Tuesday, July 17, 2012

Mula Pencarian Ms Right..

Seperti lelaki bujang terlajak yang lain, walaupun br berumur 25 thn, aku sering dipelawa atau disunting oleh mak2 dara org.. tp bukan tuk mak dara tu hokey, tapi tuk anak diaorg yang hot tu le.. apakejadahnya aku nk kawin ngan mak dara org..

iewww.. anak hikan.. sekadar bayangan..
Ada market rupanya aku ni nk jd menantu pilihan.. tapi itu la, mak2 je berkenan nak aku jd menantu.. anak2 diaorg dh ada pilihan sendiri.. so take care bye..
Mak aku pn another story, risau bebenau aku tak kawen.. camana drama bujang terlajak kat tv tu camtu la juga aku kene.. lebih kurang la.. cukup bulan je ada pilihan gambar menantu pilihan mak aku.. aku cuma perlu pilih dan kunci jawapan.. tapi apa kan daya cinta tak boleh dipaksa..

i am solo... :(

dari itu aku kene mula mencari warganegara hati aku ni cepat2.. tapi itu semua ketentuan Dia, kalau dah tak ada jodoh, nak buat tang mana..?? tapi kalau dah jodoh, kat marikh pun tak leh lari, betul tak..

Tak usah la aku story how many my ex's ok.. dh lepas pun kan.. tapi kan..ermm.. tak yah la k..
So berbalik pada rezeki pekerjaan aku ni la aku jumpa 'tulang rusuk kiri' aku yang hilang tu..

aku mula minat untuk terus berkhidmat dalam Khidmat Awam, apa lagi aku pn mula mengatur langkah untuk mendapatkan jawatan tetap.. tatkala di usia 26, alhamdulillah dengan kali ke-3 interview aku diterima kerja sbg kerani.. kerani pn kerani la alhamdulillah juga, dapat cari rezeki halal.. Interview oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pengambilan/penempatan oleh JPA.. aku usahakan juga untuk terus berkhidmat di MeCD dan alhamdulillah lagi, semua kehendak aku dimakbulkan oleh Allah.. so aku sah sebagai warga MeCD.. yahoo

Tapi kegembiraan aku tak lama, April 2009 MeCD dimansuhkan.. sedih sgt2.. penempatan Bahagian pn tak sempat nk buat, mana taknye lapor diri Mac 2009, April 2009 dan bubar.. sadis kan?? Aku ditempatkan di Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). disebabkan pembubaran MeCD, LPKP diambil alih kawal selia oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) so, aku pn boleh la bangga sikit diiktiraf sbg warga JPM..

Jadi di sini la Kehidupan aku mula bercampur aduk, berliku-liku, dramatik.. semua ada la.. Post berikutnya akan aku kupas 1 per 1 ok...

Intermission...

No comments:

Post a Comment