masa tu aku jalan2 dgn kwn aku di Melaka, ternampak la ada booth kempen derma dara
gurau2 je, itu merupakan 1st time juga aku derma darah setelah menyahut cabaran kwn aku tu.. masa tu la aku mula menatap muka bakal isteriku, orgnya cantik lemah lembut n mesra.. ada nametag "NOORAZLINA" ... seperti biasa la hati ni dh dap dip dup tp aku kan pnh cuba ujibakat lakonan so, mantap juga lakonan natural looks aku.. steady je nurse tu cucuk tangan aku nk amik darah.. setelah selesai aku berlalu begitu sahaja dengan kawan2..
semasa beredar tu la kwn aku bgtau "yang amik darah ko td tu, adik aku le".
aku pn jawab pjg ngan nada gurau "oh... arrr abg (ipar), kita nak mkn kat mana??"
"tak de maknanye ko nak takel dia, dia dah ada org punya, budak Petronas.." kwn aku tu cantas
"tak hingin aku jadi adik ipar ko la.. hahaha" aku jwb gurau kasar..
Padahal dalam hati, bengkek je.. mungkin 1 lagi episod cinta aku yang tak kesampaian..
all by myself... (celine dion) |
so, rajin juga la aku ulang alik Melaka ni dengan muka tak malu gi lepak umah member aku ni.. so kerap kali juga la jumpa adik dia yg cun tu tp nk wat tang mana, hati dia milik org.. tetiba aku tak ingat and tak tahu sejak bila, kami makin rapat.. smpai boleh luahkan perasaan masing2 bila ada masalah.. sehingga la dia bgtau dia dah putus hubungan ngan pakwe dia..
tapi aku takde la rasa seronok sgt sbb benda belum pasti kan.. anything can happen.. they can getting back together.. who knows..
1 hari tu aku tolong mak dia masak, aku dh iktiraf as anak angkat so aku pn panggil mak gak le..
di situ mak dia ada cerita kalau ada yang meminang si Ina (anak dia tu le..) ni, dia tak letak syarat sangat, janji boleh jaga and pimpin ina ke arah kebaikan dan kebahagiaan sudah le.. so dengan nada selambek je aku gurau "biar saya je la masuk ngan hantaran rm200.. boleh??" ayat berani mati punye...
"boleh je, kalau tuan badan setuju..." balas mak ina selambek juga.. aku pn terkedu tak reti nk balas ayat..
so, dipendekkan cerita aku cerita kat mak kandung aku.. siap tunjuk gambar and video skali.. Alhamdulillah mak aku suka sgt dan2 esok juga dia nk aku bw ina ni ngadap dia.. tp kebetulan ada kenduri kawen kwn dkt2 umah ina ni.. so aku bw la mak aku ke kenduri tu.. ala kad kad jemputan pn ada tulih kan 'dijemput sekeluarga ke majlis dot dot dot..' kan? kan?.. :)
so, mak aku pn jumpa la menantu harapan dia tu.. dia terus 'terkam' and 'lock' si ina ni.. terus bincang nk hantar rombongan.. erk.. what happen???
So, aku risau ina ni terkezut tahap gaban ngan tindakan mak aku tu, aku pn telefon la dr umah aku di Kajang and slow talk ngan dia tuk menenangkan dia.. Terkejut sekali lagi bila dia kata ok je.. dia pn ada menaruh hati ngan aku. cuma risau kalau aku dah ada kapel.. what the H?? aku pn fikir the same thing bout her.. damnn
so, soalan keramat aku "mak abg nk hantar rombongan ni kira ina ok la...???"
"ok je, nanti abg bgtau tarikh nk datang bila k.." Ina jawab dengan nada lembut and serius..
Aku tak de la seronok sgt.. ayat yg sesuai aku nak gambarkan ermm.. terkezut, terkedu.. apa lagi ek??
aku tgh mimpi kot.. nti bgn dr tido semua ni hanyalah mainan tidur.. tp.. ermm tak tau dh nak taip apa..
Aku mula chit chat, sms, calling ngan ina ni.. tak lama dalam 3mgu je nak buat persiapan Hantaran n dan rombongan.. bila tanye "ko dh beli belum brg2 nak buat hantaran???". Pun aku masih terkedu.. betul ke apa yang sedang berlaku ni??
"Mak la gi beli brg2 tu, len tak tau nak beli apa, len kan tak pernah bertunang" aku jwb ngan nada gurau..
"Bertuah punye budak, beli barang ko le.. nti pas kpd ina tuk buat hantaran balas.." Jwb mak aku pula..
disebabkan aku and ina ni dlm Perhubungan Jarak jauh (PJJ), aku pi shopping brg tunang ngan mak aku je.. mesti org lain nmpak aku ni 'anak mak'..kan?kan? ye la pi shopping ngan mak.. org lain pulun pi shopping ngan bakal pasangan memasing.. heheh
so itu la sesimple story aku aku boleh simplekan..
No comments:
Post a Comment