Sunday, July 15, 2012

Ringkasan Intro

Kalau nak cerita dari aku lahir.. kalah kot Novel Ombak Rindu.. kalau difilemkan pun kisah hidup aku, mau gak makan masa 72 jam non-stop ngan 102,235 babak telah disunting.. so, aku cerita la serba-serbi ringkas dr aku abih skolah je la k..

Kalau dulu masa Fresh Graduated.. bunyi cam pro lak padahal STPM je..
ye Graduated STPM je.. tak la tinggi mana..
dengan result yang mak aku pn nangis kalau tau maksud keputusan tu.. mak aku org pure kampung.. so bila aku tunjuk result STPM aku yang 3E1R.. (Lulus cukup2 makan je kot..) mak aku tanye simple.. "maksudnya lulus ke gagal..?"

aku dgn bangganya jawab "LULUS mak!!"
"Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi.. tak sia2 mak berkorban cari duit tuk ko belajar.. mak bangga ngan ko, moga belajar rerajin di universiti lps ni, dan jadi insan berguna..." Balas mak panjang lebar

maaf mak, len (bermaksud 'saya'-bahasa ibundaku) tak berniat nak menipu tp tgk mak tgh sebak gembira, tak sampai hati nk hancurkan.. sobb..sob..

disebabkan insiden tu, aku rasa cukup derhaka pada Ibuku.. tatkala aku mula keluar mencari kerja untuk menambah pengalaman kehidupan.. aku nmpak la beberapa hamba Allah yang diduga sebegini..
gambar adalah curian dr mr.google je k.. terimas

aku jadi insaf dan terfikir adakah aku akan end up begini???? tidakkk...

disebabkan kecekalan untuk mengubah nasib aku.. seperti firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


aku pn berusaha untuk mengubah nasib aku..
alhamdulillah pengalaman makan gaji pertama, aku bekerja di Billion Shopping Centre kat tgh2 Pekan Kajang tu.. kalau korang org Kajang, tak yah ngaku org Kajang la kalau tak tau Billion tu kat mana...

Motif gambar..??? Kajang le ni.. tp Billion tu x nampak..
Dengan gaji RM500 sebulan.. pernah lunyai 3 mgu je.. bayangkan lagi seminggu nk tgu gaji baru aku dh kemarau.. asalkan ada org offer belanje mkn, dengan muka tak malunya aku tak menolak, ye r kalau tolak kang aku kelaparan lak.. sedih tak? tapi masih lagi aku bersyukur berbanding brader yang tidur tepi jalan tu.. sob.. sob.. setahun je aku keje sana ngan gaji yg sama.. wuarghhh :O

lepas tu keje jurutol plak... kat Cheras tu.. Grand Saga Sdn Bhd.
ni batu 9 (rm0.90). aku keje kat batu 11 (rm0.60)..

ok la keje dia.. reliks2 dlm pondok.. kutip duit.. layan pengguna jalanraya.. kene maki hamun sebab nak ke KL dari kajang kene dua tol, kene koya ngan cerita2 seram dlm pondok tol.. mcm2 la.. seriusly aku seronok cuma kalau dh rasa kene 'pijak'.. maaf le, den angkat kaki.. x lama pun keje situ, 6 bulan je berbekalkan gaji rm650/bulan..

lepas tu, cuba meniaga pulak..

gambar ni dh ke masa hadapan sgt.. lately punya ni, ngan anak buah aku tu..

aku jual aksesori and pelbagai jenis bags and hats.. Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku sampai la aku mampu memiliki kereta mewah ni..
tada.. mewah tak??? ok la bleh bw aku pusing2 gak.. ko ada???

tapi berbekalkan pendapatan on/off ni, aku cuma kurang bajet utk simpanan je.. so pd usia aku memiliki kereta mewah aku ni, tak ada la perancangan untuk aku cari pasangan and kawen (ker aku yg tak laku2????.. ups)

lama gak aku meniaga ni.. 48 bulan.. Rutin harian aku adalah seperti berikut:
  • 12.00pm - bangun tidur (kadang2 terlepas susbuh.. asataga)
  • 1.30pm - solat zohor n qada' subuh (tp kdg2 aku kalah ngan setan, so aku x buat.. mohon la adik, kakak2 abg2.. jgn contohi saya ni k..)
  • 1.40pm - pakej sarap + mkn tgh hari 
  • 2.00pm - tidur2 ayam lik..
  • 4.30pm - keluar meniaga pasar malam
  • 11.30pm - balik dr meniaga, mandi2, Isyak pastu keluar lepak minum dan borak2 ngan kgkwn
  • 4.00am - balik n tidur..
  • 7.00am - mak aku kejut tuk subuh (tp liat..)
  • 9.30am - kene bebel ngan mak sbb tak bangun pagi (masuk telinga kiri, pastu kentut.. adoyai) ampunkan len mak!!!

so bilanya aku nk cari pasangan idup, dating, kawin, dpt anak, anak kawin pula, dapat cucu...??? (terlajak lak..)  :(
masa ni cendawan realiti show tgh bercambah.. bermula dgn Akademi Fantasia sampai la apa yg terbaru aku pun tak henggat dah..
so ada gak aku mencuba.. cukup la aku bgtau itu je.. kalau ada peminat (buek.. muntah pink) dpt recognize aku dlm mana2 show tu, untung la korang.. huahuahua
Mungkin rezeki aku tak ke arah dunia hiburan.. Alhamdulillah.. Syukur sangat2

sekadar hiasan...

di saat ini la aku mula insap.. ada la mimpi ngeri aku sampai aku btul2 terasa kemurkaan Allah s.w.t. thdp aku sbb kurang ingat Dia. Aku mula mengakui sebenar2nya kebesaran Dia.. Aku mula dekatkan diri dengan Allah.. Solat tak tinggal walaupun berat sikit tuk qada yang aku sengaja2kan tinggal tu.. astaga.. aku mula mencari kerja untuk masa2 aku terluang tu.. selalunya pagi lps sarap aku dh mati kutu nk buat apa.. nk keluar pun kgkwn semua kerja.. so aku pn buat keputusan untuk cari kerja part time sebelah siang. slalu part time job ni diperlukan bila ujung minggu atau petang atau malam je.. so, di sini aku mengalami kepayahan sedikit untuk mendapatkan kerja yang aku impikan..


Alhamdulillah rezeki masih menyebelahi aku.. ada la sedara aku ni, hamba Allah yang baik n mulia ni perkenalkan aku dlm Khidmat Awam tapi jawatan kontrak je, dipanggil 'Pekerja Khidmat Singkat (PKS)' di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).. yang syoknya keje ni balik kul 1pm.. ko ada?? haha
so, aku leh la buat dua kerja 1 hari.. alhamdulillah..



lepas tu ada pula hamba Allah kat JPA ni kenalkan aku kerja PKS kat Kementerian lain pula, gajinya sikit tinggi.. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).. Alhamdulillah aku leh adapt di sini dengan baik sekali, so dua tahun juga aku kerja PKS di MeCD ni + meniaga di sebelah petangnya..



 Syukur atas rezekiNya aku boleh menabung sehingga aku rasa dh mampu untuk kawen.. tapi ngan siapa??? jengjejeng...
Siapakah itu???? tgu episod akan datang..

No comments:

Post a Comment