku nih..
dan Finali.. aku sah bergelar suami Ina dengan 1 kali lafaz.. alhamdulillah


So, dah boleh la segala2 yang tak boleh sebelum ni.. (apa aku merepek ni...??)
Tapi aku masih waras dan sedar akan bebanan tugas dan tanggungjawab yag aku akan pikul nanti..
Kepada Isteri kesayanganku, Abg harap sayang pun sama2 bekerjasama dalam menjayakan dan membahagiakan rumah tangga kita.. Insyallah

nah.. tgk la 2-3 keping gambar outdoor ni.. layan!!




"Ikat Hidup, disimpul Rapi"

Perghh tajuk entri kali ni mcm ahli falsalah.. hahaha
tanggal 29 November 2011.. berlangsunglah Majlis Pertunanganku bersama insan bernama Noorazlina binti M____ A_i

mesti korang tertanye nape aku hide nama pak mertua aku kan..??
Suka hati aku le, blog aku!!! hahaha

ni la cebisan2 gambar yg sempat di'snap...

depan tu adik aku.. 99% serupa.. cam kembar.. padahal aku hensem lebih 1% lagi tu

cincin risik..

berkat bondaku..

tunjuk cincin risik dan cincin meminang..

so tak de apa lagi la nak story.. bersambung chapter berikutnya...