Wednesday, July 18, 2012

Bersangka Baik..


 Mukadimmah...

curian mr. google..

 “Tersebut kisah dari negara Antah Berantah, Si bapa dan si anak berjalan memasuki sebuah pasar yang sibuk. Si bapa menaiki keldai, manakala si anaknya berjalan. Maka di kritiklah oleh segolongan manusia di pasar, alangkah tidak bertimbang rasa si bapa membiarkan anaknya berjalan. Maka si bapa turun menyuruh anaknya menaiki keldai itu. Setelah berjalan beberapa langkah, maka berkatalah manusia lain pula, alangkah kurang ajarnya si anak tadi tidak menghormati orang tua. Maka si anak turun dari keldai itu dan kedua-keduanya berjalan tidak menaiki keldai. Maka di kritik pula oleh segolongan manusia lain, apa gunanya keldai itu kalau tidak dinaiki. Maka kedua-dua si bapa dan anak itu menaiki keldai itu, akan tetapi malangnya dikritik lagi oleh segolongan manusia yang lain dengan kata mereka; alangkah zalimnya 2 orang menaiki keldai, menyeksa haiwan.”



Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja, kita akan bersangka sama ada jalan sesak atau tidak. Ketika membeli makanan di kedai, kita akan bersangka sama ada sedap atau tidak dan sebagainya.  Bersangka terbahagi kepada dua, iaitu buruk dan baik. Sudah semestinya semua tahu apa itu buruk dan apa itu baik. Akan tetapi, dalam banyak sangkaan kita itu, berapa banyakkah sangkaan baik dibandingkan dengan sangkaan buruk?

Situasi 1:

Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, ‘Ali ni nak berlagak bawak gula-gula ke?’ atau ‘Ish, mana boleh makan gula-gula di sekolah’.

Situasi 2:

Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, ‘Eh, Ali membawa gula itu kenapa ye? Mungkin kerana mahu memberi kepada rakan-rakan’ atau ‘Alhamdulillah, Ali membawa gula itu kerana cikgu memesannya membawa untuk diberikan hadiah kelak tatkala quiz dilakukan’.




(sekadar hiasan) sedap pulak aku tgk..!!!

Yang mana satu situasi kita? Sejujurnya bagi diri saya, posisi saya di Situasi 1, kerana saya juga kadangkala terdetik sangkaan buruk di fikiran ini. Akan tetapi, saya tahu, ramai lagi yang memilih Situasi 2 kerana itulah yang sebaiknya. Bersangka baik.

Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi terdapat banyak keburukan dalam bersangka buruk. Contohnya, ia boleh membuahkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. Malah, ia akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk daripada orang lain.

Apakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan zahirnya mereka melakukan perkara baik? Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya melihat dari segi fizikalnya sahaja. Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Hanya Allah yang berhak menilai seseorang kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik.

Oleh itu, saya juga sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca supaya bersangka baik dalam apa jua tindakan. Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan satu perkara yang kurang enak pada pandangan kita tetapi tidak menjejaskan orang lain.

Tiada hamba yang sempurna dan kita perlu sentiasa mencari seribu satu jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke masa. Apabila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri, hati dan perbuatan kita.


Mari Belajar Bersangka Baik..








image
ha.. korang fikir apa???


Tengok je.. Jangan fikir apa apa.. Terlalu banyak kemungkinan yang ada ..

BELAJAR BERSANGKA BAIK .. PERSOALANNYA , MAMPUKAH KITA BERFIKIRAN BEGITU  ? 
 
Bersangka baik bila tengok gambar ni .. Mungkin dia sedang tukar duit ? Atau jumpa kawan dia yang kerja di sini ? atau mungkin dia non-muslim..?? Haa.. Jangan fikir bukan-bukan yer ..
Susah kan ? so, Istighfar la banyak-banyak.. Kan itu lebih mudah.. tapi kalau korang kenal dia, dan jelas2 dia mmg salah, dengan bukti kukuh atau pengakuan jelas, menegur adalah tanggungjawab kita..

Avan said....
Lately mmg aku suka mengenengahkan tajuk bersangka baik ni sebabnya adalah jelas. Aku ada kawan yang suka bersangka buruk ni, ditambah lak dengan ego + selalu nak betul + bongkak + sosial phobia =_______ ??

so, dengan sikap mcm tu, korang rasa boleh tak kalau kita tegur dia???
nak kene pelempang boleh le.. dia kan slalu je betul.. ko tu salah memanjang.. :(
Aku pasrah je atas beberapa situasi, dia pun sangka aku buat camtu camni yang dia tak suka..
another sangkaan buruk pada aku..
walhal semasa akrab berkawan pun, acap kali dia tegur perilaku aku camni:

"kenapa ko buat camtu?? mamat tu tak suka tau tak..?dia sensitip??"
bila aku rapatkan diri dan kenal betul2, mamat ni ok je.. dia pn gurau kasar kot dari aku..

"ewah2, bukan main baik lagi ko layan bos ek?? 'kipas' la tu? tau la dia baru hadiahkan ko Blekberry..."
kalau aku kuangajau kang.. kene tuduh kurang sopan...

"kenapa ko tak bagitau mamat tu kita berdua yang nak pergi tolong dia?? ko cakap ko je.. ko je la dapat nama.. ko suka kan??" 
(padahal dlm kete yg sama, mmg dh berdua pun dan otw ke tempat untuk menolong kwn tu?? WtF) 


Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Mungkin aku akan dituduh pengadu domba, pengumpat, atau pengecut.. terpulang la.. Jika insan yang dimaksudkan baca entri ni, aku harap dia dpt bersangka baik seperti bambar di bawah ni..

dapat dari FB.. thanks pada hamba Allah yang create n posting..
p/s : kenalah rajin dan banyak membaca dan mengkaji. Seronok kalau banyak ilmu dan mengajar serta menerangkannya pada orang lain. Tapi jangan riak pula. Niatlah dalam hati kerana Allah untuk perkongsian ilmu tersebut, nescaya dapatlah ganjaran kasih sayang di sisiNya.

"Orang tua belum tentu matang fikirannya, orang muda belum tentu cetek akalnya.."




No comments:

Post a Comment