Tuesday, July 31, 2012

Cuba-cuba Ketuk-ketuk Ramadan. Masak Nasi Goreng Tom Yam

Makan kat 1 restoran kat Alamanda, Putrajaya ni.. tak nak sebut nama sebab tak ditaja.. kene bayar dulu hokey... huhu

sedap pulak nasi goreng tomyam dia. Tergerak nak tanye chef kat restoran tu tapi logikillinya mesti diaorg tak kan bagi kan?? kata resipi masing2 kan.. 

so apa lagi tanye kawan yang pakar memasak r.. mcm2 cara dan resipi aku dgr so ni yang aku compile'kan dan aku jadikan resipi aku.. hahaha no chiplak2 hokey..

Tapi nama apa yek??
 
Nasi Goreng TomYam Salleh.. eee.. buruk nau bunyinye!!!

Nasi Goreng TomYam Simple.. boley la.. sedap sikit bunyinye.. kan??

Nasi Goreng TomYam Simple (Hidangan untuk 3 Orang)



 Bahan-bahan

  • Ayam 300g (Isi sahaja - dipotong dadu)- bleh ganti daging dan sunnah nabi tak makan campur makanan darat dengan makanan laut.. motif bgtau kat sini???
  • Nasi 3 Mangkuk - anggaran
  • bawang putih (cincang) - 2 ulas
  • Bawang besar (potong dadu) - 1 ulas
  • Serai (titis) - 2 batang
  • pes tom yam - 1 sudu
  • daun limau (hiris) - 2 helai
  • lobak merah, kobis, tomato (potong kecil atau dadu - ikut suka)
  • minyak masak - 3 camca besar
  • sos cili - 1 Piring kecil
  • sos tomato - 1 Piring kecil
  • sos tiram - 1 piring
  • Perasa (ajinomoto) - 1/2 camca teh
  • garam - 1 camca teh
  • 3 biji Telur Ayam - digoreng
  • Hirisan timun - hias dan makan 


Contoh Hidangan

 Cara-cara

  1. Panaskan kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan ayam dadu dan masak sehingga sedikit garing, masukkan serai , gaul dan biar dalam 1minit.
  3. Maukkan pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam, perasa dan bawang besar.. masak sehingga sebati
  4. masukkan nasi serentak dengan sayur, daun limau.. gaul sehingga sebati
  5. Boleh hidang dengan Hirisan timun dan Telur goreng mata jika mahu.. 





so total up masa diperuntukan hanya 15 minit tidak termasuk tanak nasi le.. aku makan sedap le.. air tangan aku.. takat ni kwn2 pn ckp sedap.. segala pujian hanya untuk Dia, kalau tak sedap.. eh, kurang sedap (sopan sikit ayat) maap la ye.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment